Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Hari ini sudah hari ke-16 kita melalui bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati udara pagi ini..
Waktu menaip entri ini saya kurang sihat.. Selepas makan ubat dan tunggu ubat jalan sempat update blog sekejap. Tetiba demam panas sehingga suhu 40°, sore throat dan flu.. Harap-harap elok, doktor beri medical leave for 2 days.. Mungkin faktor cuaca sebab lately panas terik, kita puasa tak cukup air dalam badan dan mudah dehydrated..
Okay, kisah hari ini bersemangat nak citer tentang marathon Sabtu lepas, gigih cari barang untuk preparation Hari Raya.. Beli sikit-sikit dari awal untuk mengelakkan last minute shopping..
Our favorite place untuk shopping Raya biasanya di MidValley dari dulu hingga kini. Mengapa? Sebab from head to toe semua bawah satu bumbung, gitu.. hihihi
Credit to Google image
Sedia maklum manusia punyalah ramai..
Unfortunately, kali ni tak semua barang dicari ada di MidValley.. Tahun ni tak banyak sangat pilihan compare to previous year.. Discount pun tak banyak less..
So dapat sehelai dua baju untuk anak and the rest hanya mampu layan déco Hari Raya di ruang legar.. Ini saja gambar yang mampu ku ambil disebabkan ramai sangat manusia berasak-asak di kawasan ini..
Apa motif kereta antik dengan Hari Raya? Hurmmm (sambil mengaru kepala..)
Then kami menyusul ke The Garden untuk keluar dari kumpulan manusia yang ramai di MidValley.. Singgah di Isetan cari kasut memandangkan tiada yang menambat hati di MidValley.. Ada discount 50% di Guess Kids dan GAP Kids.. Butik lain harga biasa..
Selesai urusan di The Garden sambung pusing satu mall pastu takde keja lain selain dari cuci mata dengan déco Raya di sini yang agak kurang meriah..
Déco pinggan plastic di The Garden in between Butik Gucci dan LV..
Settled semua di sini perjalanan diteruskan ke Paradigm Mall.. Manusia tak berapa ramai sangat di sini.. Mungkin mereka-mereka di Petaling Jaya prefer shopping di One Utama..
Pemandangan di Paradigm Mall masih ada ruang-ruang untuk berjalan compare to MidValley.. Di sini berjaya membeli beberapa barang yang dihajatkan.. Walau pun belum 100% complete sekurang-kurangnya berhasil, alhamdulillah..
Jom tengok camne déco di sini.
Jom tengok camne déco di sini.
Déco Raya di sini seperti di bawah, biasa-biasa sahaja..
Begitulah cerita aktiviti hujung minggu lepas. Persediaan Hari Raya tahun ni ala kadar, beli mana yang penting sahaja.
Credit to Google image
Perancangan juga penting untuk mengelakkan pembaziran lebih-lebih lagi keadaan ekonomi sekarang.. Kos sara hidup semakin tinggi. So rancang perbelanjaan.. Jangan sampai pecah tabung ayam tau..
Okay, that's all..
Thank you for reading..
Bye.. bye..
yg penting jgn membazir k
ReplyDeleteAlhamdulillah x membazir Anum, masih dlm budget..
Delete