Sebuah Pengakuan

Friday, January 13, 2017

Assalamualaikum dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu.

Sambil memandu pagi ini, saya pasang lagu I'tiraf nyanyian Raihan. Lagu ini antara lagu kegemaran saya kerana bila didengar ianya terus menusuk kalbu memang sesuai dengan tajuk, I'tiraf - Sebuah Pengakuan..

"Wahai Tuhan 
Ku tak layak ke syurga-Mu 
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun 
dosa-dosa besar

Ilaahi lastulil firdausi ahlaa
Walaa aqwa 'alaannaril jahiimi
Fahablii taubatan waghfir dzunuubi
Fainnaka ghofirudzzanbil 'aziimi

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir di Pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku
oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba... yang mengharap..
belas dariMu"

Baca dan hayati bait-bait lirik lagu ini, memang itulah hakikat sebenar apa yang ingin disampaikan oleh setiap anak Adam kepadaNya... Dalam tak sedar berlinang airmata mengenang dosa-dosa diri ini.


Untuk pengetahuan, lagu ini sebenarnya diambil dari syair bertajuk Al-I'tiraf bermaksud Sebuah Pengakuan hasil nukilan Abu Nawas atau nama penuhnya Abu Ali Al-Hasan b. Hani Al-Hakami. Beliau merupakan seorang pujangga Arab dan penyair terulung merangkap ahli sufi pada zaman Khalifah Harun Ar-Rashid.


You Might Also Like

18 comments

  1. Salam Jumaat sis. Semoga kita mendapat keampunanNya. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Ana Suhana,
      ..آمين يا رب العالمين

      Delete
  2. Dah kakak terikut menyanyi sama LZ
    Sungguh bila menghayati lirik nasyid ini memang menusuk kalbu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara langsung bila dihayati memang kita akui betapa kerdilnya kita di sisiNya kann Kak Zakie.. :'(

      Delete
  3. SALAM JUMAAT LZ...SYAIR INDAH ULAMA MMG HEBAT MENYENTUH HATI

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Kak..
      Saya pun suka hasil nukilan Kak Paridah..

      Delete
  4. Teringat masa duk asrama dulu2. Budak2 lelaki selalu bacakan ni sementara nak tunggu Isya' kat surau. Semoga Allah ampun dosa dan terima taubat kita semua :(

    #salamjumaatsis

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
      Memang elok Han, kita beringat selalu :-)

      Delete
  5. Memang best lagu tu..
    berkali2 putar pun masih nyaman di telinga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Azian..
      Tenang alunan musik dia.. :-)

      Delete
  6. Kalau dibaca dengan penuh pghayatan, blh mengalirkan air mata. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana, tak sedar airmata mengalir.. :'(

      Delete
  7. kalau buka YT n nk dgr lagu2 raihan, nasyid yg ni dulu saya cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menjadi kesukaan ramai sebab bait2 lirik dan melodi yang syahdu :'(

      Delete
  8. Betul tu. Sedih bile ingat diri ni banyak dosa tapi Allah masing tolong lagi.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Whatever Apa-Apa Sahaja

A blog about lifestyle, shopping, recipe, foods, hobby, activities, craft and so called whatever apa-apa sahaja..