Sunday, September 01, 2013

Towing Services

Orang kata 'malang tidak berbau'.. Tapi kali ini ku kira bukan malang tapi dugaan.. Begini ceritanya..

Semalam 1.9.2013, seperti biasa ku suka berjalan ke Klang Valley.. Kami sekeluarga bertolak dalam  pukul 9.30 pagi.. Bila dah puas berjalan-jalan, dalam pukul 5.00 petang kami bertolak balik ke Seremban.. 

Tetiba bila start enjin kereta, terasa something wrong somewhere. My husband said, ada masalah bateri. So bila cuba beberapa kali akhirnya boleh start.. So tanpa berlengah lagi kami pun memecut laju takut enjin meragam.. 

Akhirnnya perasaan sedikit lega apabila memasuki wilayah Negeri Sembilan.. Elok jer berhenti di simpang Jalan Gadong tetiba enjin berhenti dan langsung tak boleh start. Panik jugak dibuatnya... Dah la hari Ahad, susah dapat workshop bekerja waktu ni apalagi jam menunjukkan pukul 5.45 petang..

Dalam keadaan panik ku cuba tenangkan diri... Terlintas di fikiran utk Google cari towing services sekitar Seremban.. Lebih kurang 10 nombor ku cuba.. Akhirnya nombor entah ke berapa baru berjaya.. Keta towing akan tiba dalam masa setengah jam.. 



At last, keta ku telah selamat dibawa ke bengkel dan buat julung kalinya juga aku naik keta atas lori.. Best jugak tapi kalau boleh tak mahu peristiwa ini berulang kembali.

Apa-apa pun terima kasih kepada tauke towing tersebut.. Caj yg dikenakan juga berpatutan, telus takde  unsur2 cekik darah..
 

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...