Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini yang dikasihi..
Terima kasih kerana berkunjung ke sini.. Saya doakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Lately, saya sangat stress kerana tugasan harian yang sentiasa bertambah, karenah manusia sekeliling dan masalah dunia.. Terasa kurang ruang untuk diri sendiri.. Jadi saya tak mahu keadaan ini berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan dan kualiti masa yang ada..
Terima kasih kerana berkunjung ke sini.. Saya doakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Lately, saya sangat stress kerana tugasan harian yang sentiasa bertambah, karenah manusia sekeliling dan masalah dunia.. Terasa kurang ruang untuk diri sendiri.. Jadi saya tak mahu keadaan ini berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan dan kualiti masa yang ada..
Bila sampai tahap ini saya akan mencari jalan memanjakan diri sendiri. Caranya dengan buat apa yang saya suka.
Apa yang saya suka?
Actually banyak perkara yang saya suka tapi bergantung kepada keadaan dan masa yang ada. Kali ini saya hanya mampu buat perkara ini iaitu pertama, mendapatkan urutan Thai Massage di Pusat Kesihatan TotalPro.
Saya memang sudah biasa ke tempat ini untuk mendapatkan urutan. Urutan akan membuatkan saya tenang dan pada masa yang sama membetulkan urat saraf yang bersimpul dan otot yang dah keras kematu di samping membaiki blood circulation, hehehe.
Photo credit to Google.com
Kali ini saya mendapatkan urutan Ginger Oil Therapeutic Massage. Urutan ini membuang angin dalam badan, melembutkan kulit, menghilangkan rasa pening dengan urutan thai pula dapat mengenalpasti pressure point.
Ladies Lounge disediakan jadi kita tak risau sebab takde lelaki sesat di sini. Suasana yang sunyi dengan bauan aromatherapy sungguh menenangkan minda.
Photo credit to Google.com
Ruang urutan seperti di atas..
Photo credit to YouTube
Thai Yoga Massage Traditionelle Thai Massage mit Thanapornmedium
Memang mengasyikkan.. tapi bila sampai ke part stretching dan tukang urut kenal pasti pressure point memang rasa nak terkucil sakitnya.. Masseuse tu tahu mana otot atau urat yang bersimpul, bila detected, dia akan tenyeh sampai betul-betul lembut bahagian yang sakit tu.. Adoi bertabahlah berkerut-kerut muka tahan sakit, terasa nak menjerit tapi jangan risau hasilnya memang puas hati dan selepas itu tempat yang sakit sebelum ini akan elok.
Part paling saya suka bahagian kepala sebab letak kat riba tukang urut, cewah bukan itu..
Saya suka sebab bahagian kepalalah yang banyak memikirkan masalah, rasa relax bila diurut, hehehehe
Photo credit to YouTube Massage Head Neck
Gambar sekadar hiasan tapi saya ingin menunjukkan cara yang dilakukan. Memang sama urutan seperti dalam gambar di atas.. Mau tak terlena dibuatnya, memang manyakkk syiok I tell you!
Sebelum balik rehat sebentar untuk nikmati kehijauan dan kecantikan bunga orkid ini yang terletak di luar sambil menikmati green tea pandan yang disediakan, alhamdulillah syukur yang tak terhingga dengan nikmatNya.. Badan pun terasa ringan dan best!
Selepas habis sesi thai massage tiba sahaja di rumah, my husband dan anak teruna dah bersedia untuk bawa saya ke shopping complex. Ini merupakan terapi cara kedua iaitu pergi ke tempat yang kita suka. Saya suka ke shopping mall, membeli-belah (walaupun tak seberapa) dan pergi makan-makan (cari makanan sedap).
Saya minta husband bawa ke DPulze di Cyberjaya..
Tiba di DPulze terus terjah Seoul Garden tempat makan kegemaran jika ke sini, al-maklum sebelum buat urutan perut tak boleh terlalu kenyang jadi saya hanya makan toast bread with peanut butter dan nescafe panas sahaja pagi tadi. Masuk Seoul Garden makan steamboat sampai puas..
Lepas makan masa untuk menghadamkan segala yang ditelan, jadi harus berjalan seluruh ruang complex.. Kebetulan di Ground Floor BoBoi Boy dan YaYa sedang buat persembahan..
Jadi layan sekejap..
Sambil husband dan anak khusyuk melayan BoBoi Boy dan Yaya, dengan izinya saya ke butik pakaian dan MPH.. cuci mata dan sempat membeli mana yang berkenan di hati..
Dua tempat kegemaran yang pasti tak akan dilepaskan bila ke sini.
Al-maklum saya adalah stationery addict memang selalu terjebak dengan benda-benda comel cenggini tak kiralah status mak orang, hehehe
Itulah antara terapi minda saya bila stress.. Hilang stress bila dapat buat 3 perkara ini :
Thai massage,
berjalan-jalan di shopping mall (lebih-lebih lagi bila dapat barang yang dihajati), dan
dapat makan apa yang kita ingin, alhamdulillah syukur sangat-sangat.
Begitulah cara saya menghilangkan stress.. Lain orang lain caranya.
Bagaimana pula dengan anda?
Harap sudi kongsi di sini.. Manalah tahu boleh saya tambah dalam senarai, hehehe
Thanks everyone..
Wasalam...
Mudah2an dh hilang stress.
ReplyDeletePakcik X pernah stress sebab hari2 buat kerja yang kita suka.
Jadikan hobi kita sebagai pekerjaan dan sumber pendapatan.
Alhamdulillah, pakcik dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi peluang menjana pendapatan melalui hobi sebagai pekerjaan.
DeleteJenis yang selalu stress ni bila kerja melampau-lampau.. :-)
kita lebih kurang same. mek akan reward diri mek dengan urutan kepala, beli pakaian yg mek suka and beli stationery jugak supaya timbul perasaan sronok nk keje.
ReplyDeleteKita ada minat yang sama mek.. yeayyy
DeleteGive me five! ;-)
macam menarik pulak tengok tempat urutan tu...sekali nun kat seremban2. jauh sangat la pulak.
ReplyDeleteKalau ChemSO di Klang Valley boleh ke Thai Odyssey, lebih menarik & best! ;-)
DeleteAla...LZ dah berjaya mendapat massage.
ReplyDeleteMrs. A tak dapat lagiks, last weekend balik kg kononnya nak massage dengan makcik tukang urut tu.
Unfortunately dia outstation kena import dengan anaknya ke Pahang
Cian.. Mgkn Mrs. A dapat book makcik urut lps cuti sekolah nanti kot.
DeleteSo sabar menanti.. Kalau nk cuba Thai massage apa salahnya.. manyak syiok woooo.. hehehe