Pages - Menu

Sunday, December 04, 2016

Ke mana menghilang?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
Apa khabar semua? Terima kasih diucapkan kerana tak jemu-jemu singgah di blog ini dan support semangat saya untuk terus berblogging.. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menjalani aktiviti harian..

 

Yes, I'm back! Rindu korang semua! My last post was on the 11.11.2016, now 4.12.2016. Ke mana saya menghilang? Berapa lama saya tak update blog? Dalam diam sebenarnya hati terasa meronta-ronta untuk berblogging tapi apa kan daya, masa dan jadual kerja terlalu padat for the past few weeks. Fuuhhh!

 

Bila diimbas semula, rasa tak sanggup untuk hadapinya... Dimulakan dengan menghadiri Mesyuarat Pengurusan Kanan kemudian diikuti dengan kursus selama 2 hari di Putrajaya berkenaan pindaan akta.. mentelaah akta ni macam ambil exam! Bila otak penat secara tak langsung fizikal pun ikut sama letih.. minggu berikutnya pula kursus sehari di Seremban.



Hari-hari seterusnya sibuk dengan kertas kerja di pejabat.. Itu belum lagi cerita tentang urusan keluarga, masalah and so on..

Frankly speaking, I'm mentally exhausted!

 

Bila masuk bulan Disember ni barulah free sikit, alhamdulillah. Dapatlah saya focus pada aktiviti sampingan dan hobi yang berminggu-minggu ditinggalkan..

Bila dapat focus pada hobi maka berwarna-warnilah rutin harian saya. Maka takdelah selalu hitam putih iaitu satu kombinasi warna yang membosankan.. Hujung minggu kali ni bergelumang dengan kertas dan washi tapes. Banyak tempahan planner diterima dari online customers and colleagues, alhamdulillah rezeki. Kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang projek planner saya, boleh click di sini.

 

Washi tapes dan planner.. 
Untuk makluman, tempahan perlu disiapkan mengikut masa yang dijanjikan..

 

Tambahan pula saya guna manual printer, so memang mencabar kesabaran, terhegeh-hegeh tapi tak boleh complaint lebih-lebih sebab printer ni banyak berjasa.. 
Tunggulah ada rezeki lebih nanti boleh tukar hi-speed printer, hehehe

 

Inilah hasilnya, last touch sebelum dihantar kepada tuan baharu. 

 

 

Selesailah tugas menyiapkan tempahan.. Tiba masa untuk penghantaran.
Biasanya saya akan pergi ke Pejabat Pos AEON Seremban 2 untuk pos tempahan, jadi sambil menyelam minum air... Lepas urusan di pejabat pos bolehlah menenangkan fikiran, cuci-cuci mata di shopping mall. Kata orang terapi minda, gituuuuu..

 

Decor Christmas pun mula dipamerkan, cantik dengan hiasan merah putih.. ceria.
Tak lengkap bulan baharu tanpa buku baharu. Jadi sempat singgah di Popular Bookstore untuk menambah koleksi buku dari John Grisham dan Sophie Kinsella di samping buku lain. Both are my favorite writers, pernah saya ceritakan di sini..

 

Tibalah masa untuk treat diri sendiri dengan menjamu selera di Sushi King. Japanese Green Tea dan Salmon Grill memang boleh kata menjadi kegilaan. 

 

 

Happy tummy, happy me! 
Selesai semua,barulah diri ini terasa berpijak di bumi yang nyata.
 Bila tiba di rumah, hati rasa gembira bila 'disambut' bunga rose merah menyala yang sedang berkembang mekar di halaman rumah..

 

Syukur, alhamdulillah dengan segala kurniaanNya..
Itulah jawapan kepada persoalan "ke mana menghilang?"..
Sangat sibuk dengan tugasan yang telah diamanahkan..


Terima kasih kepada pembaca yang dikasihi..
In shaa Allah kita berjumpa lagi di post akan datang..
W'salam..


14 comments:

  1. lawanya planner tu! sooo colorful la LZ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Lenne, saje buat colorful untuk mood ceria..hehehe ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sedap, sekali rasa pasti tak cukup, hehehehe

      Delete
  3. Begitulah selagi Allah bagi kita pinjam utk terus bernafas di dunia ini.
    Pasti ada saja tanggungjawab yg perlu dilangsaikan
    Moga semuanya baik-baik dan lancar sebagaimana planning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Kak Zakie for your kind words..semoga semuanya dipermudahkan, amin.

      Delete
  4. takpa..kita dahulukan apa yg penting hehehe
    selamat kembali :)

    ReplyDelete
  5. mek tak tahu pn LZ buat planner ! nk tgk skang jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe tu laa Mek.. Saya ingat nak buat giveaway Planner agak2 ada yang berminat tak?

      Delete
    2. Ada..... hehehehe ala biasale tu lumrah kehidupan kadang sibuk kadang tidak apa pun semuga hari-hari mendatang membahagiakan kehidupan.

      Delete
    3. Amin.. hehehehe memang kak notie sangat memahami..

      Delete
  6. Patutlah lama tak nampak kak LZ. Sibuk sangat ye kak. Siqah dengar "akta" je siqah dah pening. Hehe.

    Cantik planner akak buat. Keep it up kak :) Dan selamat kembali. Please jangan hilang lama lagi eh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar sibuk sikit dik.. Akta tu macam lauk akak setiap hari walaupun migraine kronik tetap kena hadap jugak, huhuhu..

      Thanks dik sudi support dan singgah sini.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..