Hujung minggu yang membosankan sebab sekarang in the middle of the month.. Takde plan nak gi ke mana-mana. Sambil-sambil bersantai baca suratkhabar, saya terbaca satu artikel dari Mingguan Malaysia Pancasihat berkenaan tips mencegah kanser.. Sekadar berkongsi info untuk kebaikan kita bersama:
- Elakkan penggunaan gula secara berlebihan kerana gula adalah "makanan kanser".
- Kurangkan makanan berasid seperti daging merah, minuman berkafein, makanan laut dan jeruk kerana sel kanser aktif dalam persekitaran berasid.
- Kekalkan berat badan yang ideal kerana lemak yang berlebihan akan menghasilkan estrogen yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser.
Amalkan minum segelas besar jus sayuran organic setiap hari seperti bayam, saderi, lobak, timun dan brokoli.
Kurangkan makanan yang dipanggang kerana mengandungi bahan yang bersifat karsinogenik.
- Kurangkan pengambilan makanan ringan kerana mempunyai kandungan pewarna, perasa dan pengawet yang tinggi.
Menggunakan air tanpa klorin dalam masakan dan minuman.
- Mengoptimumkan pengambilan Vitamin D kerana ia merupakan agen pemusnah semulajadi sel-sel kanser. Berada di bawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan vitamin D kita.
Berhenti merokok dan hindari minuman beralkohol.
- Menjalani kehidupan yang sihat dengan mengamalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan menangani stress dengan bijak.
~ petikan Mingguan Malaysia bertarikh 19.5.2013
Mengapa saya highlight item 2 tu, sebab saya kerap mengambil makanan jenis ini dalam menu makanan saya. So bila dah tahu semua ini, kita akan lebih berwaspada dengan apa yang kita makan kerana mencegah lebih baik dari mengubati.
Ingat : WE ARE WHAT WE EAT.
0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..