Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers..
Sabtu (13.12.2014) lalu saya jadi tourist guide.. Bukan tukar kerjaya tau tapi bawa family adik saya dari Kulai Johor berjalan-jalan menaiki KTM Komuter dan LRT sempena menunaikan hasrat anak dia dapat nombor satu dalam kelas.. So daddy dia kenalah tunaikan hasrat anak tersayang..
Alahai anak zaman sekarang, macam-macam permintaan. Zaman saya dulu....cemerlang tak dapat apa-apa pun, terus ke darjah seterusnya seperti biasa.. hurrmmm itulah beza dulu dan sekarang..
Alahai anak zaman sekarang, macam-macam permintaan. Zaman saya dulu....cemerlang tak dapat apa-apa pun, terus ke darjah seterusnya seperti biasa.. hurrmmm itulah beza dulu dan sekarang..
Al-kisah, selepas mereka checkout dari Glory Beach Resort PD terus ke rumah saya di Bandar Sri Sendayan. Kemudian kami terus ke KTM Komuter di Seremban selepas lunch di Restoran Windmill Seremban 2. Kebetulan saya pun dah lama tak naik komuter ni.. So terus setuju dengan plan yang dicadangkan.. Seingat saya last naik Komuter ni pada tahun 2005. Hahhhh berapa lama dah tuu.. Camnelah rupa Komuter sekarang..
Iskhhh.. rupanya dah banyak berubah.. bukan saja sistem ticket yang berubah tapi coach Komuter juga dah bertukar wajah.. kebanyakkan coach baru dan selesa..
Iskhhh.. rupanya dah banyak berubah.. bukan saja sistem ticket yang berubah tapi coach Komuter juga dah bertukar wajah.. kebanyakkan coach baru dan selesa..
Jom layan gambar :
Beli ticket di kaunter, no more sistem tiket guna mesin cam dulu-dulu...
Kebetulan masa kami sampai di Platform train baru sahaja berlepas, so tunggu next train lebih kurang 20 minit.. Sempat snap gambar coach train Platform sebelah yang menghala ke Sungai Gadut..
Tempat duduk memanjang so takde lah pening duduk menentang arus seperti sebelum ni. Sedia maklum, pemandangan menaiki train dari Seremban menghala ke Kuala Lumpur sentiasa dikelilingi kehijauan.. Kehijauan semak samun belakang rumah orang, hihihihihi
Signboard 'Don't' semasa berada di dalam train.. sedia maklum signboard ni selalu terpampang di mana-mana public transport.
Skrin menunjukkan guideline dan service yang ditawarkan oleh KTM kepada penumpang setia Komuter..
As I told you earlier, pemandangan semak samun saujana mata memandang.. Sedar tak sedar dah sampai di KL Sentral. Dari KL Sentral rombongan Cik Kiah menuju ke mesin tiket Putra LRT menuju ke KLCC.. Rombongan Cik Kiah ni terdiri daripada 4 dewasa dan 4 kanak-kanak bawah 12 tahun.. Untuk mengelakkan dari hilang, jadi seorang dewasa kena pimpin sorang kanak-kanak, adil dan saksama..
Sampailah di bahagian mesin tiket Putra LRT di KL Sentral.. Baru masuk 5 tahun saya tak menaiki Putra LRT, rupa-rupanya sistem tiket LRT pun sudah tukar dari tiket ke sistem token. Dalam hati "Sudah tukar kaaa!!!?????" - baca ala Acapan konon-konon terkejut..
Hah.. masing-masing menunggu duit baki jatuh, bukan reti nak ambil ticket masing-masing..
Inilah ragam kanak-kanak ribena..
Maka tibalah ke destinasi yang dituju.. KLCC. Mana lagi nak bawa kanak-kanak riang ni.. KLCC lah tempat kebanggaan mereka untuk diceritakan pada kawan-kawan di sekolah nanti..
So we all lepak kat taman KLCC.. Christmas SALES sana-sini..tapi takdelah murah sangat.. Sekadar SALES biasa-biasa..
Suka tengok KLCC Twin Tower ni..
Christmas tree decorations di KLCC.. Cantik berwarna-warni, pastu ada satu group menyanyi lagu Christmas, meriah..
Pancuran air berirama..
Giant Christmas tree di taman KLCC.. Orang ramai mengerumuni bawah pokok tu untuk bergambar..
Bila nampak Menara Citibank teringat masa dulu semasa bekerja kat sana tahun 2002 hingga 2006..
Teringat kat Tan Sri William Cheng.. hehehehe
Hanya tinggal kenangan..
Sebelum balik singgah di Avenue K.. Cari barang si kecik ni di H&M..
Then, the next day on their way back, lepas breakfast saya bawa mereka ke Telok Kemang PD.. Mereka nak cari ole-ole untuk dibawa pulang maklumlah tourist kannn, hehehe.. Cuaca masa tu, auuuwwwww punyalah panas menyengat kulit.. Peluh meleleh-leleh, make-up jangan cerit,a berkilat muka!.. Orang punyalah ramai.. Dah lah parking susah kena menapak jauh sikit. sebab we all parked depan Restoran Seafood Cina.. Tuan tanah siap minta duit parking RM12.00 untuk 2 kereta sebab kata dia private land..
Suka hatilah janji senang tak yah tunggu parking yang memang tak akan ada area Telok Kemang tu..
Banyak koleksi baju PD cantik-cantik.. Dulu masa duk luar jakun bila datang sini.. Mesti beli sehelai dua.. Sekarang dengan angkuhnya, hurrrmmmm pergi PD boleh balik hari.. hehehehe
Ketika mereka sibuk membeli belah, saya jadi nanny angkut semua kanak-kanak bawah umur pi kedai payung biru ni pekena coconut shake sorang secawan plus nasi lemak berbungkus-bungkus.. Mana tak berbungkus-bungkus, lapaq belum lunch lagi.. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang..
Tadaa inilah coconut shake yang dimaksudkan.. Untuk pengetahuan, inilah pertama kali dalam hidup minum coconut shake so tak tahu nak bagi berapa bintang..
Apa pun puas hati sebab dapat makan aiskrim ketika panas terik...
Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.. Semua plan berjalan dengan lancar.. Cuma nak cerita pengalaman semasa keta saya keluar dari parking.. Jalan jam bumper to bumper depan Telok Kemang, saya dari seberang jalan jadi memang perlukan ikhsan untuk menyelit. Kebetulan saya bagi signal dan minta laluan, tapi dengan orang yang salah! Manusia ni bawa family, punyalah sombong memandu plat kereta W*X 3**4 jenis kereta biarlah rahsia (tak mahu mengaibkan orang).. Memang silap anggapan saya.. Saya ingat bila minta laluan dengan bangsa yang seagama ni senang, rupanya sikap angkuh pemandu ni sanggup tak bagi laluan sedangkan bas persiaran bertentangan di hadapan kereta saya.. Kalau saya tak masuk line memang alamat bertembung dengan bas di hadapan yang semakin dekat.. Nasib baik kereta di belakang si gampang tadi ada timbang rasa..
Iskhhhh memang tak sangka ada 'orang kita' sekejam itu.. Apa agaknya dalam fikiran dia masa tu, suka dan bertepuk tangan kot bila tengok kemalangan depan mata disebabkan perbuatan dajal dia? Nak kata saya kurang ajar tak bagi signal or potong line, memang tidaklah. Nak tunggu jam reda entah bila, sampai malam pun belum tentu lagi reda.. Hurrrmmmm betul-betul tak faham dengan manusia bersikap ego camtu, sedih tau bila kita kenang sikap bangsa sendiri macam tu.. Apa pun saya harap janganlah antara kita ada perangai camtu, tak rugi kita buat baik, bukan susah pun..
Okay, that's all for now..
Thank you for reading..
0 comments:
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..