Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Alhamdulillah hari ini Ramadhan masuk hari kedua, jangan salah sangka saya bukan menghitung hari tapi terasa sungguh cepat masa berlalu..
Terasa sangat bersyukur di hati kerana dipertemukan lagi Ramadhan tahun ini.. Teringat kisah sahabat saya, ibunya meninggal 4 hari terakhir Ramadhan tahun lepas manakala ada yang kehilangan orang tersayang beberapa hari sebelum Ramadhan. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita, siapa tahu?
Oleh itu kita perlu rasa bersyukur kerana diberi kesempatan ini. Jadi gunakanlah kesempatan ini sebaik mungkin kerana kita sedia maklum keistimewaan bulan Ramadhan ini berbanding bulan-bulan lain.
Selamat berpuasa dengan tekun dan sabar.
Wasalam..
LZ, betul tu, kejap je dah abis sehari puasa... Anyway, selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan ni :-)
ReplyDeleteTerima kasih sweet tooth ;-)
Deleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi jumaat
nice sharing
W'salam Anum..
DeleteThanks sudi singgah.. :-)