Pages - Menu

Tuesday, July 19, 2016

Tajuk novel pelik atau unik?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. Didoakan semoga rakan-rakan beroleh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Kelmarin, selepas keja saya merayau di Popular Bookstore.. Memang itulah salah satu hobi saya untuk melepaskan penat lelah selepas seharian duduk di pejabat.. Apa yang saya suka apabila saja melangkah masuk ke bookstore, saya dapat hidu bau buku-buku baharu, masa tu terasa lapang fikiran.. Hilang semua serabut dalam otak.. Sampai begitu sekali penangannya, hehehe

Saya suka baca buku-buku motivasi dan financial. Jika novel, saya paling suka hasil nukilan Sophie Kinsella dan recently mengumpul novel-novel tulisan John Grisham. Sambil baca dapat jugak baiki vocabulary saya..

Bila masuk kedai buku, for sure berjam-jam masa dihabiskan. Padahal beli cuma senaskah dua, kadang-kadang tak beli langsung tapi oleh kerana suka membelek buku sambil baca sinopsis sampai tak sedar diri.

Dari satu rak ke satu rak saya jelajah.. Tibalah rak novel-novel Melayu..
Cuba perhatikan dan baca setiap judul novel di bawah :


Bermacam-macam novel ada.. Apa yang menarik perhatian saya judul setiap satu novel. Biasanya tajuk novel ringkas, tapi sekarang dah macam satu ayat dan penggunaan bahasa lebih kepada bahasa campur aduk zaman sekarang. Contoh:

Mr. Fussy Or Mr. Cool
Curi Hati Awak, Boleh?
Dia... Bangladesh mari?
Dah jodoh dengan you
Oh, My Prince!
Mamat Muka Selenga


Mungkin ianya salah satu marketing strategy supaya mudah diingati atau penulis ingin mencipta satu keunikan dari hasil karya mereka.



... atau mungkin saya yang tak faham tentang seni dan sastera.. Apa pun peminat novel Melayu lebih pandai menilai dan tahu kelebihannya berbanding saya..




Saya nak tujukan soalan kepada para peminat novel Melayu. Apa yang menarik tentang sesuatu novel itu? Apa yang anda cari apabila memilih novel untuk dibaca?

Perkongsian pendapat anda amat saya alu-alukan.. Thank you in advance.
Sekian, thanks for reading..
Sehingga berjumpa lagi di post akan datang.. Wasalam.



16 comments:

  1. Saya kalau pilih novel Melayu, dah xbaca novel cintan2 skarang ni. Tp lagi suka baca travelog. Tak pun buku fixi sebab jalan cerita yg pelik2 dan ada yg buatkan kita brbrfikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic, thanks Ana Fatihah kerana bagi pendapat..
      Sis setuju, buku fixi ada sesetengah yg menceritakan tentang reality kehidupan..

      Delete
  2. Sekarang dah bertukar selera ke novel seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel seram saya suka baca tapi oleh kerana saya penakut jadi terpaksa lupakan saja, huhuhu

      Delete
  3. banyaknyeee novel..
    sy pun xtau nak pilih..nak selamat tgk penulis yg kita pernah baca..huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis cuma ambil bau dia Yana Libra, hehehe
      Tips yang berguna dari Yana..
      Tq dear.

      Delete
  4. dulu suka baca novel...sekarang suka beli jer...baca tak habis. feeling tu dah tak sama macam novel dulu2.
    novel fixi best jugak. tapi kadang2 tu ada terselit bahasa2 yang kurang enak.

    Maybe faktor umur kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faktor usia mungkin juga mempengaruhi bahan bacaan kot..
      Ada benarnya statement wonderfulprimrose tu..
      Thanks for your opinion.. ;-)

      Delete
  5. Assalam.. salam ziarah..skrg mmg pelik2 tajuk novel..

    aritu terjebak jugak beli novel..psl couple dgn bangla.. tp x abis2 lagi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Juls Julie80,

      Terima kasih sudi ziarah. Sis akan kunjungbalas later..

      Mungkinkah novel itu "Dia.. Bangladesh Mari.." Huhuhu ;-)

      Delete
  6. Membaca ni pada pendapat kakak mengikut usia juga dik. Macam kakak dulu memang suka novel cinta (masih banyak lagi tersimpan), meningkat usia sikit suka baca kisah masyarakat tapi bila dah tua ni kakak dah tak baca novel tau... macam malas dah (anak-anak kakak sukalah - biasalah anak remaja). Kakak sekarang lebih suka baca buku motivasi atau yg ada unsur agama walau ianya sekadar buku mengisahkan tokoh-tokoh macam Hassan Al-Bana, Imam As-Syafie gitulah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo betullah Kak zakie, no wonder lately saya ada juga baca karya Ustaz Kazim & soaljawab agama.. Betullah kak, faktor usia pun mempengaruhi jenis bahan bacaan kita..

      Thanks Kak sudi kongsi pendapat. :-)

      Delete
  7. Betul, baca novel ni rasanya ank2 remaja yg suka, semakin meningkat usia, kita lbh suka baca bhn2 ilmiah atau pengetahuan agama.
    Hihi..sib baik ank2 akk tak suka novel, satu novel harga dah berapa. Ank yg sulung umur 19 pun suka bhn bacaan ilmiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat kann Kak,

      Anak2 remaja lebih minat kpd novel sesuai dgn usia mereka.. Novel pun kebanyakkannya kisah cintan-cintun..

      Jadi kesimpulannya, pemilihan bahan bacaan bergantung kpd peredaran usia.. :-)

      Terima kasih Kak sudi kongsi pendapat..

      Delete
  8. Sama! Suka bila masuk kedai buku, bau buku-buku. Keke

    Salam ziarah sis ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Give me 5 Hanimsfrh,

      Kita punya citarasa yg sama, hihihi
      Terima kasih sudi singgah :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..