Tuesday, November 01, 2016

Mengapa mesti hari terakhir?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers (mukadimah biasa saya sebagai pembuka kata).. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu..

Hari ini saya masih lagi bercuti, sebenarnya sejak minggu lalu tambah 2 hari cuti tahun iaitu Isnin dan Selasa sama dengan cuti sambutan Deepavali pelajar sekolah. Dekat hujung tahun cuti ada sedikit berbaki, why not peruntukkan sedikit masa teman anak di rumah. Lagi pun ada satu lagi subject peperiksaan akhir tahun masih belum lepas iaitu Dunia Seni Visual (DSV), jadi dikesempatan ini saya sempat menjadi 'guru pendidikan seni' tak bertauliah bagi ilham pada anak untuk buat projek DSV esok, hehehe

Semalam, sempat pergi ke Home Decor di AEON Seremban 2, takde kerja lain selain dari meninjau pokok baharu. Rambang mata dibuatnya. Dalam sibuk rambang mata sempat lagi menyambar 3 jenis pokok iaitu pokok limau kasturi, pokok daun pandan dan pokok rosemary. Saja memuaskan hati..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. (ayat biasa saya sebagai pembuka kata).. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu.. Hari ini saya masih bercuti, sebenarnya sejak hujung minggu lalu ditambah pula applied cuti tahun (Isnin dan Selasa) sama seperti cuti pelajar sekolah.. Dah dekat hujung tahun ni cuti ada sedikit berbaki, why not peruntukkan sedikit masa teman anak di rumah.. Lagi pun ada satu subject peperiksaan akhir tahun masih belum lepas iaitu subject Dunia Sains Visual (DSV), jadi di kesempatan ini saya luangkan masa menjadi 'guru pendidikan seni' tak bertauliah untuk anak, hehehe Semalam, sempat ke Home Decor di AEON Seremban 2.. takde keja lain selain meninjau pokok baharu. Rambang mata dibuatnya.. Dalam sibuk rambang mata sempat menyambar 3 pokok iaitu pokok limau kasturi, pokok daun pandan dan pokok rosemary.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
 

Cerita pagi tadi pula, seawal jam 7.00 pagi saya siap masak nasi dan lauk asam pedas ikan selar serta sayur. Pagi ni breakfast nasi dan lauk pauk serta sayur sebab ada banyak benda perlu dibuat.

 
Opppss! Sorry masih dalam periuk. Sungguh kurang sopan!

 Al-kisah stok homemade kimchi pun dah habis. Kebetulan ada pesanan dari officemate untuk kimchi harga RM20.00 (malu katanya minta free sebab asyik dapat makan free sebelum ni, yolah den turutkan..) jadi tanpa berlengah terus gigih ke dapur keluarkan segala bahan-bahan kimchi dari peti ais. Sementara tunggu napa cabbage diperap dengan garam selama 1 1/2 jam, sempat lagi berblogwalking, tinggalkan jejak sana sini.. Lama tak jenguk rakan-rakan blogger yang dikasih.. ;-)
 
 

Tadaaaa!!! 
Siap dapat dua bekas. Tunggu lepas seminggu baru kita boleh rasmikan, hehehe
Resepi kimchi click di sini.

 

Selesai proses kimchi, terus ke meja craft. Next task, susun poskad. Poskad semakin lama semakin banyak.. Jadi poskad-poskad tersebut akan disusun dalam album yang berasingan mengikut negara dan saiz poskad.  

 

 

Siap semua tersusun rapi, sedap sikit mata memandang.. Senang juga untuk dibaca.. Ada 5 album setakat ni. Saya perlukan 2 album lagi.. So terus tulis dalam planner di halaman 'What To Buy?', kalau tidak nanti terlupa. Lepas susun poskad, ada 5 lagi poskad pen-pal yang masih belum berbalas.. So start tulis poskad untuk dihantar ke Taiwan, Germany, Finland, Spain dan Ireland. Siap semua esok boleh pos.

 
 Done!

Hurrmmmmm sebelum menulis di blog ini selain settled tugasan di atas, siap sudah membasuh dan menyidai pakaian isi rumah yang baru dicuci, dapur semua siap dikemas, unifrom sekolah pun siap digosok, pendek kata siap semualah!

Dalam hati berdetik : "Produktif sungguh aku hari ni". Baguslah kan, rajin (puji diri sendiri).
Persoalannya : MENGAPA MESTI HARI TERAKHIR CUTI?!!!!

Itulah sebenarnya perangai buruk setiap kali cuti panjang.. Masa awal-awal cuti banyak masa lagi langsung takde hasil. Bila last day, last minute baru buat semua. 
Penat sebenarnya sebab all out tambahan pula esok start kerja, fuhhh!
Buruk betul perangai.. Harus diubah!

21 comments:

  1. Hahha. Mek pn same, esok dh nk keje ade je nk buat hr ni. Pdhal hr mula mula cuti tkde plak nk start pape :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer lah Mek, x suka sebenarnya ada perangai camtu.. Kan elok kalau kita segera buat, huhuhu

      Delete
  2. Lastday baru macam ada suntikan semangat luar biasa ya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC, macam Mek kata masa tu laa macam-macam benda nak buat.. Datang pula semangat rajin luar biasa, hehehe

      Delete
  3. Cerita dlm ni macam2. Ada kesah pokok. Ada kesah makanan. Ada cerita mengemas.
    Best kan. All in one.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup En. Adam, nama blog pun Whatever Apa-Apa Sahaja, apa-apa sahaja cerita berkisar tentang kehidupan yang dilalui..

      Delete
    2. LZ, this's my blog:

      http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

      Delete
  4. Bagus tu. Dipelbagaikan. Whatever. Nice tajuk.

    Hv u visited my blog LZ?

    ReplyDelete
  5. Pandai u pilih nama blog.
    WHATEVER.

    Whatever lah

    ReplyDelete
  6. Lebih kurang lah kita, bila dah last day cuti baru nak buat semua..baru nak masak semua..hehe... banyak juga yg sis masak tu.. semua sedap2.. Kimci menyelerakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh samalah kita Atie, ingat saya sorg saja ada perangai camtu, hehehe

      Masak simple jer Atie. thanks. :-)

      Delete
  7. Sebab hari akhir itulah terus merempit apa yg perlu dibuat sebab esoknya dah nak kerja tak ada peluang lagi nak buat macam ini kalau tak cuti..

    Kakak malam tadi pun lauk asam pedas tapi ikan pari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer lah Kak last minute banyak benda nak buat, tetiba rajin lak.. tu yg merempit x hengat kann Kak.. hehehehe

      Sedap asam pedas ikan pari :-)

      Delete
  8. wohh kimchi tu...mata xleh nak wat lari tempat asyik duk tenung kimchi tuh.. erk...terliur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terliur cepat2 cuba buat Husna, resepi ada di link tu.. hehehe :-)

      Delete
  9. Warna kimchi..nampak macam pedas je. Harap one day reen dpt merasa kimchi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedas Reen, warna jer merah menyala sebab serbuk cili tapi rasa kimchi ni masam.. In shaa Allah Reen dpt merasa kimchi satu hari nanti.. :-)

      Delete
  10. hehe sm laa kita...


    wahhh byk nyer poskad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tak sangka ada geng..
      Give me 5! :-)

      Hobi kumpul postcard, cenggitulah gaya dia anies.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...