Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers..
Hari ni cuti hujung minggu.. awal pagi tadi hujan.. Ohhh so heaven.. alhamdulillah pokok-pokok pun semua segar..
Alhamdulillah semalam hari Jumaat kereta keluar dari bengkel.. Bila tengok invoice pengsan! Tengah bulan kena keluar duit dalam jumlah empat angka. Pengsan sekali lagi!
Harap-harap takde masalah lain selepas ni.. Bagilah tuanmu chance untuk kumpul duit semula wahai kereta kesayangan.. Sabar je lah..
Seperti biasa hujung minggu breakfast simple jer.. Malas nak masak beriya sangat.. Lazy Saturdaylah katakan or everyday memang lazy? hahahaha
Stock dalam fridge dah ready and even planned earlier pun, beli barang dan bahan-bahan yang diperlukan since Friday, senang semua bahan dah ada. Breakfast pagi ni roti pita berinti daging..
Nak tahu camne saya buat? Hah camni caranya:

Bahan-bahan Roti Pita Daging |
Roti Pita Daging
Bahan-bahan :
- Sebiji bawang besar Holland - potong dadu
- Sebiji bawang putih - cincang halus
- Daging lembu kisar - saya prefer brand Ramly
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu besar minyak masak
- Sosej (optiomal) - potong dadu
- 1 pek roti pita - saya guna roti pita wholemeal brand Mission
- Salad
- Sos cili dan tomato
- Mayonnaise
Cara-cara :
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan serbuk kari. Masak hingga cili pecah minyak. Masukkan daging kisar dan sosej. Kacau hingga daging masak. Tutup api dan ketepikan biar sejuk.
Panaskan roti pita dalam non-stick pan atas api perlahan. Kemudian potong roti pita kepada dua bahagian. Masukkan salad ke dalam poket roti pita. Selepas itu masukkan daging ke dalam poket roti pita tadi. Letak sos cili, sos tomato dan mayonnaise. Tadaaa siap! Makan dengan coffee panas, fuh memang best!
Roti Nan Daging - sarapan simple dan berkhasiat |
Bila perut dah kenyang, apa lagi pegi luar jenguk pokok, macam style makcik-makcik pulak, ahaks.. itulah hobby saya. Kebetulan hujan pun dah lama berhenti.. Daun-daun pokok banyak dah kuning sebab direct sunlight panas terik dan kurang air. So hari ni beri full attention sikit kat pokok-pokok nih.. Hari ni plan bersihkan pasu-pasu bunga, mana pasu tanah dah surut, tambah tanah baru, tukar pasu, cabut rumput, bagi baja etc. Berpeluh jugak ketiak..
My rosemary |
My rosemary in person |
Daun pandan |
Daun cekur kampung, mak suruh tanam |
My roses |
Cryptanthus bivittatus |
Pokok keladi daun berlubang |
Pokok rose dan dahlia untuk hiasan dalam rumah |
Pistia stratiotes spesis kiambang |
My indoor plant |
My indoor plant dan baja yang digunakan |
Nah kat atas ni jenis baja yang digunakan siap dengan tanda harga lagi... Beli semua ni di AEON Seremban 2 bahagian Home Garden.. Basically baja-baja ni untuk pokok berbunga dan tablet rose untuk paksa rose berbunga.. boleh main paksa-paksa pulak..huhuhu cian rose.
Bila habis gardening terasa kepuasannya.. happy!
Bila habis gardening terasa kepuasannya.. happy!
At about pukul 3.00 pm, kami pergi ke Hospital Besar Tuanku Jaafar Seremban, melawat adik ipar di ward. My sister in law admitted sebab masalah placenta praevia tahap 1 masih dalam pemantau doctor sehingga tempoh bersalin nanti. Kami beredar dari hospital at about 5.30pm..
Memandangkan esok my husband kerja, so we have to look for a stock lauk-pauk untuk seminggu. Kebetulan hari ni ada pasar malam di Port Dickson. So from Seremban we all terus ke Port Dickson. Dalam perjalanan jam sebab ada roadblock. Sampai sana keadaan kat pasar malam sangatlah crowded, my husband pergi sendiri. Saya dan Arief tunggu dalam kereta. Tak sanggup berasak-asak dalam panas. Kat sini ikan semua fresh sebab baru naik dari laut..
Bila settled semua perut pun lapar.. Kami pegi makan malam di Restoren Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood.

Interior Restoren Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood |
Kami |
Nasi putih, telur dadar, kailan ikan masin & udang goreng kunyit |
Sotong goreng tepung |
Tomyam seafood |
Lokasi restoren ni di sebelah kiri dari pekan Port Dickson berhadapan stesyen minyak Caltex dan sederet dengan kedai Mesra. Overall makanan semua sedap dan harga pun berpatutan. Kalau bercadang pergi ke restoren ni mestilah awal dalam pukul 6.00 petang sebab orang ramai dan parking terhad. Kami pernah pergi dalam pukul 8.00 malam seafood semua habis, yang tinggal menu selain seafood.
Okay, begitulah aktiviti hujung minggu kali ini.. Esok hari Ahad.. yeay.. boleh rehat lagi...
Thank you for reading..
Have a good weekend..
Adios!
Adios!
salam kenal..
ReplyDeletesinggah sini kejap :)
-imm-
W'salam Imm,
DeleteSalam perkenalan juga diucapkan..
Terima kasih singgah :-)