Monday, January 16, 2017

Tarikan seafood di Bagan Lalang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu.. Alhamdulillah, hujan turun pagi ini, syukur sangat.

Dalam entry sebelum ini saya ada janji untuk cerita tentang restoran seafood tempat kami makan malam semasa bercuti di Avani Sepang Goldcoast Resort bulan lalu.. Janji perlu ditepati bukan dicapati kannn, hehehe

Saya pasti ramai pembaca yang berada di sekitar Lembah Klang mahu pun di Negeri Sembilan  familiar dengan kedai makanan laut di Bagan Lalang tapi sebaliknya bagi saya. Saya biasa makan seafood di Umbai Melaka iaitu di sini.  Ada orang kata restoran seafood Bagan Lalang lebih best dari Umbai Melaka. Harga pun berpatutan. Jadi dijadikan cerita, makan malam di Restoran Senandung Malam, Pantai Bagan Lalang hari itu merupakan kali pertama dalam hidup.

 

Actually ada beberapa restoran lain di sekitar Pantai Bagan Lalang selain Senandung Malam Restaurant seperti Restoren terapung HM Sri Bagan Seafood, Seaview Seafood Restaurant dan  Restoran Bayu Malam. 


Bagi pengunjung yang baru pertama kali ingin makan di sini seperti saya, sebaiknya baca dulu reviews dari blog atau website. Survey bab harga (dibuatnya makanan tak sedap tapi harga menggila, sendiri jugak tanggung), sevice lambat atau cepat dan jumlah pengunjung yang selalu datang. Info tersebut sedikit sebanyak mengelakkan kita dari menghadapi segala kemungkinan yang tidak diingini dan menganggu mood cuti sekaligus membantutkan selera, hehehe

 

Kami tiba di situ pukul 5.30 petang dan sudah pasti masih belum ramai pengunjung. Puas memilih seafood yang dihajati, kami terus menunggu hidangan tiba di meja. Batch pertama sampai, udang goreng kunyit, sayur kailan ikan masin, sayur campur dan sotong goreng tepung..

 

Ni nak cerita kelemahan sendiri, nak tahu tak saya dan husband memang jenis tak pandai order masak cara mana.. Selalu tengok orang lain order bukan main meriah tapi kami menu yang sama, balik-balik kailan ikan masin, sotong goreng tepung dan udang, kalau bukan udang goreng butter mesti goreng kunyit, tak mencabar langsung! Serious tak reti.. Bila kita tanya dia, dia tanya kita balik nak masak apa.. Last-last stick pada menu biasa, menu yang sama sejak berabad lalu.. Malas pening kepala fikir nanti ada jugak yang masam muka dan mulut muncung sejengkal (sayalah tu....) hehehehe langsung spoil mood, emosi lebih!

 

Ikan siakap pun lebih-lebih bakar sambal.. Stim dah biasa.. Ketam pula sweet sour sebab ada kanak-kanak..

 

Begitulah menu yang dipesan untuk 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.. Kami order jus tembikai 1 jug.

 

Just nice, itu pun ada lauk yang berlebih untuk diratah..
Overall best dan masakan pun sedap, alhamdulillah.. Harga pula semua sekali RM130.00 sahaja. Kesimpulannya memang harga di Bagan Lalang jauh lebih murah compare to Umbai, Melaka, mungkin itu tarikan restoran makanan laut di sini.. atau mungkin harga pasaran makanan laut ketika itu mempengaruhi harga makanan.. malangnya di luar pengetahuan saya. Tak tahu camne diaorang caj harga.

 

Selesai makan, sebelum menuju ke hotel kami pusing-pusing sekitar Pantai Bagan Lalang melihat sunset.. Cantik pemandangan... Jadi begitulah cerita makan-makan di restoran seafood Senandung Malam, Pantai Bagan Lalang.

Di kesempatan ini saya nak minta pendapat mengenai masakan di restoran seafood. Masakan apa selalu you all order? Mungkin next visit saya boleh tukar menu, boring jugak asyik menu yang sama setiap kali makan di restoran seafood.
Okay, jangan lupa share your opinion..

Ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga bertemu lagi di entry akan datang..
Wasalam...





25 comments:

  1. murah memang kena p ni,thnx for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Must go dan rasai sendiri.. :-)
      You're most welcome BEAT..

      Delete
  2. tq for info , kalau ada pergi sana boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti try, kalau tak rugi..
      You are most welcome.. :-)

      Delete
  3. Walaupun katanya menu yang sama tapi tetap menyelerakan ....tengok pic pun dah nampak sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali order masakan camtu memang sedap Kak Saniah tapi bila berkali-kali boleh jadi gaduh, hehehehehe >_<

      Delete
  4. MENYELERAKAN HIDANGAN YG DIPILIH TU..BELUM PERNAH KE BAGAN LALANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak diaorg masak Kak Paridah..
      In shaa Allah ada rezeki akak boleh cuba makan di Bagan Lalang.. :-)

      Delete
  5. Sis pun sama. Pergi kedai seafood mana pun tetap order menu yg sama. Sotong goreng tepung, kailan ikan masin, butter prawn, siakap stim dan tiga rasa. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kita serupalah sis Ana.. Setia dengan menu yang sama.. nak order lain takut tak sedap, huhuhu ;-)

      Delete
  6. sedappnyer mkn seafood mkcik LZ tuuuh., kann nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap wak.. siapa x suka seafood kann Wak, hehehehe

      Delete
  7. pernah p Bagan Lalang! lama da 6 tahun lps agk nya.. hihihi.
    Bab makan betul sedap... =)harga pun not bad kn kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessss tepat sekali aiNa..
      Akak rasa nak repeat jugak.. hehehehe

      Delete
  8. xde yg xsedap semua nmpk sedappppp

    ReplyDelete
  9. bagan lalang ni memang glamer dgn sifud kan.
    kata nyer sedap and murah.
    and aida tak pernah la makan sana.
    siakap sambal tu sgt menyelerakan gambo nyer.
    ketam.... dap nyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida, okaylah boleh layan lebih kurang sama dengan Melaka.. tapi bab harga lebih murah Bagan Lalang.. Bila2 Aida boleh try.. ;-)

      Delete
  10. Kalau Sha pun memang order menu yang lebih kurang.. kalau ada tambahan pun pada kerang or kepah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kita serupalah Sha, setia pada menu yang sama.. ;-)

      Delete
  11. Murah la ! Dan LZ, kita ada masalah yg same --' tak pandai order. Asyik menu same je. Tapi takpe, asal puaih hati makan :)

    ReplyDelete
  12. Pernah ke Bagan Lalang sekali dulu LZ. Tp tak dpt makan kat Senandung Malam sebab masa tu sampai dah lepas maghrib, dah ramai orang.

    Selalu mmg makan kat Umbai LZ....
    Selalunya kalau kat Umbai, hakak order Ketam goreng berempah, sotong tu mmg goreng tepung. Udang butter nestum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ke Bagan Lalang kena pi awal.. Lepas maghrib mmg kelam kabut silap hari tak dapat tempat..

      Next time boleh cuba ketam goreng berempah & udang butter nestum, mesti sedap ;-)

      Delete
  13. Ada satu kedai dekat2 umbai. Murah & sedap. Last month sy mkn sana ikan 2 ekor, sotong sekilo, pepahat, kupang, nasi 16, air buah 2 jug baru 170. This month makan ikan sekor, udang 1/2 kilo, sotong sekilo, kupang, nasi 6, 130. Mahal sikit sbb ada udang. Tp udang die besar2. Mmg puas hati. Try lah kedai tu. Ikan bakar anjung batu encik yusof.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...