Showing posts with label Tahun Baharu. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baharu. Show all posts

Saturday, October 01, 2016

Bulan baharu, Tahun baharu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Apa plan hari ni? Ada extra sehari cuti hujung minggu, ramai juga yang melangsungkan perkahwinan dan tak kurang juga yang pulang ke kampung.

Hari ni masuk bulan October, hari baharu di bulan baharu mengikuti calendar Masehi... alhamdulillah. Tahun ni beza sehari calendar Masehi dengan bulan Hijrah. Ma'al Hijrah atau Awal Muharram iaitu tahun baharu bulan Hijrah atau bulan Islam jatuh pada hari esok, Ahad bersamaan 2.10.2016.


Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 1437H. Dikesempatan ini saya mohon maaf andai ada salah dan silap..
Doaku semoga kedatangan tahun baharu 1438H akan menjadikan kita insan lebih baik dari tahun sebelum dan kehidupan kita juga sentiasa dirahmati dan diberkati Illahi.. 

Apa azam tahun baharu Hijrah? Bukan sahaja kita menanam azam di tahun baharu Masehi, tapi lebih elok juga kalau kita tanamkan azam di tahun baharu Hijrah kann.. ;-)

Salam Tahun Baharu 1438H diucapkan kepada semua :-) ..



Wednesday, October 14, 2015

Salam Ma'al Hijrah 2015M / 1437H dan Ke Penang Ke Kita..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Selamat Tahun Baharu diucapkan kepada semua.. Semoga tahun baharu ini menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelum..

"... and whoever emigrates for the cause of Allah will find on earth many (alternative) locations and abundance.. and whoever leaves his home as an emigrant to Allah and HIS Messenger and then death overtakes him - his reward has already become incumbent upon Allah and Allah is ever Forgiving and Merciful."
 - Surah An-Nisa 4:100




Post ini ditulis dalam bas, sekarang saya sedang dalam perjalanan ke Penang. Saya mengikuti trip syarikat atas urusan kerja.. Orang kata ala 'rombongan Cik Kiah' dan 'takde class' sebab naik bas, tapi takpe, for me it's okay, apa yang penting ilmu dan pengalaman yang akan saya perolehi kelak bukan semata-mata makan nasi kandaq or bawa balik jeruk Pak Ali. Tak habis kalau kita asyik fikir cakap-cakap orang ni, abaikan saja...

By the way, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Bukan senang saya 'terbuka hati' mengikuti trip begini tambahan pula terpaksa meninggalkan anak yang sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun. Ini semua kerana peluang mendapatkan ilmu untuk mempelajari sesuatu.

Balik Penang nanti saya kongsi cerita yer..
That's all for now, thank you for reading..

Loading...