Tuesday, September 24, 2013

Resepi Gerenti Jadi : Ikan Siakap Sos ala Thai

Hujung minggu lepas, shopping groceries di Mydin Terminal 1 Seremban. 
Sebelum ni selalu beli barang di Tesco Seremban 2, tapi barang basah lauk-pauk terhad. Kalau ada pun tak fresh sangat. 

Bila berkunjung ke Mydin macam-macam nak beli, pendek kata tersasar dari matlamat yang ada dalam shopping list tu, panjang tak kata apa-apa sebab tak fikir panjang.. hehehehe

Kat bahagian bahan basah tak banyak pilihan.. Ada ayam tapi agak kurang menarik asyik bermenukan ayam jer.. terasa jemu. So dalam asyik membelek udang, terpandang sekumpulan ikan siakap atas ais tu. Dalam hati terdetik, dah lama tak makan ikan siakap. Maka ku beli seekor siakap.. 

Ikan siakap telah ku jadikan lauk malam tadi.. Mula-mula cadang nak masak siakap stim, ntah camne tiba-tiba bertukar citarasa. Rasa nak makan something pedas.. Jadi itu lah citer macam mana ku boleh muncul siakap sos ala thai seperti di bawah ini..

Percubaan pertama masak Ikan Siakap Sos ala Thai.. belasah jer janji tak lari dari resepi asal.. hehehe. Oleh sebab menjadi dan boleh dikategorikan sedap (jangan kata perasan tau, ni hakikat sebenar memang sedap), maka tanpa segan ku kongsi resepi ni bersama :-)


Resepi Siakap Sos ala Thai 
(kenapa ada perkataan 'ala'? Ini adalah kerana ku masak di Malaysia bukan di negara Thai.. huhuhuhu)

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
2 biji bawang putih (garlic) - dimayang halus
3 biji bawang merah besar (onion) - hiris
3 batang serai (lemongrass) - hiris
1 cm halia muda (ginger)- hiris
5 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah) - hiris
3 helai daun limau purut - koyak 2 bahagian setiap satu helai
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Air
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan air
Garam
1/2 kiub perisa ayam 

Kaedah memasak
Ikan digaul bersama kunyit, garam dan tepung jagung. Goreng hingga garing mengikut kesesuaian. Tepikan dan letak dalam pinggan hidangan.

Tumis bahan yang dihiris iaitu bawang putih, bawang besar, halia, serai dan cili hingga naik bau. Masukkan sedikit air. Kacau hingga kuah menggelegak. 

Kemudian masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan kiub perisa ayam. Kacau sekata hingga kiub perisa ayam larut. Rasa kuah, tambah garam dan air jika perlu. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang disukai. Tuang kuah / sos tadi di atas ikan yang telah digoreng..

Memang mables... Sos ala Thai ni boleh juga diapply kepada apa sahaja jenis ikan goreng. Itulah kekdahnya, for the first time terasa impressed bila mencuba resepi yang tak pernah dicuba pastu menjadi.. tetiba terasa terror lak.. huhuhuhu jangan meluat okay.. 

Selamat mencuba ;-)


0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...