Pages - Menu

Monday, December 26, 2016

Bercuti di AVANI Sepang Goldcoast Resort

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca budiman..
Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu..
Hujung minggu lalu, cuti agak panjang ditambah cuti sambutan Hari Krismas dan tambahan cuti ganti hari ini, yeeehhhhaaaa.. Memang seronok bila dapat cuti tambah-tambah cenggini..
 Bahagian yang kurang seronok bila kita keluar bersiar-siar, sana sini jem.. Kenderaan sesak di jalanraya.

Disempatan ini ibubapa juga mengambil peluang untuk bercuti dengan anak-anak sempena cuti sekolah termasuklah saya.. Sepanjang cuti sekolah, saya masih belum berpeluang membawa anak bercuti. Kalau diikutkan kerja pejabat memang tak akan habis. Jadi untuk menghiburkan hati, saya ambil cuti hari Jumaat lepas (23.12.2016) dan bawa keluarga, mak dan anak saudara pergi bercuti!

Percutian saat-saat akhir namun berbaloi. Destinasi yang ingin dituju di AVANI Sepang Goldcoast Resort.



Saya tempah penginapan malam sebelum hari Jumaat agak last minute. Perbandingan harga hotel saya rujuk laman web trivago Malaysia.  Alhamdulillah dipermudahkan, masih ada bilik hotel yang dihajati.
 
 

Sebelum bertolak, sempat membeli barang makanan dan keperluan. Bertolak dari Seremban jam 1.30 petang.. Tiba di hotel just nice, pukul 3.05 petang.

 

 

Waktu check-in pukul 2.00 petang.
Proses check-in berjalan lancar. Kakitangan hotel juga sangat membantu.

 

Yeayyy pass masuk sudah ditangan.. Sebelum menuju ke bilik, jangan lupa mengalihkan kenderaan dari ruang lobby ke kawasan parking di luar. Perkhidmatan parking hotel disediakan tetapi dikenakan caj RM20.00 dan jika keluar dan parking semula di dalam kawasan hotel akan dikenakan RM10.00 per entry.
Saya cadangkan supaya pengunjung parking di depan kawasan bulatan, jadi tak perlu bayar. Parking berbayar pun konsep 1st come 1st serve dan selalu penuh, so tak perlulah membazir.

 

JOM RONDA AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT! 

Setelah dapat pass masuk, setiap pengunjung akan dihantar ke bilik menggunakan buggy.
Perjalanan dari bilik hotel ke lobby memang menggunakan kenderaan ini sepanjang berada di sini..


Buggy akan menyusuri lorong seperti gambar di bawah ini hingga sampai ke bilik hotel.
Seronok jugak naik buggy, hehehe


Saya tempah bilik jenis 2 Bedrooms Villa with breakfast (free wifi) untuk 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Bilik kami berada di Trunk 7 nombor bilik 725.  
Ciri-ciri bilik hotel jenis ini : keluasan 122m3, 1 king size bed, 2 single beds, 1 sofa bed. 
This luxurious 2-bedroom villa features uninterrupted sea views from a private balcony. A walk-in wardrobe, a study room and a living room are included. The marble en suite bathroom has sunken bathtub.


Villa facilities: Balcony, Sea view, Pay-per-view Channels, Telephone, Satellite Channels, Safety Deposit Box, Air Conditioning, Iron, Desk, Ironing Facilities, Seating Area, Fan, Sofa, Hardwood/Parquet floors, Shower, Bath, Hairdryer, Toilet, Bathroom, Minibar

Free WiFi is available in all rooms.


Trunk tu nama bagi pelepah kelapa sawit yang bercabang-cabang. Main trunk bahagian batang lurus kelapa sawit dari lobby. Tengah-tengah bangunan putih tu restoran dan pool.


Beginilah rupa bilik Family Villa 2 bilik tidur

 


Bila masuk bilik hotel, sebelum kuak lentang atas katil tu, kita baca dulu terma dan syarat-syarat pihak hotel.. AVANI Sepang Goldcoast Resort tidak membenarkan pengunjung memancing di balcony hotel bagi menjaga hidupan laut.   
 

 Ruang pantry kecil, coffee yang disediakan bagi coffee addict memang tak cukup jadi kita bawa extra

 

Jom saya bawa pembaca meninjau apa yang menarik di sini.. 

Gambar bawah ni rupa atap bilik yang diperbuat dari jerami. Walaupun bilik hotel di tengah laut, tapi kita langsung tak rasa bahang panas. 

 

Gambar berikut dari balcony hotel..  
Seeloknya tempah bilik merokok walau pun kita tak merokok. Bilik jenis ini terbuka, jadi kita puas menikmati pemandangan sekeliling.

 

Terdapat ruang untuk bersantai, menikmati coffee sambil menghirup udara segar.
Sungguh mendamaikan. 

Selepas rehat sebentar, at about 5.30 petang, kami keluar makan. Pencarian makanan di kawasan ikan bakar Bagan Lalang yang terletak lebih kurang 500 meter dari hotel. Part dinner ikan bakar saya akan cerita di entry seterusnya..

Semasa berjalan keluar ke tempat buggy, pengunjung akan melalui kawasan kolam dan spa di kawasan terbuka dan gym di salah satu ruang menghadap laut.. 

 
 

Cuaca hari itu pula redup dan sangat sesuai untuk beriadah.


Gambar di bawah kawasan luar hotel menghala ke restoran ikan bakar Bagan Lalang. Kenderaan pengunjung banyak diletakkan di kawasan ini kerana tiada bayaran letak kereta dikenakan, free of charge seperti saya ceritakan di atas. Tak perlu menapak, buggy akan datang mengambil anda masuk ke kawasan hotel..

Suasana petang di sini..

Jadual aktiviti pantai yang diadakan sepanjang hari di AVANI Sepang Goldcoast Resort.

 

DAY 2 : Breakfast @ AVANI Sepang Goldcoast Resort

Keesokan hari, seawal pukul 7.30 pagi kami keluar ke Restoran Bila-Bila untuk sarapan pagi. Restoran ini terletak di bahagian tengah pelepah kelapa sawit bersebelahan kolam hotel.

 

Restoran luas dan pemandangan sekitar restoran juga menarik.
Menu yang disediakan seperti di bawah.

 

  Walaupun suasana restoran best, tapi makanan yang disediakan amat mengecewakan, tasteless.. Variety makanan juga kurang dan agak tidak menarik.

 
Ini sahaja makanan yang boleh ditelan..

Selesai breakfast lebih kurang pukul 10.50 pagi, kami meronda-ronda kawasan sekitar hingga ke hujung trunk..

 
Bilik hotel paling hujung dan mungkin antara paling mahal.. Seketul sahaja memang privacy.

 

Landscape dan tanaman hiasan di sini subur dan menghijau..

 Sunset

 

Kami check-out pukul 11.30 pagi.Waktu check-out di sini pukul 12.00 tengah hari.
Just nice, ketika itu masih belum ramai check-out jadi urusan kami berjalan lancar tak perlu tunggu lama.. Bye-bye AVANI Sepang Goldcoast Resort. We had a very great stay there.
Alhamdulillah, percutian singkat membawa kenangan indah bersama keluarga..

Di sini saya ingin berkongsi tips percutian singkat. 

1. Survey hotel (baca reviews pengunjung) dan check facilities yang ditawarkan di internet supaya tak membebankan apabila tiba di hotel nanti (cth. parking rate, waktu check-in & check-out, caj-caj yang dikenakan);

2. Survey kawasan tumpuan menarik berdekatan hotel (cth. tempat makan dan shopping complex). Jadi masa lapang di hotel boleh digunakan untuk bersiar-siar.

3.  Pastikan facilities hotel mesra keluarga, semua orang boleh turut serta dan gembira. 

Jadi dengan tips di atas saya tidak membuang masa dan hanya mengikut perancangan yang telah dibuat sebelum tiba di tempat percutian. So far alhamdulillah berjalan lancar.

Okay kita sambung cerita... Lepas meninggalkan AVANI kami menuju ke Mitsui Outlet Park KLIA untuk mencari sesuatu yang menarik di sana.. Kata orang alang-alang dekat, kita singgah.. Cerita tentang Mitsui Outlet Park KLIA pernah saya post di entry ini..

Mitsui Outlet Park KLIA

Ini sahaja cerita saya.. Bagaimana pula cuti anda? 
Jom kita kongsi cerita.. Jangan lupa komen di bawah atau share link entry percutian anda di ruang komen untuk kunjungbalas..
Terima kasih, semoga ukhuwah yang dibina berkekalan..
Wasalam..




Note : Sebahagian gambar diambil dari website agent pelancongan, harap maklum. 

14 comments:

  1. salam ziarah & follow sis..

    pernah pergi jugak sini... tp x bermalam..tp pantai dia mmg best wlupun masa tu x mandi..just cuci2 mata...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Juls Julie80..

      Sis setuju dengan JJ, pantai Bagan Lalang tenang.. Sesuai sangat utk santai & berehat tggu sunset.. :-)

      Delete
  2. Privacy dan menyamankan suasananya LZ.
    Rasanya sessuai untuk honeymoon jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs. A memang suasana tenang & privacy.. Sesuai sangat utk honeymoon..hehehe

      Delete
  3. Amboii. Bestnyaa bercuti. Nampak mewah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ana, diberi rezeki dan peluang bercuti di sini.. hihihi :-)

      Delete
  4. Pernah hari tu nak tempah.. Tapi masa tidak mengizinkan.. Nampak macam best. Service Avani ni ok? Memuaskan? Berbaloi dengan apa yang sis bayar..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Reen service memang tip top sepanjang sis bercuti di situ cuma makanan rasa tak berbaloi, blh kata lgsg tak sedap..

      Delete
    2. Hahaha memang susah sis nak jumpa maknan sedap kat hotel.. Rasanya lebih berbaloi makan kat luar dari dalam hotel kan

      Delete
    3. Tu lah hakikatnya Reen.. :'(

      Delete
  5. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete
  6. Kepada yg teringin, boleh cntct saya utk dptkan harga ahli..013-2695268.

    ReplyDelete
  7. saya pun dh datang sini 2x..tempat best untuk istirehat..sape yang berminat untuk bercuti ke sini juga boleh contact saya..available bulan 10 nanti - 016 358 9018

    ReplyDelete
  8. as salam admin..maaf tumpang iklan, utk sahabat2 yg ingin bercuti di avani resort sepang, 2 bedroom villa rm600, 0122208140

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..