Al-kisah cerita semalam, 16.8.2014, kakak dan adik ipar beritahu nak datang rumah untuk berkunjung balas sempena Hari Raya Aidilfitri. Memandangkan Sabtu merupakan satu-satunya hari husband bercuti so kami pun buat persediaan yang sepatutnya. Tetamu yang akan hadir lebih kurang 10 orang termasuk anak-anak buah. Bila ada tetamu datang berkunjung ke rumah kita, automatic persoalan dalam kepala : Apa menu yang akan dihidangkan?
Akhirnya terjawab persoalan di atas.. Semalam saya jamu mereka denga nasi putih dan lauk ikan siakap as a main dish. Ikan siakap saya masak 2 versi iaitu 3 rasa dan sos soya (kicap cair). 3 rasa untuk sesiapa yang makan pedas manakala sos soya untuk kanak-kanak atau mereka yang tak makan pedas. Sayur kacang bendi saya masak goreng sambal belacan. Manisan pula saya sempat buat kek sarang semut atau nama glamernya Kek Gula Hangus. Hidangan sampingan lain saya order sate ayam dan daging serta biskut raya.
Malangnya disebabkan terlalu kelam-kabut dan kesuntukan masa, takde satu gambar pun saya sempat ambil. Frust dan terkilan sungguh. Jadi kenangan ini saya abadikan dengan ayat dalam entry ini. Oh hah baru teringat! Kek sarang semut, saya ada gambar sebab masih tinggal lagi baki semalam.. Bolehlah saya share resepi sekali.
Inilah rupa kek sarang semut tu..
Inilah rupa kek sarang semut a.k.a kek gula hangus tu. |
Resepi kek sarang semut, saya ikut resepi dari Pn. Halimah. Resepi beliau mudah dan sedap.
KEK GULA HANGUS / KEK SARANG SEMUT
Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
* Mula-mula gula digoreng dengan api sederhana besar di dalam periuk kecil. Kacau dan bila gula dah agak cair masukkan air panas. (Hati-hati kerana semasa air panas dicurahkan ke dalam cairan gula, ianya akan meletup-letup dan menghasilkan percikan gula yang panas. So jangan sampai terkena anggota badan..). Lepas tu masukkan mentega sambil kacau sampai mentega cair. Ketepikan.
Bahan untuk kek
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Pukul telor sampai kembang dan pekat.
Kemudian masukkan susu pekat - guna mixer dan mix hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yang telah diayak terlebih dahulu.
Tuangkan esen vanilla.
Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.
Pastikan semua bahan diadun sempurna.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam dalam keadaan bertutup untuk mendapatkan sarang yang cantik. Selain itu, semasa memasukkan cairan adunan tersebut ke dalam loyang / bekas pembakar, sila tapis adunan untuk mengelakkan ketulan gula atau bahan lain.
Kemudian bakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Baki 11 minit terakhir adjust api atas dan bawah. Saya lebih suka mengukus adunan ini. Kalau prefer kukus, anggaran masa 1 jam 15 minit.
Selamat mencuba!
Sekian, entry untuk kali ini.
Thanks for reading..
By the way, esok start kerja seperti biasa, hurmmm cepat sungguh masa berlalu...
By the way, esok start kerja seperti biasa, hurmmm cepat sungguh masa berlalu...
cantik kek sarang semut, dah lama tak buat kek ni. memang sedap.. :)
ReplyDeleteMalulah Dila kalau dibandingkan dengan kek yang Dila buat lagi gebu.. Anyway, thanks Dila coz sudi singgah.. ^_^
DeleteSaya suka kek sarang semut..tapi nak buat sendiri tak berkesempatan lagi..hihi rajin awak masak2 erk..
ReplyDeleteKek ni paling senang Diana, dan saya suka makan kek ni sebab tu saya buat.. Kalau bercheese bagai memang kirim salamlah jawabnya..
DeleteThank you tau sebab sudi singgah.. :-)