Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Friday, January 06, 2017

Officially Sushi King's Member!

Assalamualaikum Dan Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog ini...

Al-kisah semalam, selepas kerja sempat melayan perasan membawa jiwa kacau ke AEON Seremban 2. Tujuan utama mencari makanan kegemaran iaitu Sushi King!

Memang perangai saya, bila keadaan stress atau bermasalah terus cari makanan sedap. As if, makanan sedap dapat menyelesaikan masalah padahal lepas makan takde apa pun berlaku, masalah tetap masalah, huhuhu


Yeayyyyy.. 
Lagi pun, sejak cuti sekolah lepas langsung tak makan sini walaupun dalam hati teringin yang amat tapi bila lunch hour mesti penuh..

Seperti kebiasaan saya order Bento untuk Arief Redza dan set salmon grill untuk diri sendiri.


Nampak menyelerakan, bila makanan dihidang selesai baca doa terus makan, memang langsung tak tunggu lagi.. Cian budak ni seharian di sekolah dan sebelah petang di kelas tusyen memang memenatkan dan perut pun lapar jadi macam-macam dia request.


Gambar lama.. gambar semalam lebih kurang sama.. hehehehe 

Lepas makan masa buat bayaran seperti biasa saya 'dipujuk' supaya membuat kad keahlian Sushi King. Sebelum ni berjaya menepis pujukan itu mengenangkan tak mahu lagi menyumbangkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga tapi ntah kenapa semalam termakan pula pujukan, huhuhu tewas juga akhirnya. 


Maka tanpa sengaja terus signed up membership dengan yuran keahlian RM20.00 dan dapat 2 complimentary voucher RM1.00.. Keterangan lanjut sila click website Sushi King.

Konon bila dah selalu makan sini, haruslah jadi ahli kannn... Untuk pengetahuan, kelebihan pemegang kad keahlian akan dapat 10% discount dan voucher. Tempoh keahlian setahun.


Yeayyy lihatlah dunia, I'm officially Sushi King's member! (padahal orang lain dah lama jadi member...)

 Tambah lagi satu kad keahlian dalam wallet..  itulah pompuan.


Bila dapat kad terus berangan, lepas ni bolehlah makan sushi puas-puas.. By the way cantik design kad dia kannn...

Okaylah, itu sahaja.. Siapa antara pembaca peminat sushi? Siapa pula antara pembaca pemegang kad Sushi King? 

Pada pendapat saya kepada peminat sushi boleh terus sign up membership, jimat sikit bila makan berkali-kali, on top of that dapat voucher dan kelebihan sebagai pemegang kad, hehehehe. 

Ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga bertemu lagi di entry akan datang..
Wasalam...

Saturday, October 18, 2014

Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal Simple ^_~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers..
Hari ni hari Sabtu (18.10.2014), kisah pagi ini.. terasa indah, bila selak langsir cuaca di luar mendung.. Bila buka sliding door angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk ke dalam rumah.. Kemudian, ku menuju ke dapur, arrggghhhhhh banyak kerja rumah perlu diselesaikan.. Kain baju kotor tak cuci lagi, lantai minta divacum, kain baju minta dilipat, kasut anak tak sental lagi, uniform kerja dan sekolah anak perlu digosok.. huhuhuhu tetiba hilang angan-angan indah tadi.. 

HousewifeHurrmmmm, itulah rutian harian saya pada setiap hujung minggu..
Okaylah, tak mahu cerita panjang, oleh kerana hari ni sangat busy dengan kerja rumah, so saya masak lauk simple iaitu ikan cencaru sumbat sambal. Walau pun simple, saya tetap share jugak resepi ni untuk dikongsi bersama.. 

Mula-mula kita tengok hasilnya.. taddaaaa...
 v
v
v

Ikan cencaru sumbat sambal
 Resepi ini mudah dan ringkas, jadi sangatlah sesuai untuk ibu-ibu yang busy dan kesuntukan masa menyediakan menu untuk keluarga. Bukan sesuai untuk ibu-ibu sahaja, malah adik-adik yang duduk rumah bujang pun boleh cuba. Lagi satu, ikan cencaru sumbat ini juga sedap dimakan dengan nasi panas tau, ditambah dengan sayur goreng.. fuh, mables!


RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL SIMPLE

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana
  • 1 ulas bawang merah - saiz sederhana 
  • 2 biji cili merah (cili besar) 
  • Sedikit belacan bakar - anggaran ikut citarasa masing-masing
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Ikan cencaru dibelah belakang mengikut kedalaman yang boleh, kemudian dibersihkan. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam - ketepikan.


Tumbuk bawang merah, cili merah dan belacan hingga menjadi sambal belacan. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di belakang ikan cencaru yang dibelah seperti dalam gambar di atas. Tips : Tekan sedikit untuk bagi padat supaya isinya tidak terkeluar bila digoreng nanti.

Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dengan api sederhana seperti dalam gambar di bawah. Perlu diingat, sambal belacan tadi mudah hangus, jadi api hendaklah dikawal mengikut kesesuaian.

Ikan yang sedang digoreng. Sila abaikan keadaan kuali vintage saya..
Siap! Maka, bolehlah dihidang dan dimakan panas-panas...
Cook
 Selamat mencuba..






Thursday, October 16, 2014

Food review : R&H Cafe Satay Maharani, Muar

Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Entry ini betul-betul mencabar kesabaran.. Saya bangun seawal 5.10 pagi untuk taip entry ini sepenuh perasaan,  cerita siap at about 6.30 am, just to hit publish button tiba-tiba hang.. tak sempat save, so tak dapatlah diselamatkan.. hilang semuaa. Sedih yang amat.. Huhuhuhu

Okaylah lupakan kisah itu, sebelum ni saya ada janji untuk food review di Restoren R&H Café Satay Maharani.. kannn.. kannn.. 

Kisah bermula hari Ahad 12.10.2014 lalu, selesai segala urusan di Bandar Muar, we had our brunch at Restaurant R&H Cafe Satay Maharani. Tak sah kalau pergi Bandar Muar tak pekena mee bandung or sate okay. It a must gitu!

Lokasi restoren ni terletak berhadapan Terminal Bentayan Muar. Kalau nak tahu lokasi terminal bas ni, selepas turun dari jambatan Muar (heading to Muar town) turn left, terminal bas ni on your left. Waktu mula business pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Inilah Terminal Bentayan Muar 
Ini kali pertama saya makan di sini. Sebelum ni sekadar lalu di depan restoren ni. Restoren ni memang sentiasa penuh, so secara tak langsung persepsi kita tentu sedap giler makanan kat sini, betul tak? Selain itu, saya teruja sangat makan di sini sebab terpengaruh dengan rancangan Ekspresi Kembara TV1. On top of that, restoren ni juga kerap dikunjungi oleh orang kenamaan dan artis-artis tempatan. Jadi tak hairanlah sentiasa crowded. 

Apa yang menarik perhatian saya, selain dari bahagian dalam restoren, terdapat juga ruang makan di bahagian belakang restoren yang berkonsepkan dalam taman. So konon-konon dapatlah feeling makan dalam ambiance yang indah dan penuh ketenangan, begitulah angan-anganku.. 

Selain itu, bahagian dinding restoren ini pula dihiasi gambar tuan kedai bersama orang kenamaan dan artis-artis tempatan yang pernah berkunjung di restoren ini. 

Beginilah rupanya dekorasi dalam taman yang dikatakan.


Untuk pengetahuan, restoren ini agak unik kerana tidak menyediakan buku menu. Pesanan dibuat berpandukan nama-nama makanan yang tergantung merata-rata di atas bumbung restoren. Bukan sahaja hiasan unik tapi nama makanan pun unik dan pelik, seperti lontong champion, bahtera kasih yong tafu, tauhu lentok, roti terlajak mandi dan lain-lain lagi especially nama minuman yang tak dapat digambar dek akal.. 

Pastu sepinggan sate akan dihidangkan sejurus sahaja kita duduk. Jangan terkejut kerana harga sate hanya akan dikira berdasarkan berapa cucuk sate yang kita makan dikira dari berapa batang lidi yang tinggal, so lidi jangan buang or telan tau! Opsss! 

Ada sate ayam, sate daging dan sate perut. Sate dia memang best, sedap, lembut dan juicy. Ni dia rupa sate yang ada :


Saya order mee rebus dan air kopi tarik. Camni rupa dia..


Nah gambar up close and personal

Roti terlajak mandi
Bahtera kasih yong tofu

Roti terlajak mandi for my hubby manakala bahtera kasih yong tofu for my mom. My mother in law ordered lontong champion yang tak berapa champion sebab order sampai lambat. Semua orang dah habis makan, lontong champion baru sampai, bikin panas. Sian my mother in law langsung putus selera.

Ni pulak muka kenyang. Hehehe

Overall for me, makanan dia tak berapa best tapi ikut citarasa masing-masing jugak.. Mungkin sedap pada anda.  I can say, just biasa-biasa.

Ehhh nape tetiba ada signboard ni?


Haaaa sebab at about 5.30 pm kami bertolak balik ke Seremban. Esok kerja, meaning rutin harian berjalan seperti biasa. 

Itu sahaja cerita yang ingin dikongsi bersama.
The end.

Thank you for reading.






Tuesday, September 23, 2014

Birthday Breakfast & Let It Go!


Assalamualaikum & Salam sejahtera to all readers..

Entry kali ni citer tentang semalam.. Pagi Isnin, office mate belanja makan sempena hari lahir dia pada 21.9.2014 lepas, kira belated birthday lah.. Happy Belated Birthday to S. Fariza.. Dia masak nasi lemak dan rendang ayam untuk jamu kitaorang.. My officemate ni memang terror masak so setakat masak nasi lemak dan rendang ayam dan yang lain-lain ni pada dia small matter jer.. Memang pantas dan tak hairanlah sebab dia pun ada bisness catering..

Ni antara juadah yang disediakan :-

Alhamdulillah kira rezeki kami semua.. Semoga diluaskan pintu rezeki sebab belanja kami, dan semoga kami pun dapat berkat sekali, hehehehe
 
 
Antara my colleagues yang paling awal, hehehehe, actually me too sebab lapaq..
Team ICT sedang khusyuk menikmati hidangan
This is my plate.. Actually saya dah makan sebelum birthday girl invite..
 Then, after lunch at about 3pm kami dapat pulak kek Indulgence Secret Recipe. Kali ni surprise utk birthday girl dari her buddies..Sambung makan lagi so called teatime..  ^_~

Photo credit to S. Fariza's Facebook
This is mine, yummy!

Best bila dapat makan-makan camni, apalagi bila dapat makan free.. hehehehe

Ni pulak citer sebelah malam.. 
Al-kisah, tadika Arief akan adakan konsert dalam bulan November nanti, tajuk konsert tema Frozen kata dia.. Pastu tak pasal-pasal dipaksanya saya nyanyi lagu Let It Go tu! Dia kata kena berlatih, teacher suruh berlatih dengan mama.. oh sudah! 

 
 
Lirik Lagu Let It Go – Demi Lovato

The snow glows white on the mountain tonight
Not a footprint to be seen.
A kingdom of isolation,
and it looks like I’m the Queen
The wind is howling like this swirling storm inside
Couldn’t keep it in;
Heaven knows I’ve tried
Don’t let them in,
don’t let them see
Be the good girl you always have to be
Conceal, don’t feel,
don’t let them know
Well now they know
Let it go, let it go
Can’t hold it back anymore
Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don’t care
what they’re going to say
Let the storm rage on.
The cold never bothered me anyway
It’s funny how some distance
Makes everything seem small
And the fears that once controlled me
Can’t get to me at all
It’s time to see what I can do
To test the limits and break through
No right, no wrong, no rules for me,
I’m free!
Let it go, let it go
I am one with the wind and sky
Let it go, let it go
You’ll never see me cry
Here I stand
And here I’ll stay
Let the storm rage on
My power flurries through the air into the ground
My soul is spiraling in frozen fractals all around
And one thought crystallizes like an icy blast
I’m never going back, the past is in the past
Let it go, let it go
And I’ll rise like the break of dawn
Let it go, let it go
That perfect girl is gone
Here I stand
In the light of day
Let the storm rage on
The cold never bothered me anyway!

Aduhai anak, tau tak panjang lirik lagu tu, but I try and alhamdulillah I managed to hafal sikit-sikit.. Jadi terpaksalah ku tunjukkan bakat terpendam, belasah jer!..hehehehe tolong jangan hujan..
 Sebelum tu, ada ker dia suruh saya nyanyi, then dia lakonkan watak dalam video klip Frozen.. macam ni 
v
v


Lepas tu camni..




Beriya dia lakonkan watak Elsa, kelakar sungguh! Nak tergelak pun ada, tapi kalau tergelak depan dia nanti terbantut lak dia nak berlatih so tahan.. telan jer lah gelak tu masuk perut.. hehehehe

Itulah cerita dia..
Thanks for reading..
Tata titi tutu..



Thursday, February 06, 2014

Azam Baru : Healthy Eating Plan

Masih berangan-angan untuk merealisasikan azam yang menggunung di tahun 2014 ni.. 
Tahun ni pasang bermacam-macam angan-angan salah satu darinya : to be a supermom tapi bukan SUPERMAK Nasha Aziz  yang menewaskan penjenayah tau! Ni supermom yang hebat menguruskan kerja rumah dan especially bab menyediakan menu berkhasiat untuk keluarga... 

Bukan bererti kami sekeluarga tak mengamalkan healthy food sebelum ni, tapi kali ni I decided to pay more attention tentang pengambilan makanan seimbang dalam menu seharian sebab ada kanak-kanak sedang membesar kan.. Sebelum ni, we all makan apa yang ada, ikut sempat dan most of the time makan beli dan instant food dari makan masakan sendiri..  sedihkan. Kalau boleh tahun ni, masak sendiri untuk breakfast, lunch in the weekend and dinner without fail!.. Errmmmm boleh ker? InshaAllah..

Okay, throwback menu for last week on Saturday.. 
v
v
v



We had macaroni soup and crab ball for breakfast.. 
Crab ball is not healthy food, i know that.. 


Nasi, telur dadar, asam pedas and broccoli goreng for lunch..

Since last Saturday orang ramai masih lagi bercuti sempena Tahun Baru Cina, saya teramat malas untuk keluar membeli barang basah, tak kuasa berebut parking, jammed and queue untuk bayar, jadi semua lauk-pauk dan sayur yang dimasak kelihatan 'telanjang' (guna perkataan Chef Wan untuk kes menu penerbangan MAS, opss sorry..), sebab tu la takde aksesori seperti sotong dan udang dalam menu di atas, yang ada hanya kentang dan carrot..

Then, aiskrim goreng untuk minum petang... 
Ni pengaruh iklan, saje nak rasa..

Okay, that's all for now.. 
Anyway, thanks for reading.. 

Monday, December 02, 2013

The Manhattan Fishmarket @ AEON Seremban 2



Frankly speaking, selama ni memang takde plan pun lunch di sini.. Akan tetapi saya memenuhi permintaan NjSine yang banyak sangat teringin nak makan itu ini, so layannz...  


Restaurant ni basically served only fish based type of dishes dan diselitkan sedikit menu seafood.. al-maklumlah ala-ala di pasar ikan gitu.. huhuhu


Kami berdua pesan mocha..


Banyak sebenarnya menu yang dipesan oleh NjSine, tapi tak sempat snap gambar dek kelaparan melampau  ^_^

Sunday, October 06, 2013

Restaurant Pilihan : SOHO Seafood, Bangi



Ahad lepas - 30.9.2013, saya keluar dengan adik yang sedang belajar di UKM, Bangi. Kami window shopping di Aeon Taman Equine, Seri Kembangan and at the same time dia boleh beli kelengkapan yang diperlukan di hostel..

Dalam perjalanan balik, kami singgah ke Restaurant SOHO Seafood di Bangi untuk makan malam.. Saya suka makan seafood dengan harapan restaurant ni ada menyediakan menu seafood yang superb.. Malangnya tidak seperti yang dijangka.. Menu biasa seperti di restaurant biasa.

So takde yang menarik, just layan gambar..
v
v
v
Menu : Sup tulang, kailan ikan masin, telur dadar & 
udang goreng kunyit

Tu dia, tulang belah pinggul lembu agaknya.. huhuhu 
besar yang amat

Enter frame kanak-kanak riang..  

 Faces of us menunggu order..

 

Loading...