Sunday, October 06, 2013

Resepi Mudah : Shepherd Pie mables!



Hari ni takde plan pi mana-mana.. 
Terasa nak makan shepherd pie sebab dah lama tak buat.. Saya buat shepherd pie ni for breakfast.. 

Memandangkan pernah snap gambar semasa buat shepherd pie ni dulu, saya post di sini untuk tatapan kengkawan semua..
Resepi ada kat bawah..
v
v
v
 Beginilah rupa shepherd pie yang ku buat ;-)

 Isi ketam, daging & cendawan bersos spaghetti bolognese.. bergantung kepada citarasa masing-masing..

Resepi Shepherd Pie 
6 biji kentang - saiz sederhana
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar butter
1 sudu teh lada sulah 
Garam 

Sos / Isi pie
2 ulas bawang putih - dicincang
Sepeket daging cincang
1 botol sos spaghetti bolognese (ikut citarasa individu)
 Cendawan butang dalam tin - dihiris
Fillet ketam - optional

Cara-cara
Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu. Rebus hingga lembut dan toskan. Lecek kentang bersama susu segar. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit untuk menentukan kelembutan yang dikehendaki.. jangan terlalu lembek.. diikuti lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau dengan api perlahan. Kemudian masukkan daging cincang. Kacau dan tunggu hingga daging masak. Kemudian masukkan sos spaghetti bolognese. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cendawan dan fillet ketam (jika suka). Kacau sehingga semua bahan masak.. Padam api.


Ratakan kentang lecek ke dalam bekas yang digunakan untuk dibakar. Pastikan kentang sedikit tebal dan menutupi seluruh dasar bekas. Masukkan isi daging sos speghetti bolognese hingga hampir penuh. Tutup dengan kentang lecek dan carik dengan garfu.

Kemudian tabur mozarella dan cheedar cheese. 
 
Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 180c. Bakar sehingga cheese masak dan keperangan..

 Beginilah rupa shepherd pie yang sudah masak dan baru dikeluarkan dari oven.. 
Fresh from oven gitu..

Jika suka boleh cuba.. :-)



0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...