Thursday, September 22, 2016

Review : Secret

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. waaahhh hari ni Khamis, weekend just around the corner, yeayyyyy.  Apa pun saya sentiasa mendoakan kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan..

Apa citer kali ni? Hurmmm saya nak buat review drama Korea lagilah... Review tentang cerita apa?
Okay, post kali ni saya review drama:

Secret Love
19 episodes
Tahun siaran : 2013

Tolong jangan gelak kalau ada antara pembaca dah lama tengok drama ni.. Sila baca di post saya sebelum ni The Innocent Man, tahun siaran tak menjadi masalah pada saya asalkan jalan cerita bagus dan best!
This drama also one of my favorite drama!

Korean Drama 
Photo credit to www.mallkee.com

Drama ini dibintangi oleh 4 watak utama iaitu Hwang Jung-eum (Yoo-Jung), Ji Sung (Min-Hyuk), Bae Soo-bin (An Do-Hoon) dan Lee Da-hee (Shin Se-Yeon).
 
Korean Drama 
Photo credit to subscene.com

Barisan pelakon yang membintangi drama ini :
 
Photo credit to Google

Cerita ini mengisahkan Min-Hyuk (Ji Sung) dilahirkan dalam keluarga kaya . Dia mempunyai segalanya, rupa, bijak tetapi tiada sifat belas kasihan. Dia kehilangan kekasihnya, Seo Ji-Hee (Yang Jin-Sung) dalam kemalangan langgar lari.

Photo credit to Google

Manakala Yoo-Jung (Hwang Jung-Eum) pula dipenjara kerana terlibat dalam kemalangan langgar lari yang telah membunuh kekasih Min-Hyuk. Sebenarnya kekasih Yoo-Jung iaitu An Do-Hoon (Bae Soo-Bin) memandu keretanya manakala Yoo-Jung duduk di sebelah pemandu semasa kejadian tersebut. Oleh kerana tidak mahu kekasihnya di penjara, Yoo-Jung sanggup mengaku bahawa dia yang bertanggungjawab atas kemalangan tersebut. Tambahan pula An Do-Hoon baru sahaja melapor diri sebagai Pegawai Pendakwaraya. Semasa dalam tahanan, Yoo-Jung mengetahui dirinya hamil anak An Do-Hoon. Anak Yoo-Jung dilahirkan dalam penjara namun dirampas oleh Jabatan Kebajikan kerana perbuatan khianat.
 
 
Photo credit to www.dramabeans.com

Selepas 5 tahun dipenjara, Yoo-Jung dibebaskan dan menagih cinta kekasihnya, An Do-Hoon. Malang sekali kekasih hatinya tidak mahu meneruskan percintaan mereka kerana mempunyai cinta lain. Yoo-Jung terasa dikhianati dan bertekad untuk membalas dendam. 

Sementara itu, Min-Hyuk terus memburu Yoo-Jung untuk membalas dendam atas kematian kekasihnya.   

 
Photo credit to www.koreandrama.today

 Hidup Yoo-Jung sungguh sengsara selepas keluar dari penjara. Selepas menyiasat punca kejadian kemalangan langgar lari tersebut, Min-Hyuk mendapati bahawa Yoo-Jung tidak bersalah. Min-Hyuk merasa bersalah atas segala yang dilakukan kepada Yoo-Jung dan bersimpati dengan nasibnya. Yoo-Jung dan Min-Hyuk bekerjasama untuk membalas dendam ke atas An Do-Hoon yang semakin gila kuasa dan pangkat sehingga sanggup membunuh.

 

Akhirnya Min-Hyuk jatuh cinta kepadaYoo-Jung. Mereka sama-sama memulakan hidup baharu. Happy ending story. 

Lebih thrill boleh tonton sendiri kerana banyak babak suspense.. Sepanjang masa Hwang Jung-eum menangis sampai bengkak-bengkak mata. Tak tahulah camne dia berjaya membawa watak Yoo-Jung dengan baik. Ji Sung juga berjaya membawa watak Min-Hyuk yang ego dan bengis. Tapi macam ada persamaan dengan drama The Innocent Man iaitu sanggup dipenjara kerana pertahankan kekasih. Ada ker berlaku camtu dalam dunia reality? Mungkin itu kekurangan Korean drama.. whateverlah! Begitulah serba sedikit sinopsis drama Korea yang telah ditonton.

Okay itu sahaja cerita kali ini..
Terima kasih sudi singgah..

17 comments:

  1. Kalau anak-anak kakak suka ni LZ
    Kakak ni memang dah malas menonton - dah tua biasalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh mesti diaorg memerap kat rumah Kak sbb bila start layan drama Korea susah nak berhenti.. hehehehe :-)

      Delete
  2. Kak LZ!!

    Siqah suka sangat drama ni. My top favourite Korean drama! ❤️ siqah marathon cerita nie 3 hari je habis tengok. Hehe. Best sangat! Dan sedih.. banyak nangis. Dan ending sweet sangat :)

    Sekarang drama tv3, Patahnya Sebelah Sayap, jalan cerita ikut drama Secret. Baru 2 episod dah sama.. siqah tengok jugak untuk buat perbandingan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah,

      Yeayyyyy ada gang..Give me 5!
      Ha'ah asyik menangis jer si Yoo-Jung tu, episode akhir baru senyum sikit, cian dia kena tuduh mcm2..

      Haish citer Melayu ni mcm xde modal, asyik meniru sesaja.. hehehe

      Delete
    2. Haha. Biasalah cerita Melayu kak.. kalau tak tiru nanti, duk keluar cerita abang kastam, bodyguard, dll pulak. Hihi..

      Siqah follow gak drama Melayu tu. Boleh tahan jugaklah tengok walaupun dah tahu ending dan jalan cerita :D

      Delete
  3. mek suka hero ni. hero ni brlakon dalam protect the boss tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hero ni muka samseng dalam citer ni mek.. lepas ni gigih nk cari citer mek sebut tu.. hehehe ;-)

      Delete
  4. Tak layan drama Korea lah LZ....drama melayu, layanlah. Tp memilih jugak....tengok pelakon yg kita minat dan terkenal. Kalau pelakon baru berkira kira jugak nak nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh saya sebaliknya Kak, saya x berapa layan cerita Melayu baru2 zmn skrg.. Lebih-lebih lagi pelakon baru yg jual rupa dari bakat berlakon..

      Kecuali cerita Melayu ada pengajaran atau jalan cerita menarik saya boleh layan, hehehe

      Delete
  5. MENARIK FILEMNYA NI..ADA PELUANG BOLEH DITONTON

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga Kak Paridah, boleh Kak bila free seronok layannn, hehehe :-)

      Delete
  6. Rasa macam pernah layan citer ni dulu...
    Amboi! LZ dah tersuka KDrama nampak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikshh tak pelik LZ bila Mrs. A kata pernah tengok..

      LZ jangkit dari Mrs. A kot tetiba layan KDrama ni, hehehehe tapi satu jer Running Man sampai skrg x leh hadam, huhuhu ;-)

      Delete
  7. Cerita ni best gila!! Tengok berkali-kali pun takpe. ;)

    ReplyDelete
  8. Ada persamaan dgn drama kat TV3 tu kan.. pasal apa lah dorang tak credit kat cerita ni.. at least tulis 'Based on storyline' ke 'Inspired by' ke.. haishhh memang frustlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah citer Melayu, x pernah bg credit hasil org lain.. betul apa Gee kata, letaklah 'based on K Drama Secret'.. Macam lah penonton tak tahu kann..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...