Wednesday, July 22, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..

Hari ini masuk hari ke-6 umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini.. Kepada mereka yang mengenali saya, maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, salah dan silap sepanjang perkenalan kita.. 


Tahun ini pagi raya baru bertolak pulang ke kampung di Muar Johor. Setibanya di kampung dikhabarkan 2 berita kematian iaitu makcik yang diserang sakit jantung dan anak jiran sebelah rumah kemalangan.. Berat sungguh dugaan keluarga mereka yang terlibat kerana kehilangan orang tersayang di pagi raya..

 Apa pun sambutan Hari Raya saya tahun ini sangat bermakna kerana telah diberi peluang untuk berjumpa dan menziarahi saudara-mara yang sudah bertahun-tahun lama tak jumpa seperti datuk dan pakcik saudara. Sedih kerana pertemuan kali ini mereka sudah uzur dan sakit.. Didoakan semoga mereka dirahmatiNya selalu..

Walaupun cuti raya singkat tapi dapat dimanfaatkan dengan baik.. Hari Raya ke-4 balik ke Seremban, maka rutin harian bermula seperti biasa, mendobi, mengemas, memasak etc.

Hari ini saya masih bercuti, in shaa Allah esok mula kerja seperti biasa.. 

Sebagai penutup entry, post sikit homemade biskut raya :-)




Akhir kata:

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Tata..


16 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Farah, Maaf zahir batin.. :-)

      Delete
  2. yum..yum..yum.. kek tu nampak sedap

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi berkunjung. Selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya...masih bnyak lagi kuih raya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kak, org kata Raya sebulan so simpan stok kuih tu utk sebulan gitu...

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya..
    wah..sebando kita ye..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Kak Yon,

      Iyer ker kita sebando? Muo gitu.. Hihihi

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...