Resepi : Mee Bandung Muar original ;-)

Monday, October 14, 2013

Projek memasak Mee Bandung Muar hari Sabtu yang lalu.. Plan memang dah lama tapi masih belum berkesempatan.. Cuti hujung minggu lepas, ku berjaya mendapatkan segala bahan-bahan di supermarket Aeon Seremban 2.. Balik rumah terus masak untuk minum petang.. 

Inilah hasilnya.. Sempat tepek gambar dan resepi kepada sesiapa yang ingin mencuba..

 Resepi Mee Bandung Muar

Bahan-bahan Perencah
1/2 kg udang kering - gred terbaik
1/2 kg cili kering - bersihkan dan buang biji 
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Belacan bakar - secebis
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa 
10 kpg biskut cream cracker Muncy's

Cara-cara menyediakan perencah 

Cili kering, udang kering, bawang putih, bawang merah dan biskut cream cracker ditumbuk / dikisar secara berasingan. Panaskan minyak dengan api sederhana. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing dan naik bau. 

Masukkan udang kering dan belacan. Kacau dan masak hingga garing. Setelah itu masukkan cili kering. Masak cili kering hingga keluar minyak. Kemudian masukkan biskut cream cracker yang telah hancur dan gaul hingga sebati. Masukkan gula dan garam mengikut citasa anda..

Bahan-bahan menyediaka Mee Bandung Muar
(3 org makan) 
Mee kuning - celur dan toskan
Daging lembu - dibasuh bersih, hiris dan direbus. Air rebusan daging akan dijadikan kuah / stok.
2 keping tauhu - digoreng separuh masak dan dihiris
Telur
Sawi 
Bawang goreng - hiasan
Daun sup - dihiris sebagai hiasan
Cili besar - hiris sebagai hiasan

Cara-cara
Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali dengan api perlahan. Masukkan 2 senduk perencah mee bandung Muar. Tumis hingga naik bau, kemudian masukkan air rebusan daging. Tunggu hingga mendidih. Masukkan daging. Kacau dan rasa manis dan masin kuahnya mengikut selera anda. Akhir sekali, masukkan sawi dan tauhu goreng. 

Kemudian masukkan telur, tunggu telur menjadi separuh masak - mengikut citarasa anda. Tunggu kuah mendidih. Sediakan mee yang telah dicelur dalam pinggan. Letak telur yang telah direbus tadi dan tuang kuah ke dalam pinggan yang berisi mee. Tabur daun sup, bawang goreng dan cili merah yang telah dihiris.

Sedia untuk dimakan.. Sedap sehingga menjilat sudu..
Selamat Mencuba...


You Might Also Like

0 comments

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Whatever Apa-Apa Sahaja

A blog about lifestyle, shopping, recipe, foods, hobby, activities, craft and so called whatever apa-apa sahaja..