Pages - Menu

Monday, January 02, 2017

Beginikah Cara Jahit Lencana Uniform Sekolah?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Cuti tambahan hujung minggu hampir ke penghujung. Kalau boleh tambah sehari lagi memang indah, malangnya cuma mimpi.

Esok akan bermula sesi persekolahan penggal pertama tahun 2017. Petang ni saya baru terhegeh-hegeh menjahit lencana anak bujang sorang ni.. Alasan lambat sebab dilanda kekeliruan.

Kekeliruan tentang apa?

Persoalan saya :
Benarkah Kementerian Pelajaran Malaysia ada mengeluarkan pekeliling (circular) tentang kaedah menjahit lencana uniform sekolah yang betul?

Persoalan bermula apabila terbaca viral yang dikongsi dalam Facebook iaitu di bawah ni:


Circular atas ni sahih atau tidak? 
Persoalan di atas masih belum terjawab..

Kemudian, tak lama lepas tu viral pula kaedah seperti di bawah ni..  


Mana satu cara yang betul?

Malas fikir lagilah haiiii, masa berjalan.. nanti satu kerja apa pun tak jadi..
Akhirnya, saya ambil pendekatan ikut sekolah masing-masing. Jahit ikut kaedah sebelum ni, end of story!
Siap semua, alhamdulillah. 

Bagaimana pula persediaan anak-anak rakan bloggers saya? Semua dah ready untuk esok? Mana anak masuk Tahun 1 atau Tingkatan 1 pasti extra busy kannn..

Cuba cerita sikit, kongsi pengalaman persediaan sesi persekolahan anak tahun 2017.. hehehe pasti ada yang menarik.

Okaylah, terima kasih sudi singgah..
Until then, wasalam..

16 comments:

  1. Mujurlah baru dapat lencana je.. nama tak dapat lagi.. kalau tak memang pening jugalah.. dah lah first time anak masuk sekolah.. hari depa nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pening fikirkan semua tu Shahida.. kalau x ikut manalah tahu mmg betul berkuatkuasa..

      Waaaaa tentu excited & berdebar anak baru masuk sekolah.. saya dah alami 2 tahun lepas, hehehehe teruja..

      Delete
  2. Saya buat cam selalu tampal kat poket nama lepas tu baru lencana... Tak de plak cikgu maklum kan pasal tatacara penampalan lencana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lar Hani, takde makluman apa2 dari sekolah tiba2 ada viral garispanduan jahit lencana dari KPM, confused jap..

      Saya pun buat cam selalu selesai masalah, hehehe

      Delete
  3. Bila banyak pattern jadi pening kan kak...kena selaraskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously PC, perkara mudah bila byk version jadi celaru, pening. :-)

      Delete
  4. Akak soal lencana dah lali sejak anak pertama dulu...ikut je cara tradisi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh jadi masalah lencana uniform sekolah ni memang sejak dari dululah Kak Saniah.. Hurrrmmm kalau camtu ikut cara tradisi tepat sekali Kak..

      Delete
  5. Replies
    1. Lepas keluar belanja barang sekolah fikir pulak cara jahit lencana, bertambah pening Wak.. huhuhu

      Delete
  6. Kalau betul pekeliling tu, bagus juga.
    Seragam seluruh negara.
    Kena kawan2 blogger cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul WP, standardize semua sekolah, mudah keja kann..

      Delete
  7. oo akak saya cikgu. takde pula dengar dia kabo pape. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay so confirm sekadar viral, x blh percaya.. Saya pun puas check website KPM, takde pun circular ni.. Betullah apa cikkyra kata..

      Delete
  8. Itulah Mrs. A percaya lak tu dah ikut stail baru walaupun tak suka macam sakai adik cakap.

    Tapi one thing for sure yang sekolah menengahnya (STAD) memang dah macam yang viral tu ini apa yang Mrs. A tengok dan pastikan sendiri masa orientation Aryssa pada 31.12.2016.

    Tapi time fetching Adik 1st day school dok perati lencana budak-budak takde pun ikut tu. Mereka ikut stail lama aka suka hati mak bapak akulah nakjahit macam mana muahhhaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahhhaaaa x sangka Mrs. A terjebak.. Sekali tengok kertas tu pun macam pelik, tak official..

      Sekolah pun satu hal, buatlah circular garispanduan jahit lencana biar seragam. Kalau tak memang betullah ikut suka hati mak aku nak jahit camne kannn..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..