Monday, August 10, 2015

Bersilat di dapur.. #inikanraya ^_~

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers.. Happy Monday!

How's your last weekend? Saya harap semoga semua urusan berjalan lancar dan segala urusan hari ini dipermudahkan.. Keep smiling dan ceria selalu..

Photo credit : Google

Cerita tentang kelmarin (Sabtu, 8.8.2015), ibu mertuaku dan adik-beradik sebelah husband saya datang beraya merangkap lunch di rumah saya.. Lebih kurang 21 orang.. Sesekali berkumpul, riuh-rendah dibuatnya.. We had makan-makan, borak-borak tentang kampung dan cerita biasa tentang mereka. Seorang adik ipar tak dapat beraya bersama tahun ni sebab bekerja di Sudan hingga hujung tahun nanti. Sempat ber'Skype' untuk ibu mertua melepaskan rindu..

Okay, hidangan untuk mereka saya masak ikan siakap sos Thai sebagai menu utama dan hidangan sampingan asam pedas ikan kerisi, sayur kailan ikan masin dimakan bersama nasi panas. Minuman air laici dan teh panas.. Selebihnya biskut Raya.. #inikanraya.. hehehehe.
Hidangan simple saja memandangkan saya takde assistant untuk sama-sama 'bersilat' di dapur..


Inilah bunga kantan untuk asam pedas ikan kerisi.. Sila abaikan papan pemotong yang sudah calar-balar tu.. 

Ikan siakap untuk menu siakap sos Thai  ^_~

Persediaan untuk masak-memasak

Malangnya gambar-gambar selepas masak tak sempat diambil sebab tuan rumah sibuk melayan tetamu.. 

So apa kata saya share resepi sayur kailan ikan masin yang sempoi dan simple.. Kawan-kawan boleh cuba resepi ni :


Resepi Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan
200gm sayur kailan
2 keping ikan kurau masin
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji cili merah - dihiris 
1 sudu besar sos tiram
Minyak masak

Cara-cara
Sayur kailan dibersihkan dan dipotong.
Ikan kurau masin digoreng hingga sedikit garing. Ketepikan.
Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sos tiram dan sayur kailan. Masukkan sedikit air (jika perlu).
Goreng hingga sayur separuh masak. 
Kemudian masukkan ikan masin, cili merah dan goreng hingga sayur layu.
Sedia untuk dihidang.

Okay itu sahaja entry kali ini..
Thank you for reading & have a great day everyone!

12 comments:

  1. Salam singgah sini...wahh...sedapnya...terliur tengok kalian ikan masin tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Mardiah, terima kasih sudi singgah.. Boleh cuba resepi kailan tu.. Simple and sedap, in shaa Allah.. :-)

      Delete
  2. sedapnya asam pedas letak bunga kantan ... tai sekarang ni bunga kantan dah mahal sebatang rm3, dah jarang letak dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Puteri Wanita, saya suka letak bunga kantan & daun kesum. Naik aroma asam pedas.. Skrg beli bunga kantan dan daun kesum pun kat supermarket, kena gelak dgn mak kat kampung.. hehehehe

      Delete
  3. pandai bersilat di dapur bagus tu...mesti sedap masakannya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah Kak Paridah,
      Tak biasa ker dapur sbb tu bersilat Kak.. hehehehe
      Biasa2 jer Kak, sedap untuk mkn sendiri.. ^_^

      Delete
  4. Salam perkenalan,

    Dah lama saya tak makan ikan kerisi.
    Teringin pulak nak makan baca enty ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga diucapkan kpd Siti Zawiyah,

      Cian teringin.. Ikan kerisi antara ikan kegemaran saya especially bila masak asam pedas, sodap.. hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. Thanks Maria Firdz, menu simple jer.. ^_^

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...