Saturday, August 16, 2014

Majlis Sambutan Hari Raya 2014

Lama tak update blog so semua pun cerita throwback again...
Pada 6.8.2014 yang lalu, SAINS telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan dalam masa yang sama meraikan anak yatim. Majlis diadakan di Ballroom, Klana Resort Seremban. So kami sebagai kakitangan turut sama-sama memeriahkan majlis. Kiranya kami tumpang rezeki anak yatim yang diraikan dalam majlis tersebut. Alhamdulillah rezeki..


Mengikut aturcara majlis sepatutnya dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hasan iaitu Pengerusi SAINS tetapi beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan beliau digantikan dengan YB Dato' Mat Ali Hassan.

Antara juadah yang disediakan dan merangkap pinggan makanan saya.. :-)
Selain dari anak yatim dan kakitangan SAINS, beberapa syarikat lain yang berurusan dengan SAINS juga dijemput hadir. Konsep majlis tahun 2014 ini saya kira ringkas tapi meriah. Antara juadah yang dihidangkan selain dari juadah wajib di pagi raya ialah kambing panggang, roti jala, manisan, lontong, laksa dan beberapa jenis lagi. Overall majlis berjalan lancar dan para tetamu dihiburkan dengan life band. Apa kata kita layan gambar sekitar majlis yang telah diadakan :-

Mrs. A and I..


Dari kiri Pn. Yuslina , saya dan Mrs. A = KAMI

Ni. Ms. NJ Sine aka mak buyung.. Ambik gambar posisi macam mana pun tetap bulat.. hihihi jangan marah

Bersama Pn. Siti Sarah Ahmad



Last but not least gambar bersama En. Boss dan collegues


Begitulah suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh SAINS sempena meraikan anak yatim pada tahun 2014.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog saya..
Until then, take care..


 

0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...