Sedap!.. Betul ke sedap?.. Memang sedap!!!
Bila sebut jer udang goreng butter automatic dalam kepala terlintas rupa dan rasa udang goreng butter di Restoren Muhamad Chan Abdullah.. my favourite. Fuh memang best!
Hajat di hati nak menguasai cara-cara pembuatan resepi ni. Saya pernah cuba tapi failed! Huhuhu kecewa tak sudah sebab tu tak pernah cuba lagi sampai ke sudah.. (Alasan ni sebenarnya untuk cover malas!) So forget it..
Masak udang goreng butter ni kena ada skill dan teknik khas. Kalau tak memang tak jadi. Skill masak udang goreng butter ni biasanya diwarisi oleh tukang masak keturunan Cina.
Kali ni saya nak kongsi resepi udang goreng butter untuk rujukan diri sendiri bila bersedia nak masak akan datang..
Hehehehe jemput tengok dan hayati gambar ini..
v
v
v
v
Gambar diambil semasa makan di Restoren Muhammad Chan Abdullah cawangan Kelana Jaya
Resepi Udang Goreng Butter
Bahan-bahan Sarang
2 biji kuning telur
1 senduk butter / margerin
1 cawan minyak masak
Bahan-bahan lain
15 ekor udang - saiz L
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk mengoreng
3 ulas bawang putih - dicincang halus
5-8 biji chili padi
4 helai daun kari
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar butter / margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara-cara
Pukul ringan kuning telur. Panaskan butter / margerin bersama minyak. Bila minyak dalam kuali sudah betul-betul panas, kacau minyak laju-laju dengan senduk bulat ikut arah jam.
Kemudian, tuangkan kuning telur dalam keadaan tinggi hingga habis. Kacau terus sehingga warna telur keemasan. Tuang ke dalam dalam tapis dan toskan.
Seterusnya, goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng separuh masak hingga berubah warna. Angkat dan toskan.
Panaskan butter / margerin dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian, masukkan susu cair dan masak hingga mendidih. Masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Selamat Mencuba !!!
0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..