Resepi Mudah : Puff Pastry Sosej

Monday, September 30, 2013

Hari ni plan nak buat puff pastry sosej.. tapi malas nak meng-uli doh pastry pagi-pagi buta.. So cara paling ringkas dan mudah saya guna roti paratha segera jenama Kawan..
Tak perlu cerita banyak, layan gambar dan resepi yer kawan-kawan..
v
v
v

Bahan-Bahan
1 pek paratha jenama Kawan 
Sedikit butter / margerin
1 pek sosej
1 biji telur (ambil kuning telur (egg yolk) sahaja)

 
Nampak hodoh sebab roti paratha lembek.. so dimaafkan

Panaskan oven pada suhu 130c selama 15 minit.
Sementara itu, potong secara memanjang 1 keping paratha kepada 3 bahagian  manakala potong 1 batang sosej kepada 2 bahagian.
Ambil sosej dan balut dengan paratha yang telah dipotong tadi.
Bila dah balut (seperti gambar) kelar seperti di atas dan sapu kuning telur.
Kemudian masukkan ke dalam oven yang telah panas dan bakar pada suhu 150c selama 15 minit. Guna api atas bawah.
  

Inilah hasilnya.. Sengaja bagi hangus sedikit.. 
Rupa tak cantik tapi rasa sedap dan rangup.

* Cara ini boleh digunakan untuk isi sardin macam sardin puff yang dijual di kedai.  

Selamat Mencuba!!!

You Might Also Like

0 comments

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Whatever Apa-Apa Sahaja

A blog about lifestyle, shopping, recipe, foods, hobby, activities, craft and so called whatever apa-apa sahaja..