Saturday, February 11, 2017

Goodbye Whatever Apa-Apa Sahaja, Welcome to Lady in Red Planner!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini..
Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu..
Post ini mungkin yang terakhir di sini..

Selamat tinggal blog Whatever Apa-Apa Sahaja and welcome to blog Lady in Red Planner. 
Mengapa takde angin tiba-tiba pokok bergoyang? Haaaa bukan ada monyet di atas pokok itu, hehehehe

Nak tahu kenapa, jom click banner di bawah, kita pi jenguk rumah baharu saya:

https://ladyinredplanner.blogspot.my


Blog Whatever Apa-Apa Sahaja dengan ini akan bertukar kepada Lady in Red Planner..
Sudilah ke rumah baharu saya. Saya amat mengalu-alukan kehadiran followers di sini mengikuti saya di sana..

Photo credit to themefuse.com


Barang belum habis kemas, tapi you all datang ziarah dulu okay..
Ni link blog baru saya : Lady in Red Planner
Byeeee...




Wednesday, February 08, 2017

3 rutin utama di pejabat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga kalian sihat, dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu. Alhamdulillah syukur dengan nikmat kurniaanNya. Cuaca sejuk dan nyaman memudahkan segala urusan yang kita rancang, in shaa Allah..

Pagi ini saya ke pejabat seperti biasa walaupun mood kerja ke laut (bak kata budak hipster) sebab mindset kuat memikirkan esok cuti umum. Mood malas!

Okaylah, post hari ini saya teringat nak share 3 rutin utama di pejabat bermula meletakkan bag di kerusi.

 

Perkara pertama yang akan saya lakukan, ambil mug dan bancuh coffee di pantry disusuli dengan breakfast..

Inilah mug tahun 2017
 Selepas breakfast saya akan tanggalkan cincin dan jam tangan. Seterusnya saya akan sapu losyen di tangan. Lotion yang menjadi kegemaran sudah tentu Enchanteur Romantic.. Bau wangi losyen ini buat saya tenang dan semangat untuk meneruskan tugasan..

Enchanteur Body Lotion Romantic
Bila tangan sudah lembut dan bau wangi lotion menusuk hidung, saya akan kemas dan simpan di ruang khas sudut meja. Selepas itu diteruskan dengan check office email. Semak dan follow up email serta check calendar/diary untuk kes-kes Mahkamah akan datang to make sure persiapan telah dibuat dan tiada tugasan penting yang tertinggal. 

 

Mana email yang masuk (inbox) dan perlukan perhatian saya akan mark red flag for reminder. 
Begitulah cerita 3 rutin utama di pejabat sebelum memulakan tugasan hakiki yang lain..

 Kesimpulannya 3 perkara ini tak pernah saya miss sejak bertahun lamanya:

Bancuh coffee & breakfast
Sapu lotion Enchanteur Romantic di tangan
Check office email
 
Seperti biasa saya ingin tahu juga rutin harian kengkawan. Mana yang tak bekerja atau masih belajar boleh juga share your main daily routine, aktiviti selepas bersiap okay. Best kalau kita share cerita begini, hehehehe release sikit tension. Aktiviti sebelum atau sedang mandi tak mau citer naa selapas bersiap, cantik-cantik boleh share citer, hihihi...   >_<



Okay thank you for reading..
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang..
Wasalam.. :-)


Sunday, January 29, 2017

Mencari Perfume Idaman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
 Didoakan semoga anda sekalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.. dan tidak lupa juga dipermudahkan segala urusan.. Lately cuaca di Seremban best, mendung dan adakala hujan renyai-renyai, alhamdulillah.. Ditambah pula cuti hujung minggu yang panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina, memang best..Di samping bersyukur dengan rahmatNya, tak lupa juga kepada mangsa banjir.. Sama-sama kita berdoa semoga mereka segera kembali ke rumah masing-masing dan menjalani aktiviti harian seperti biasa..

Okay, kali ni saya nak cerita tentang perfume kegemaran.. Pasti ada antara pembaca blog ini sukakan wangian dan paling parah addicted macam saya..

 

Al-kisah, baru-baru ini konon cuba beralih citarasa wangian, tak mahu lagi setia dengan Issey Miyake dan Bvlgari Rose Essentielle.. Untuk pengetahuan, sudah bertahun-tahun saya guna 2 jenis perfume ini..



 



 Bila hati sudah setia, memang susah cari pengganti.. Masa buat pilihan mula rambang mata tak tahu pilih mana satu.. Mana tidak, sekarang banyak sangat bauan di pasaran. Boleh pening bila bau tester satu persatu..

Hasrat hati pada mulanya ingin membeli Signorina Salvatore Ferragamo 100ml memandangkan stok miniature perfume ini sudah habis digunakan dan baunya juga serasi dengan saya..

 

Dalam sibuk mencari Signorina terasa bau DKNY Be Delicious lalu lalang di hidung.. Okay jugak haruman DKNY detik hati ini.. Hurrrmmmm Signorina atau DKNY?  



Sedang membuat pilihan antara 2 wangian, tetiba terfikir Dior Hypnotic Poison yang sudah kehabisan stock.. Haruskah daku membeli yang baharu? Bau Hypnotic Posion memang memukau.. best sangat! Sesiapa suka bauan sweet dan powdery pasti sukakan haruman ini..

 

Manakah satu pilihan kalbu? Hati masih berbelah bahagi..
Puas fikir, akhirnya pilihan saya bukan Signorina Salvatore Ferragamo, bukan juga DKNY Be Delicious mahu pun membeli Hypnotic Poison yang baharu... Saya beralih arah ke Poison Girl yang langsung takde dalam senarai.. Tetiba terfikir untuk mencuba Poison girl kerana semua jenis Dior Poison pernah menjadi koleksi saya kecuali Pure Poison.

 

Nak jadi gegirl sangat kannn... Hahhhh memang tak sesuai.. Pastinya haruman ini bukan citarasa saya..  Jom kita check apa notes dalam Poison girl : balsamic, vanilla, sweet, almond dan powdery..

 

Masih belum menandingi wangian Issey Miyake, Bvlgari Rose Essentielle atau Hypnotic Poison.. Samalah juga dengan Viva La Juicy kategori wangian kurang menarik citarasa saya..


 

Bila tak puas hati, fikiran masih tak tentu arah.. Masih memburu wangian yang diingini sampai berjaya.. Akhirnya tanpa sengaja saya berjaya menemui haruman yang diimpikan, ternyata Cristal Royal menepati citarasa..

Jom kita check apa pula notes dalam wangian Cristal Royal hingga berjaya menambat hatiku : floral, woody, white floral, fruity, powdery and musky..


Yesss memang best!!! 
So welcome to my collection wahai Cristal Royal.. Untuk mengetahui background Cristal Royal Perfume boleh click di sini.

 

Berdasarkan jenis wangian kegemaran saya dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri notes terdiri dari floral, aquatic, ozonic, woody, rose dan fruity. No wonder saya suka sangat jenis perfumes di bawah ini :

Issey Miyake : floral, aquatic, ozonic, white floral, woody
Bvlgari Rose Essentielle : rose, powdery, floral, woody, fruity
Hypnotic Poison Dior : vanilla, sweet, almond, nutty, fruity, powdery
DKNY Be Delicious : fruity, green, aquatic, ozonic, fresh
Signorina Salvatore Ferragamo : sweet, soft spicy, rose, fresh, fruity 

 

Ternyata saya kurang minat dengan  haruman citrus, caramel dan balsamic..
Begitulah kisah ya..

Oh ya alang-alang cerita tentang perfume saya nak tanya : Masih ingatkah perfume pertama yang anda gunakan? Saya mula berjinak-jinak dengan perfume waktu belajar di Kolej. Perfume pertama saya jenis James Paul Gaultier Fragile, ini rupa dia :

Fragile by James Paul Gaultier Perfume 
Photo credit to Google

Beli perfume ni sebab botol cantik, bukan sebab bau dia best.. Hahahaha kelakar bila diingat semula, zaman remaja katakan.. 

Begitulah cerita bagaimana susah dan cerewetnya saya ketika memilih haruman kegemaran semata-mata memenuhi citarasa sendiri.. Bagaimana pula anda? Apa haruman kegemaran dan adakah anda setia dengan haruman yang sama?
  
Okay, jangan lupa kongsi cerita tau..
Terima kasih sudi singgah, wasalam..

All perfume photos with infos credit to Fragrantica
 


Monday, January 16, 2017

Tarikan seafood di Bagan Lalang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers..
Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dilindungiNya selalu.. Alhamdulillah, hujan turun pagi ini, syukur sangat.

Dalam entry sebelum ini saya ada janji untuk cerita tentang restoran seafood tempat kami makan malam semasa bercuti di Avani Sepang Goldcoast Resort bulan lalu.. Janji perlu ditepati bukan dicapati kannn, hehehe

Saya pasti ramai pembaca yang berada di sekitar Lembah Klang mahu pun di Negeri Sembilan  familiar dengan kedai makanan laut di Bagan Lalang tapi sebaliknya bagi saya. Saya biasa makan seafood di Umbai Melaka iaitu di sini.  Ada orang kata restoran seafood Bagan Lalang lebih best dari Umbai Melaka. Harga pun berpatutan. Jadi dijadikan cerita, makan malam di Restoran Senandung Malam, Pantai Bagan Lalang hari itu merupakan kali pertama dalam hidup.

 

Actually ada beberapa restoran lain di sekitar Pantai Bagan Lalang selain Senandung Malam Restaurant seperti Restoren terapung HM Sri Bagan Seafood, Seaview Seafood Restaurant dan  Restoran Bayu Malam. 


Bagi pengunjung yang baru pertama kali ingin makan di sini seperti saya, sebaiknya baca dulu reviews dari blog atau website. Survey bab harga (dibuatnya makanan tak sedap tapi harga menggila, sendiri jugak tanggung), sevice lambat atau cepat dan jumlah pengunjung yang selalu datang. Info tersebut sedikit sebanyak mengelakkan kita dari menghadapi segala kemungkinan yang tidak diingini dan menganggu mood cuti sekaligus membantutkan selera, hehehe

 

Kami tiba di situ pukul 5.30 petang dan sudah pasti masih belum ramai pengunjung. Puas memilih seafood yang dihajati, kami terus menunggu hidangan tiba di meja. Batch pertama sampai, udang goreng kunyit, sayur kailan ikan masin, sayur campur dan sotong goreng tepung..

 

Ni nak cerita kelemahan sendiri, nak tahu tak saya dan husband memang jenis tak pandai order masak cara mana.. Selalu tengok orang lain order bukan main meriah tapi kami menu yang sama, balik-balik kailan ikan masin, sotong goreng tepung dan udang, kalau bukan udang goreng butter mesti goreng kunyit, tak mencabar langsung! Serious tak reti.. Bila kita tanya dia, dia tanya kita balik nak masak apa.. Last-last stick pada menu biasa, menu yang sama sejak berabad lalu.. Malas pening kepala fikir nanti ada jugak yang masam muka dan mulut muncung sejengkal (sayalah tu....) hehehehe langsung spoil mood, emosi lebih!

 

Ikan siakap pun lebih-lebih bakar sambal.. Stim dah biasa.. Ketam pula sweet sour sebab ada kanak-kanak..

 

Begitulah menu yang dipesan untuk 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.. Kami order jus tembikai 1 jug.

 

Just nice, itu pun ada lauk yang berlebih untuk diratah..
Overall best dan masakan pun sedap, alhamdulillah.. Harga pula semua sekali RM130.00 sahaja. Kesimpulannya memang harga di Bagan Lalang jauh lebih murah compare to Umbai, Melaka, mungkin itu tarikan restoran makanan laut di sini.. atau mungkin harga pasaran makanan laut ketika itu mempengaruhi harga makanan.. malangnya di luar pengetahuan saya. Tak tahu camne diaorang caj harga.

 

Selesai makan, sebelum menuju ke hotel kami pusing-pusing sekitar Pantai Bagan Lalang melihat sunset.. Cantik pemandangan... Jadi begitulah cerita makan-makan di restoran seafood Senandung Malam, Pantai Bagan Lalang.

Di kesempatan ini saya nak minta pendapat mengenai masakan di restoran seafood. Masakan apa selalu you all order? Mungkin next visit saya boleh tukar menu, boring jugak asyik menu yang sama setiap kali makan di restoran seafood.
Okay, jangan lupa share your opinion..

Ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga bertemu lagi di entry akan datang..
Wasalam...





Friday, January 13, 2017

Sebuah Pengakuan

Assalamualaikum dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog saya. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan dirahmatiNya selalu.

Sambil memandu pagi ini, saya pasang lagu I'tiraf nyanyian Raihan. Lagu ini antara lagu kegemaran saya kerana bila didengar ianya terus menusuk kalbu memang sesuai dengan tajuk, I'tiraf - Sebuah Pengakuan..

"Wahai Tuhan 
Ku tak layak ke syurga-Mu 
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun 
dosa-dosa besar

Ilaahi lastulil firdausi ahlaa
Walaa aqwa 'alaannaril jahiimi
Fahablii taubatan waghfir dzunuubi
Fainnaka ghofirudzzanbil 'aziimi

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir di Pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku
oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba... yang mengharap..
belas dariMu"

Baca dan hayati bait-bait lirik lagu ini, memang itulah hakikat sebenar apa yang ingin disampaikan oleh setiap anak Adam kepadaNya... Dalam tak sedar berlinang airmata mengenang dosa-dosa diri ini.


Untuk pengetahuan, lagu ini sebenarnya diambil dari syair bertajuk Al-I'tiraf bermaksud Sebuah Pengakuan hasil nukilan Abu Nawas atau nama penuhnya Abu Ali Al-Hasan b. Hani Al-Hakami. Beliau merupakan seorang pujangga Arab dan penyair terulung merangkap ahli sufi pada zaman Khalifah Harun Ar-Rashid.


Tuesday, January 10, 2017

Pertama Kali Makan di Wendy's

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semoga hari kalian sentiasa ceria dan dipermudahkan segala urusan.

Sabtu (8.1.2017) lalu seperti kebiasaan adalah hari kami sekeluarga outing. Hari Sabtu merupakan satu-satunya hari untuk meluangkan masa bersama keluarga atau diri sendiri memandangkan hari biasa kami sibuk dengan urusan masing-masing.

Seperti kebiasaan kami jalan-jalan cari makan, window shopping atau pergi ke hotspots menarik sekitar Klang Valley.

Al-kisah hujung minggu lepas, saya ke Dpulze Cyberjaya. Tiba di sana lebih kurang pukul 11.30 pagi. Takde cerita menarik melainkan cerita makan di Wendy's.

Untuk pengetahuan Wendy's baru dibuka di Dpulze Cyberjaya, yeayyyyy! Actually ni first time saya makan di Wendy's al-maklum restoran Wendy's masih belum wujud semasa saya membesar di Kuala Lumpur.


Apa ada di Wendy's? 

Sama seperti restoran makan segera lain, Wendy's menawarkan set burger, hotdogs, bubur nasi, nasi lemak, garden salad, nachos di samping side dishes lain. Sila lihat menu di atas, hehehehe


Pilihan kami bertiga, set beef burger untuk saya, set chicken burger untuk Arief dan set nasi lemak untuk En. Husband. 


Lihat betapa meriah gambar itu.. 
Oh ada lagi, kami pesan ala carte garden salad dan chilli nachos untuk dikongsi bersama.


Chilli nachos Wendy's memang best!


Nasi lemak pun best sebab ada rasa dan tekstur nasi pun lembut.


Beef burger for me.. Suka sangat sebab beef dia tebal, moist dan creamy sampai sekarang terbayang-bayang I tell you.. >_<


Ini pula garden salad.. Jangan kata fast food restaurant sajikan hidangan tak berkhasiat tau, ada juga fresh salad seperti ini. Quality Is Our Recipe, begitulah tagline Wendy's. Apa pun kita kena bijak memilih menu, wink wink.. Overall I like Wendy's so much! Memenuhi citarasa saya..

Itu sahaja review saya tentang Wendy's Restaurant.. Kepada pembaca yang terliur dengan gambar di atas, cepat-cepat terjah di mana-mana outlets Wendy's terdekat : 

KUALA LUMPUR
Berjaya Times Square, Mont Kiara, Suria KLCC 

SELANGOR 
Giant Kota Damansara, Jaya One Petaling Jaya, Sunway Pyramid, gateway@KLIA2, Atria Shopping Gallery & D'pulze Cyberjaya

PENANG 
Sunrise, Design Village (opening soon)

Kongsilah cerita andai ada antara pembaca pernah berkunjung ke Wendy's


Okay, setakat ini perkongsian saya. 
In shaa Allah kita jumpa lagi di post akan datang..
Wasalam..

Sunday, January 08, 2017

Senarai Pemenang Giveaway Planner 2017 by @papernplanner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers..
Alhamdulillah penyertaan Giveaway Planner 2017 by @papernplannner telah ditutup secara rasminya pada tepat jam 12.00 malam tadi setelah bermula pada 30.12.2016 lalu, berlangsung lebih kurang 7 hari.

Para peserta mesti tidak sabar menunggu keputusan pemenang kann. Maka hari ini seperti yang dijanjikan saya telah melakukan undian melalui Random.org mengikut pilihan saya sendiri dengan mengundi Pemenang Utama secara berasingan manakala Pemenang Kedua dan Ketiga secara serentak. Seramai 24 penyertaan diterima dan 1 penyertaan terpaksa ditolak demi memastikan keadilan kepada para peserta dan keputusan undian adalah telus.

Senarai Pemenang Giveaway by @papernplanner

Pemenang Utama 



Pemenang Kedua & Ketiga


No. 17 : Dear Anies 
No. 23 : Mrs. A  

Keputusan di atas adalah muktamad. Tahniah kepada pemenang!
Sesiapa yang tidak tersenarai sebagai pemenang jangan putus asa kerana saya akan menganjurkan giveaway dari semasa ke semasa. Mungkin rezeki anda dalam giveaway akan datang.. :-)

Terima kasih kerana ikhlas menjadi follower saya demi persahabatan sesama rakan blogger.
Wasalam.





Friday, January 06, 2017

Officially Sushi King's Member!

Assalamualaikum Dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog ini...

Al-kisah semalam, selepas kerja sempat melayan perasan membawa jiwa kacau ke AEON Seremban 2. Tujuan utama mencari makanan kegemaran iaitu Sushi King!

Memang perangai saya, bila keadaan stress atau bermasalah terus cari makanan sedap. As if, makanan sedap dapat menyelesaikan masalah padahal lepas makan takde apa pun berlaku, masalah tetap masalah, huhuhu


Yeayyyyy.. 
Lagi pun, sejak cuti sekolah lepas langsung tak makan sini walaupun dalam hati teringin yang amat tapi bila lunch hour mesti penuh..

Seperti kebiasaan saya order Bento untuk Arief Redza dan set salmon grill untuk diri sendiri.


Nampak menyelerakan, bila makanan dihidang selesai baca doa terus makan, memang langsung tak tunggu lagi.. Cian budak ni seharian di sekolah dan sebelah petang di kelas tusyen memang memenatkan dan perut pun lapar jadi macam-macam dia request.


Gambar lama.. gambar semalam lebih kurang sama.. hehehehe 

Lepas makan masa buat bayaran seperti biasa saya 'dipujuk' supaya membuat kad keahlian Sushi King. Sebelum ni berjaya menepis pujukan itu mengenangkan tak mahu lagi menyumbangkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga tapi ntah kenapa semalam termakan pula pujukan, huhuhu tewas juga akhirnya. 


Maka tanpa sengaja terus signed up membership dengan yuran keahlian RM20.00 dan dapat 2 complimentary voucher RM1.00.. Keterangan lanjut sila click website Sushi King.

Konon bila dah selalu makan sini, haruslah jadi ahli kannn... Untuk pengetahuan, kelebihan pemegang kad keahlian akan dapat 10% discount dan voucher. Tempoh keahlian setahun.


Yeayyy lihatlah dunia, I'm officially Sushi King's member! (padahal orang lain dah lama jadi member...)

 Tambah lagi satu kad keahlian dalam wallet..  itulah pompuan.


Bila dapat kad terus berangan, lepas ni bolehlah makan sushi puas-puas.. By the way cantik design kad dia kannn...

Okaylah, itu sahaja.. Siapa antara pembaca peminat sushi? Siapa pula antara pembaca pemegang kad Sushi King? 

Pada pendapat saya kepada peminat sushi boleh terus sign up membership, jimat sikit bila makan berkali-kali, on top of that dapat voucher dan kelebihan sebagai pemegang kad, hehehehe. 

Ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga bertemu lagi di entry akan datang..
Wasalam...

Loading...