Friday, May 20, 2016

Annual Dinner : Arabian Night

Assalamualaikum dan Salam Jumaat diucapkan kepada pembaca budiman. Hari Jumaat penuh barakah ini ditambah pula hujan di pagi hari.. Syukur alhamdulillah..

Malam kelmarin (18.5.2016), syarikat tempat saya bekerja telah mengadakan Majlis Makan Malam & Anugerah Kakitangan Cemerlang 2016 bertempat di Klana Resort & Spa, Seremban. Tema dinner tahun ni ialah Arabian Night! 




Para tetamu dihiburkan dengan nyayian Betty Banafe yang membawakan lagu-lagu Arab.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengarah dan seterusnya ucapan Pengerusi merangkap Ahli Lembaga Pengarah iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat.


Selepas ucapan, masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba iaitu masa untuk menjamu selera. Menu terdiri daripada kabsah rice, mandy roast chicken, cucumber tomatoes salsa, baked herb mutton, dhall & chickpeas, baked fish, pulut santan mango dan kordial oren.


Berselera 'pak Arab' kita makan.. Langsung tak toleh kiri kanan.

Acara seterusnya majlis penyampaian sijil dan anugerah cemerlang kepada kakitangan disampaikan oleh Tok Mat. Nama LZ juga antara yang tersenarai.. Alhamdulillah rezeki tak diduga..


LZ tunduk malu-malu cat.. ;-)

Gambar atas keseluruhan kakitangan yang mendapat anugerah cemerlang termasuk pihak pengurusan.

Akhir sekali sebelum majlis bersurai, pengumuman pemenang pakaian tercantik.. 


Inilah (atas) pemenang pakaian tercantik malam itu mewakili kakitangan wanita manakala kakitangan lelaki berpakaian ala Firaun.. Malangnya gambar tak ada dalam simpanan saya. Kalau nak tengok jugak Firaun celup boleh tumpang blog rakan saya, Mrs. A.


Lastly, gambar-gambar kakitangan bersama Betty Banafe, namun saya tak berkesempatan bergambar bersama.

Itulah serba sedikit cerita sekitar Majlis Makan Malam - Arabian Night.
Overall kami enjoy walaupun majlis tamat pukul 11.00 malam dan esok kami bekerja seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Pengsan jap!
Sekian, wsalam..


10 comments:

  1. Assalammualaikum..alhamdulillah tahniah kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, Alhamdulillah..
      Terima kasih PC.. :-)

      Delete
  2. Huyoooh. Meriah sakan Arabian Night :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi boleh kata meriah jugaklah hanimsfrh.. ;-)

      Delete
  3. bestnya makan2. hehehe. btw akak cantik^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah VM, rezeki dapat makan free, hihihi.. Cantik ker? Wink..wink..Maluuu.. Alhamdulillah.. ;-)

      Delete
  4. Tahniah.. Semoga terus jadi pekerja yang cemerlang yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Ahmad Hasif, in shaa Allah.. :-)

      Delete
  5. amboi mmg dah macam pak-mak arab dah semuanya...hihi..cantik!

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...