Pages - Menu

Saturday, September 03, 2016

Resepi : Lempeng Tepung Gandum Sedap!

Assalamualaikum dan Happy Weekend everyone!
Lazy Saturday, gitulah mood hari ini, so heaven boleh berehat di rumah.. Sangat berharga waktu ini bila dapat merehatkan mental dan fizikal..alhamdulillah!

Plan hari ini takde plan, hehehehe.. Malas nak keluar. Jadi breakfast hari ini saya buat lempeng tepung gandum dan sambal sardin power!

Wheat flour pancake 

Walau pun bahan-bahan dan cara membuatnya SANGAT mudah, tak kira nak kongsi resepi jugak!

LEMPENG TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air masak 
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur

Cara-cara
Semua bahan-bahan di atas disatukan dan kacau dengan whisk atau kisar dengan mesin pengisar (blender) supaya tak berketul.

Resepi ringkas sarapan pagi 

... sehingga adunan sebati seperti gambar di bawah.. Selepas dikisar, masukkan adunan ke dalam mangkuk.

Photo credit to www.goodtoknow.co.uk

 Letak setitis minyak pada non-stick pan dan ratakan.. Ambil satu senduk bancuhan (batter) tadi dan ratakan dalam bentuk bulatan dalam kuali. Jangan terlalu tebal atau nipis, ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
  
Lempeng tepung gandum 

Bila bahagian bawah telah garing, balikkan lempeng sehingga kedua-dua bahagian masak. Angkat dan ulang proses hingga semua adunan habis.


Beginilah hasilnya..
BeginilaBila bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng bahagian bawah naik ke atas. 4. Bila kedua-dua bahagian telah masak, angkat dari kuali.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Resepi ringkas 

Sedap dimakan  bersama sambal sardin dan secawan kopi kaw semasa breakfast atau minum petang.
Selamat mencuba! >_<

16 comments:

  1. Lempeng panas2 lawan pulak dengan sambal,...memang best! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pula masa hujan.. Hurrmmm memang kaw kaw Farrah MF, hehehe :-)

      Delete
  2. Mkn gn sambal sardin.. Sambal ikan bilis.. Mmg marvelous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Maman Reen memang terbaik! I like.. ;-)

      Delete
  3. Yg menyedapkannya tu adalah sambal dia.. vah vah vah!
    ps : bw pagi buta takleh tido. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Gee.. Sambal dia perlu sedap baru kaw, hehehe.

      Cian x leh tido..

      Delete
  4. Replies
    1. Hehehe sedap Kak memandangkan sambal sardin kegemaran saya.. :-)

      Delete
  5. baru nie buat lempeng...tapi tak jadi...lembik sangat sebab kak long campur dengan air panas...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai silap step sbb guna air panas. Don't give up dear, lepas ni cuba lagi, in shaa Allah jadi sedap..

      Delete
  6. Hari tu baru buat lempeng jugak LZ. Dengan sambal sardin jugak. Sebabnya tengok org buat, tetiba teringin hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe penangan teringin yer kak...
      Kannn kadang-kadang terasa nak makan sebab terpandang orang masak.. hehehe

      Delete
  7. serius sedap! mak sy sllu buat ni.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka masak menu simple tapi sedap.. hehehe

      Delete
  8. Saya tambah skkit kunyit dan bawang

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..