Thursday, February 27, 2014

Inspiration : Indoor Plants Decoration

AsSalam and I hope you are in the best of health..

Kali ni terasa nak tulis tentang indoor plants activity yang sedang saya jalankan dengan semangat yang berkobar-kobar.. Ntah mengapa tiba-tiba terasa suka sangat gardening semenjak dua ni.. Padahal musim kemarau macam tak sesuai jer.. macam pelik jer.. hihihihi

Minat bermula apabila melihat pokok-pokok hiasan di Aeon.. Tetiba-tiba jatuh cinta dengan pokok hiasan yang sesuai di letak di dalam rumah.. Sebagai permulaan, saya buat research dulu untuk mengetahui tips dan cara menanam pokok hiasan serta penjagaannya melalui majalah atau di blog.

Kemudian, projek bermula dengan cuba memindahkan 1 hingga 3 jenis pokok bunga yang sedia ada di halaman rumah ke dalam pasu bersih dan cantik yang sesuai diletakkan di dalam rumah. Hari Sabtu nanti bermulalah projek spring cleaning secara besar-besaran dan akan bermula sesi decor.. kita tengok hasilnya nanti.. ngeeee

Berikut merupakan di antara jenis pokok hiasan yang sesuai untuk pengudaraan di dalam rumah :

(Blog yang menjadi ilham dan sumber inspirasi)


 Hajat di hati nak buat tanaman hiasan comel-comel seperti ini :

Credit to Checks Sands Spots

Sebenarnya, indoor plants ni tak memerlukan cahaya matahari dan air yang banyak, memadai hanya merenjis air pada waktu pagi, just bagi tanah tu lembab-lembab tanpa jirus hingga basah kuyup dan diletakkan di tempat cahaya teduh. Selain itu ada good info to share iaitu penanaman pokok hiasan dalam rumah ini berfungsi untuk mengurangkan karbon dioksida (CO2) di udara serta menambah kandungan oxygen di dalam rumah.. Pokok hiasan ini juga dapat membantu menyejukkan rumah di samping memberi keselesaan kepada penghuninya..
So kiranya sesuailah ditanam tak kira musim walaupun musim kemarau.. hehehehe

Hasil pokok hiasan dalam rumah saya nanti akan dikongsi bersama di entry akan datang, 
so tunggguuuuuuu..

Okay, thanks for reading and happy working *_^







0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...