Pages - Menu

Saturday, August 23, 2014

Knowledge vs Ignorant

Jarang saya menulis entry tentang emosi di blog ini. Tetapi kali ini saya ingin abadikan satu peristiwa yang 'terkesan' di hati saya supaya ia menjadi peringatan kepada diri sendiri. 

Cerita tentang sikap manusia yang cetek pengetahuan (knowledge) tapi angkuh (arrogant) dengan pangkat dan kedudukan or "takabbur".. 

Apa itu "Takabbur"?  

Takabbur ( تكبر ) : ertinya sombong atau angkuh, perasaan tinggi diri oleh si pelaku terhadap satu atau lebih mengenai dirinya dalam aspek-aspek kehidupan. Seseorang itu boleh bersikap sombong kepada orang di sekelilingnya jika dia mendapati kedudukannya lebih tinggi berbanding orang di sekelilingnya.- Petikan dari Ensiklopedia Muslim
 
Pengetahuan menjadikan manusia rendah diri. Keangkuhan menjadikan manusia jahil
Dirinya tidak kisah dibenci orang kerana dia ada pangkat dan hebat berkata-kata. Padahal kata-katanya hanya tong kosong yang tak punya makna. Bila kita sama-sama berbincang, dirinya hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain padahal masalah itu berpunca dari kelemahannya sendiri. Banyak lagi perkara yang perlu dia pelajari tetapi disebabkan keangkuhan, dirinya rasa sudah cukup hebat. Pandangan dan nasihat orang hanya diperlekehkan..

Dirinya seolah-olah lupa bahawa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya.
Sedih apabila saya mengenali orang ini.

Moga dijauhkan dengan sikap sebegini.
Amin..

4 comments:

  1. wah salute la awak walaupon tulis psl emosi di blog tp ayat masih berlapik,klu sy terus hembur,xreti bermadah pujangga.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe my dear Mrs Adam, walaupun berdasarkan kisah benar, entry ini sebagai nasihat kepada diri sendiri jugak sebab tu boleh maintained cool.. Anyway thanks for browsing ^_^

      Delete
  2. salam perkenalan
    singgah n follow u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga diucapkan kepada Nurzakiah..
      Saya akan kunjung balas & follow..
      Thank you.. ^_^

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..