Resepi : Ikan Cencaru Sumbat Sambal Simple ^_~

Saturday, October 18, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers..
Hari ni hari Sabtu (18.10.2014), kisah pagi ini.. terasa indah, bila selak langsir cuaca di luar mendung.. Bila buka sliding door angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk ke dalam rumah.. Kemudian, ku menuju ke dapur, arrggghhhhhh banyak kerja rumah perlu diselesaikan.. Kain baju kotor tak cuci lagi, lantai minta divacum, kain baju minta dilipat, kasut anak tak sental lagi, uniform kerja dan sekolah anak perlu digosok.. huhuhuhu tetiba hilang angan-angan indah tadi.. 

HousewifeHurrmmmm, itulah rutian harian saya pada setiap hujung minggu..
Okaylah, tak mahu cerita panjang, oleh kerana hari ni sangat busy dengan kerja rumah, so saya masak lauk simple iaitu ikan cencaru sumbat sambal. Walau pun simple, saya tetap share jugak resepi ni untuk dikongsi bersama.. 

Mula-mula kita tengok hasilnya.. taddaaaa...
 v
v
v

Ikan cencaru sumbat sambal
 Resepi ini mudah dan ringkas, jadi sangatlah sesuai untuk ibu-ibu yang busy dan kesuntukan masa menyediakan menu untuk keluarga. Bukan sesuai untuk ibu-ibu sahaja, malah adik-adik yang duduk rumah bujang pun boleh cuba. Lagi satu, ikan cencaru sumbat ini juga sedap dimakan dengan nasi panas tau, ditambah dengan sayur goreng.. fuh, mables!


RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL SIMPLE

Bahan-bahan
  • 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana
  • 1 ulas bawang merah - saiz sederhana 
  • 2 biji cili merah (cili besar) 
  • Sedikit belacan bakar - anggaran ikut citarasa masing-masing
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Ikan cencaru dibelah belakang mengikut kedalaman yang boleh, kemudian dibersihkan. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam - ketepikan.


Tumbuk bawang merah, cili merah dan belacan hingga menjadi sambal belacan. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi di belakang ikan cencaru yang dibelah seperti dalam gambar di atas. Tips : Tekan sedikit untuk bagi padat supaya isinya tidak terkeluar bila digoreng nanti.

Kemudian, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing dengan api sederhana seperti dalam gambar di bawah. Perlu diingat, sambal belacan tadi mudah hangus, jadi api hendaklah dikawal mengikut kesesuaian.

Ikan yang sedang digoreng. Sila abaikan keadaan kuali vintage saya..
Siap! Maka, bolehlah dihidang dan dimakan panas-panas...
Cook
 Selamat mencuba..






You Might Also Like

3 comments

  1. Cikna pun sllu buat cencaru sumbat, cikna xletak belacan tapi tmbh serai,cili api&kelapa sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada kelainan.. InshaAllah saya akan cuba cara Cikna utk rasa yg berbeza.. >_<

      Thank you Cikna..

      Delete
  2. Grüße! Sehr schöner Beitrag! Es sind die kleinen Veränderungen, die die größten Veränderungen bewirken werden. Danke für das Teilen!
    Restaurant Frankfurt-Oder

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Whatever Apa-Apa Sahaja

A blog about lifestyle, shopping, recipe, foods, hobby, activities, craft and so called whatever apa-apa sahaja..