Pages - Menu

Monday, June 13, 2016

Pengalaman berurusan di KWSP

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Hari ini bermulalah rutin harian dalam minggu bekerja dan hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan setelah dua minggu school break..

Al-kisah, post kali ini mengenai pengalaman saya berurusan di KWSP. Saya bercadang untuk pengeluaran Akaun 2 simpanan KWSP bagi penyelesaian baki pinjaman perumahan. Untuk pengetahuan, ini merupakan salah satu alternatif bayaran bulanan pinjaman perumahan selain melalui bayaran tunai setiap bulan.

Untuk membuat permohonan ini, pihak KWSP mensyaratkan supaya pemohon mengemukakan Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari bank yang memberikan kita pinjaman perumahan. Contoh kes saya, penyata akaun baki pinjaman diterima dari MBSB. Bila dapat penyata baki pinjaman, maka saya perlu ke pejabat KWSP bagi membuat permohonan  Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini.

Memandangkan saya jenis tak suka membuat urusan peribadi di luar dalam waktu pejabat, jadi semalam iaitu hari Ahad (12.06.20016) saya sanggup ke pejabat KWSP di Muar, Johor untuk menyelesaikan urusan tersebut. Itulah kelebihan negeri Johor bekerja pada hari Ahad. Yeaayyy!

Simpanan KWSP Dan Persaraan Anda 

Bertolak dari Seremban lebih kurang pukul 9.15 pagi dan tiba di pejabat KWSP Muar dalam pukul 11.45 pagi.  Setibanya di sana, saya beratur ambil nombor giliran untuk berurusan di kaunter. 

KWSP 

Tak sangka ramai juga orang pada hari itu.. Tak lama selepas itu nombor giliran saya dipanggil. Proses tidak mengambil masa yang lama memandangkan kakitangan di kaunter sangat efisyen.

KWSP 

Setelah permohonan Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman selesai, saya bercadang untuk menukar penama / beneficiary. Malangnya Permohonan Penamaan tersebut tidak boleh dibuat di kaunter yang sama kerana saya perlu mengisi Borang KWSP 4

Kawan-kawan dah buat Penamaan simpanan KWSP? Sesiapa yang mencarum dalam simpanan KWSP dinasihatkan supaya membuat Permohonan Penamaan ini bagi mengelakkan masalah iaitu pertikaian tuntutan oleh waris apabila kita / ahli meninggal dunia. Penamaan ini tanggungjawab setiap pencarum.




Borang Penamaan KWSP 

So dijadikan cerita, saya ambil Borang Penamaan dan nombor giliran semula.. Menunggu nombor giliran dipanggil sekali lagi..

Permohonan Pengeluaran Penyelesaian Baki Pinjaman Rumah 

Tak lama selepas itu, maka selesailah urusan, alhamdulillah dipermudahkan. Urusan begini jangan tangguh lama-lama kerana ianya melibatkan wang dan nyawa. 
Sekian sahaja perkongsian saya.
Terima kasih sudi baca.
Wasalam.. ;-)


12 comments:

  1. Alhamdulillah, bagusnya urusan di kaunter KWSP kalau macam tu cepat dan senang.
    Berbeza dengan kaunter tutttt... di Aeon S2 ngeh!ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kaunter tutttt tu Mrs. A memang terkenal dgn kelembapan.. Lambat sesaja kita bila berurusan dgn mereka.. ;-)

      Delete
  2. gigih betul dari seremban ke johor utk uruskan kwsp. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg gigih Nadhie as if urusan antara hidup dan mati hehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah....di permudahkan urusan akk. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Semoga Aina pun sama.. ;-)

      Delete
  4. tudia kak LZ.. dari seremban ke johor sana.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi perangai akak, kalau akak buat sesuatu memang akan usahakan bersungguh2 zizie.. Tu sebab gigih travel N9 to Johor.. ;-)

      Delete
  5. Kwsp skrg mmg dh efisyen. Saya dah keluarkan semua simpanan kwsp. Skrg tak mencarum lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KB, service diaorg tip top.. Tentu KB ada plan utk uruskan duit simpanan KWSP tu..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..