Jarang saya menulis entry tentang emosi di blog ini. Tetapi kali ini saya ingin abadikan satu peristiwa yang 'terkesan' di hati saya supaya ia menjadi peringatan kepada diri sendiri.
Cerita tentang sikap manusia yang cetek pengetahuan (knowledge) tapi angkuh (arrogant) dengan pangkat dan kedudukan or "takabbur"..
Apa itu "Takabbur"?
Pengetahuan menjadikan manusia rendah diri. Keangkuhan menjadikan manusia jahil |
Dirinya
tidak kisah dibenci orang kerana dia ada pangkat dan hebat berkata-kata. Padahal
kata-katanya hanya tong kosong yang tak punya makna. Bila kita sama-sama
berbincang, dirinya hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain
padahal masalah itu berpunca dari kelemahannya sendiri. Banyak lagi perkara yang perlu dia pelajari tetapi disebabkan keangkuhan, dirinya rasa sudah cukup hebat. Pandangan dan nasihat orang hanya diperlekehkan..
Dirinya seolah-olah lupa bahawa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya.
Sedih apabila saya mengenali orang ini.
Moga dijauhkan dengan sikap sebegini.
Amin..
wah salute la awak walaupon tulis psl emosi di blog tp ayat masih berlapik,klu sy terus hembur,xreti bermadah pujangga.hihi
ReplyDeleteHehehehe my dear Mrs Adam, walaupun berdasarkan kisah benar, entry ini sebagai nasihat kepada diri sendiri jugak sebab tu boleh maintained cool.. Anyway thanks for browsing ^_^
Deletesalam perkenalan
ReplyDeletesinggah n follow u
Salam perkenalan juga diucapkan kepada Nurzakiah..
DeleteSaya akan kunjung balas & follow..
Thank you.. ^_^