Sunday, October 26, 2014

Hujung minggu & project membuat dadih sedap!


Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..
(pembuka kata standard untuk setiap entri saya, hehehehe)

Minggu ni saya agak sibuk dengan aktiviti hujung minggu.. Banyak perkara perlu diuruskan, tambahan pula Arief Redza akan menduduki peperiksaan next week dan selepas itu ada latihan konsert untuk persembahan hujung tahun pada 22.11.2014 nanti. Walaupun sekadar peperiksaan tadika tapi anggaplah seperti peperiksaan penting.. Mak teruja nakkk, anak nak peksa, excited dan nervous risau anak gagal.. Haruslah pantau closely di peringkat tadika lagi supaya dia tak leka dan sentiasa bersedia bila menghadapi sebarang peperiksaan pada tahun-tahun akan datang..

Walau sesibuk mana pun, saya tetap meluangkan masa untuk membelek-belek pokok bunga di awal pagi. Ianya seolah-olah terapi minda pada setiap pagi hujung minggu. Al-maklumlah pada waktu bekerja, langsung tak sentuh pokok-pokok bunga ni.. Hanya mampu tengok sebelum masuk kereta then terus pergi kerja, sian… So hari ini sempat tukar pasu untuk pokok daisy yang baru dibeli..

Inilah pokok daisy baharu saya :-)

Sebelum proses menukar pasu
Selepas tukar pasu
 Yeay.. inilah hasilnya setelah bertukar pasu yang lebih besar. Baru selesa akar tu bernafas..

 Okay, selain itu dalam kesibukan hujung minggu ni juga, sempat lagi merealisasikan project membuat dadih yang telah lama dirancang.. Lately cuaca sangat panas terik, terasa perit tekak ni  sebab kurang minum air kosong walau pun sebotol air 1.5ml habis diteguk.. So konon-kononnya, bila ada dadih stand by dalam chiller bolehlah menyejukkan tekak.. Bahan semua dah ready sejak seminggu yang lalu.. Simple jer kita hanya perlukan serbuk dadih segera, susu krimer sejat, gula dan air. Bekas untuk isi dadih.. itu sahaja..

Kali ni saya buat perisa coklat sebab 2 minggu lepas saya dah buat perisa laici. 
Ni bahan-bahan utama membuat dadih.

Serbuk dadih perisa kegemaran masing-masing dan susu cair or krimer sejat
Campuran 3000ml air, 100gm gula dan 1 tin susu sejat.
Isi ke dalam bekas. Saiz ikut pilihan anda.
Biarkan sebentar selama 20 minit sebelum dimasukkan ke dalam chiller. Tutup untuk mengelakkan habuk or benda asing masuk ke dalam bekas semasa proses penyejukkan. Kebersihan menjadi keutamaan, hihihihi
Siap untuk dimasukkan ke dalam chiller
Sedia untuk dimakan..
Walaupun proses membuat dadih ni semudah A, B, C tapi saya tetap share cara-cara pembuatannya khusus untuk pembaca yang masih belum pernah cuba.

Cara Masakan:
  • Didihkan 3000ml air bersama 100gm gul dan 1 tin 400ml susu cair / krimer sejat.
  • Padamkan api dan kacau anggaran masa 5 minit.
  • Masukkan serbuk dadih dan kacau sehingga semua larut.
  • Tuangkan ke dalam acuan / bekas.
  • Biarkan sebentar anggaran masa 20 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk / chiller.
Best serve in chill gitu.. Selamat mencuba.
Thank you for reading..


0 comments:

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...