Tuesday, December 06, 2016

DIY : Homemade Fabric Freshener

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers. Apa khabar? Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.

Adakah anda penggemar dan pengguna tegar penyegar fabric seperti Febreeze? Saya akui bahawa saya adalah salah seorang antaranya. Saya suka sembur penyegar fabric pada pakaian yang kering selepas dicuci untuk mendapatkan haruman wangi selain sembur di sofa bagi menyegarkan ruang tamu.

Tahukah anda bahawa penyegar fabric ini boleh dibuat sendiri hanya dengan menggunakan 3 bahan yang mudah didapati? Jom saya tunjuk cara membuat homemade fabric freshener.


Bahan-bahan 
2 cawan air yang ditapis 
2 sudu besar pelembut pakaian (fabric softener) - guna wangian kegemaran anda
1 sudu besar baking soda 
Reusable spray bottle 

Cara-cara 
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan atas api kecil. Kemudian masukkan baking soda dan kacau hingga larut. Akhir sekali masukkan pelembut pakaian dan kacau hingga sebati. Padam api dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam spray bottle.

Homemade Febreeze

Yeayyyyy siap boleh terus guna.
Jangan lupa goncang sebelum digunakan.

Homemade penyegar fabric ini boleh dipelbagai guna, sembur pada pakaian, kasut, langsir, carpet dan ruang yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

DIY Fabric Freshener

Saya juga gunakan dalam kereta, sembur pada carpet kereta. Harumannya juga kekal lama dan paling penting jimat belanja. >_<


Okay, setakat ini perkongsian saya. 
Selamat mencuba. Jangan lupa kongsi pendapat anda di ruang komen.
In shaa Allah kita jumpa lagi di post akan datang..
W'salam..

14 comments:

  1. Oh.. tak pernah terfikir kakak semua ni
    Good idea - boleh diikut:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Kakzakie.. Barang-barang pun mudah dapat.. ;-)

      Delete
  2. ini menjimatkan :) boleh try ni. febreeze tu mhai jugak weeiii skang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mek.. ini salah satu tips jimat, hehehe

      Delete
  3. sekarang ni kalau boleh nak yang menjimatkan je.... huhuhuhu semua naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama Kak notie, terasa sgt harga barang naik. So mana boleh jimat kita jimat lah.. ;-)

      Delete
  4. Kak LZ :)

    Terima kasih share pasal benda ni.. boleh jimat kan :) Dan barang nak guna pun senang nak cari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih dik..
      Perkongsian yang boleh kita manfaatkan bersama.. ;-)

      Delete
  5. Rajin dan kreatif semua jadi mudah dan jimat jugak :-)

    LZ kalau masukkan airnya tu time panas-panas botol boleh mengerekot ngeh!ngeh!ngeh!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe cuba jangan tak cuba jimat belanja..
      .
      Jangan lupa bagi sejuk dulu Mrs. A... ;-)

      Delete
  6. assalammualaikum. Nice sharing kak. DIY je kan bahan pun mudah dapat. Jimat sgt.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam aiNa..
      Selamat mencuba.. Kalau serasi jimat belanja.. ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...