Resepi : Roti Jala

Monday, May 04, 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada semua..

Perbualan bersama anak pagi tadi:

Me : Apa nak makan breakfast hari ni?

Arief : Nak makan kuih koyak-koyak tu..

Me : Huh??!! Kuih koyak-koyak?

Arief : Kuih koyak-koyak.. makan cicah dengan kari..

Me : Oooh itu roti jala..

Sabar jer lah, bikin confuse mama daa..

For info, first time saya menjala it was about 10 years ago, second time buat tak jadi so give up.. Tak pernah cuba lagi hingga sekarang. 

Bagi sesiapa yang terror masak, mesti kata senang tapi pada saya yang tak handal dalam masakan ni masih terhegeh-hegeh.. :-(

Hurmmm kali ni bila anak request tak sampai hati kata tak boleh. Nak beli bukan semua kedai ada jual apatah lagi time cuti-cuti camni. So solution kena rajin-rajinkan diri buat sendiri.. 

Kebetulan, lately ni ada kawan rajin share resepi simple termasuklah resepi roti jala, jadi inilah masanya mencabar diri.. hehehe

Masuk dapur keluarkan segala bahan yang ada.. Finally, berkat tekun dan sabar alhamdulillah menjadi resepi kali ini.. 

Tadaaaa... 
Inilah hasil menjala di darat, di pagi hari cuti..

Kari kentang saje..

Jala pusing-pusing

Pastu lipat, tak yah gulung-gulung

Sedia terkumpul

Siap!! Inilah hasilnya..

Bila menjadi, haruslah share resepi untuk rekod dan rujukan bersama:

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Adun sebati, kemudian masukkan dalam blender dan kisar hingga sebati. Selepas itu tapis.

Saya guna acuan ini, mudah dan tak selekeh.. :-)

Botol acuan roti jala

Okay itu sahaja..
Thanks for reading..

Bye.. Bye..

You Might Also Like

4 comments

  1. Kalau Mrs. A yang buat tak tahu jadi apa! ngeh..ngeh..ngeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs A, belum cuba belum tau..
      Mgkn skill menjadi.. :-)

      Delete
  2. haa...boleh try ni..macam senang jek..hihi..

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Whatever Apa-Apa Sahaja

A blog about lifestyle, shopping, recipe, foods, hobby, activities, craft and so called whatever apa-apa sahaja..