Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Semoga sihat selalu.. Selamat berhujung minggu juga diucapkan..
Kali ni saya nak share resepi sidedish Korea iaitu gaji-namul atau terung kicap. Sejak jumpa channel Chef Maangchi dalam YouTube banyak resepi Korean menarik untuk dicuba. Contoh post sebelum ni tentang Kimchi Project, itu Korean food pertama berjaya saya hasilkan..
Jadi selepas ni akan menyusul mana-mana resepi Korea mudah untuk dicuba sebagai kelainan dalam hidangan menu seharian.
Bila hasil memuaskan hati gembira bukan kepalang, cewah!
Hias dengan daun bawang. Inilah hasilnya:
Kali ni saya nak share resepi sidedish Korea iaitu gaji-namul atau terung kicap. Sejak jumpa channel Chef Maangchi dalam YouTube banyak resepi Korean menarik untuk dicuba. Contoh post sebelum ni tentang Kimchi Project, itu Korean food pertama berjaya saya hasilkan..
Jadi selepas ni akan menyusul mana-mana resepi Korea mudah untuk dicuba sebagai kelainan dalam hidangan menu seharian.
Bila hasil memuaskan hati gembira bukan kepalang, cewah!
Sebelum tu saya kenalkan inilah Chef Maangchi comel. Cuba tengok channel YouTube dia, anda akan tahu kecomelan Chef Maangchi ni, hehehe
Berikut resepi gaji-namul:
Bahan-bahan
Terung saiz sederhana
Bawang putih
Daun bawang
Serbuk cili kasar @ chilli flakes
Mintak bijan
Sos ikan
Kicap masin
Cara-cara:
Sediakan steamer dan air untuk mengukus. Basuh terung dan potong seperti saiz di bawah.
Apabila air steamer mendidih, masukkan terung ke dalam steamer dan kukus selama 5 minit atau hingga terung layu.
Sementara terung dikukus, kita siapkan sos. Campur bawang kecil mayang, daun bawang hiris, 1 sudu besar sos ikan dan kicap soya, 1 sudu kecil chilli flakes serta 2 sudu kecil minyak bijan. Kacau hingga sebati.
Bila terung layu, keluarkan dari steamer dan biarkan sejuk. Kemudian, siat terung kecil-kecil. Masukkan ke dalam mangkuk sos tadi dan gaul rata.
Hias dengan daun bawang. Inilah hasilnya:
Sangat mudah dan sedap dimakan bersama nasi panas. Untuk resepi asal sila rujuk di website Chef Maangchi : Gaji-namul Recipe.
Gambar di atas version Chef Maangchi (credit to www.maangchi.com) manakala gambar berikut dari hasil tangan saya, hehehe
Nampak kurang menarik tapi rasanya sedap. Satu kebanggaan kepada diri sendiri.. Selamat mencuba!
SEDAP TU MKN DGN NASI THARI NI LZ
ReplyDeleteOh iyer kak? Hurmmm terliur, hehehe
DeleteSiqah tak makn terung. Hehe.. Menarik resepi ni. Suka kak LZ mencuba resepi baru eh =)
ReplyDeleteKalau Siqah x makan terung, resepi ni boleh ganti dengan sayur pak choy juga..
DeleteHa'ah Siqah sebab simple dan sedap, hehehe
wah..resepi korea
ReplyDeleteYup Mas.. yummy!
DeleteSinggah malam sini... Hoiss resepi korea... Sedapke?? Hurmm lea x mkn terung.. x leh la cuba.. hehe
ReplyDeleteTerima kasih Lea sudi singgah..
DeleteDon't worry dear, kalau nak cuba tp x makan terung boleh ganti dengan sayur pak choy.. ;-)
Haaa saya pun ada subscribe juga Chef Maangchi ni kat YT tapi tak pernah terfollow lagi resepi-resepinya. Keke.
ReplyDeleteOh kita serupa peminat Maangchi.. Suka tengok cara dia masak.. Sekarang sis sdg addicted utk cuba masakan dia.. ;-)
DeleteMenarik ni kak. Ok boleh cuba! dpt jugak mempelbagai kan skill memasak ni. hihihi. =) yg penting bahan nya pun simple.
ReplyDeleteBetul Aina, akak suka sangat cuba resepi sedap dan mudah.. Kalau complicated akak x rajin, hihihi :-)
Deletepergh macam sedap je. teringin nih. hehehe
ReplyDeleteKalau teringin, apa tunggu lagi VM moh ler cuba.. Hehehe
Delete