Monday, October 27, 2014

Pening lalat, Diwali & Makan dan makan..


Assalamualaikum & salam sejahtera to all readers..
Hari ini terasa layu ke tempat kerja.. Jasad jer ada kat office tapi my soul ntah ke mana-mana.. 
Pening lalat semacam jer.. fikiran bercelaru memikirkan banyak perkara..

Buktinya incident yang berlaku hari ini :
Tengok jam almost 1.00 pm then capai telefon, terus dail extension seseorang sambil tangan kanan browse pc membaca email.. Bila gagang sebelah sana diangkat, terus terjah soalan - "Maziah keluar makan tak hari ni?"..  Tetiba suara lelaki menjawab, "Awak nak ajak saya makan ker?" Huh? Sapa ni! Tengok balik nombor extension kat screen telefon, alamak extension boss! Camne boleh salah extension ni, "Ops! Sorry boss.." Aduhai memang mabuk ketum! Nasib baik boss tak kisah, tapi malulah saya..



Pastu saya keluar lunch dengan Maziah.. teringin makan cup corn. Sambil tunggu jagung sedang dikukus saya makan nasi putih + drumstick ayam masak kicap, kuih pau kacang hitam dan teh tarik.. Lepas habis makan lebih kurang 50 minit selepas itu :
Saya : "Kak, kira berapa semua... dan mana jangung saya order tadi?" 
Kakak Cafe : "Alaaa dik, lupalah tadi orang ramai sangatkannn, dah terambil jagung tu.." 

Aduh kak, ramai pun tak sampai 10 orang, tak kan panik kot.. Ingat hari ni saya jer mabuk ketum,tapi rupanya kakak ni pun sama.. huhuhuhu "Lepas ni kita order jagung tunggu orang tak ramai, baru kakak ni ingat order kita.." kata saya kepada Maziah.. One more thing, memanglah tadi orang ramai singgah cafe kakak ni, tapi tak bolehlah dijadikan alasan.. Seolah-olah merungut pulak orang ramai datang cafe dia.. Hurmmm, mungkin jugak kita takde rezeki...

Tu cerita pening-pening lalat yang saya panggil 'mabuk ketum', bukan saya minum air daun ketum tau.. 

Sampai office pagi ni, tengok in tray ada sekeping postcard dari my penpal from Kentucky, Amerika Syarikat.. Yeay seronok.. Postcard dia cantik, setem gambar Batman..

Postcard from Sarah Valentine, Kentucky, AS
Setem Batman

 Okay, ni cerita tentang Diwali pulak.. Tadi pagi dapat makan free, Pn. Saroja belanja kami breakfast sempena Diwali or Deepavali..  Walaupun bukan 100% makanan India tapi kuih vadei dan muruku kira simbolik Diwali jugaklah.. hehehehe
Pelbagai jenis muruku 
Juadah breakfast
Ini portion saya
Terima kasih daun keladi Pn. Sarojah, next time belanja lagi (banyak cantiiikkkkk...). Sedang makan, tetiba my colleague bagi sesuatu dalam bag plastik. Ohhh lupa, saya ada order rendang dan lemang dari Rose.. Nii dia..

Bak kata orang Nogori, lomang dan rondang
Peminat lemang dan rendang, tapi tak boleh makan banyak-banyak tau
 Inilah keistimewaan tinggal di Negeri Sembilan, hari biasa pun boleh makan lemang.. hehehehe
Alhamdulillah atas rezeki dariNya..

Okaylah, setakat ini celoteh saya yang ntah apa-apa..
Thanks for browsing..
Until then...
 

8 comments:

  1. ngeh!ngeh!ngeh! mabuk ketum pau pun leh salah plastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun satu hal jugak Mrs. A, pau kacang dengan kelapa pun dia x tahu mana satu padahal dia jual pau-pau tu.. Tu yg dia letak salah plastik.. Adoi Kak...

      Delete
  2. Hehe mabuk ketum :D tapi for sure, rupe arief redza dalam entry akak ni memang menampakkan sangatlah rupe akak.. like mother, like son :) hehe comel dua-dua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe like mother like son.. Kannnn.. >_<

      Delete
  3. Singgah balas kunjungan...
    Sedapnya wadey tuu feveret saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you singgah Ummi Zarra..
      Vadei mmg sedap expecially makan panas2.. ^_^

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...