Sunday, June 07, 2015

Tips : Khasiat air kelapa muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers.. Happy Sunday everyone!.. Nothing special today.. Entry kali ni I wanted to share tentang khasiat air kelapa muda yang mungkin kita masih belum tahu.. Selalu kita dengar air kelapa muda bagus untuk kesihatan, tapi tak berapa tahu tang mana kebaikan dan khasiatnya.

Gambar ikhsan Google


Antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam air kelapa muda ialah:

1. Berupaya menurunkan berat badan - air kelapa muda memiliki kandungan lemak, kadar gula dan kalori yang sangat rendah, sekaligus mampu menurunkan berat badan secara semulajadi.

2. Membunuh racun dalam tubuh - kandungan antidotum (antiracun) yang terdapat dalam air kelapa muda adalah sangat tinggi selain mengandungi zat yang dapat mengurangkan racun dalam tubuh.

3. Menjaga kesihatan jantung - kandungan vitamin yang terdapat di dalam air kelapa muda ternyata dapat menjaga kesihatan jantung seseorang.

4. Merawat sistem pencernaan - nutrisi yang terdapat dalam air kelapa muda memudahkan sistem pencernaan.

5. Menjaga tekanan darah - air kelapa daripada jenis kulit hijau mengandungi magnesium dan kalium dapat membantu menjaga tekanan darah agar tetap stabil terutama kepada pesakit darah tinggi.

6. Menjaga kadar kolestrol - untuk mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi boleh mengamalkan air kelapa muda secara rutin kerana khasiatnya ternyata berkesan mengurangkan kadar lemak dalam badan.

7. Merawat demam panas - zat yang terdapat dalam air kelapa muda juga dapat membantu menurunkan demam panas iaitu dengan mencampurkan segelas air kelapa muda dengan satu sudu madu.

Apa pun artikel ini sekadar perkongsian ilmu. Kita hanya mampu berusaha dan ikhtiar, namun hanya Dia yang menentukan segalanya..

By the way, thank you for reading..
Bye... Bye...


Sumber rujukan : 
Utusan Malaysia - 23.5.2015

 

4 comments:

  1. Air kelapa ni, tak disebut kebaikan pun saya rela minum. Memang my favourite. Sedap tambah2 minum terus dari buah. Dengan isi dia sekali saya licinkan. Hihi.

    ReplyDelete
  2. suka minum air kelapa.. lagi suka kalau pure air kelapa dari tempurung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul AnneRaini.. Fresh dari buah kelapa kannn, tak perlu tuang dlm cawan.. I like... Hehehe

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...