Wednesday, September 25, 2013

Pokok Anggur Tumbuh Subur di Muar

Tajuk entry macam gempar, pelik tapi benar. Macam mana tak rasa pelik, pokok anggur boleh hidup dengan subur di halaman rumah teres. Biasanya  pokok anggur ni 'manja'.. Tanah dan suhu persekitaran kena sejuk. Belum lagi baja dan air.. bla.. bla..bla..
Ni boleh pulak berlaku sebaliknya, hidup dalam persekitaran panas di tengah bandar Muar iaitu di Jalan Temenggung Ahmad..

Pokok anggur ni ditanam oleh aunty saya. Menurut katanya takde biji benih khas masa dia tanam dulu.. Dia ambil dari biji buah anggur hijau yang dia makan, beli dari pasaraya. Katanya saja cuba-cuba tanam dan takde perasaan pun mengharap pokok anggur ni hidup.
Tiba-tiba inilah hasilnya... Inilah dinamakan rezeki dan kuasa Allah... 

Hari-hari dapat makan anggur free, manis pulak tu.. best kan..

Rupa secara close up.. Walaupun rupamu tak begitu sihat tapi yang penting boleh hidup dan manis.

Ooooo begini rupa pokok anggur.. selalu nampak dari jauh nun jauh di Sendayan Valley tu or dalam media cetak.. Kali ni depan mata, berjurai-jurai buah dia.. boleh pegang, petik dan makan..
Haish, impressed sungguh.. hehehe


0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...