Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Entry kali ini #throwback tanggal 1.8.2015 iaitu beraya dengan abah saya dan juga merangkap jejak kasih untuk abah.. Sebelum ni saya tak pernah cerita tentang hal keluarga yang terlalu peribadi. Tapi kali ni saya ingin kongsi kisah yang ingin dijadikan kenangan abadi..
Al-kisah tahun ni merupakan tahun bermakna bila kami adik-beradik berjaya menemukan abah dengan abangnya yang sudah hampir dua puluh tahun tak jumpa dan membawa abah menziarahi adiknya yang sakit. Perangai abah saya ni, dia tak suka ikut anak-anak pergi berjalan mahu pun tinggal di rumah anak sendiri.. Abah lebih rela duduk di rumah berbeza dengan mak saya. Mungkin dia tidak mahu menyusahkan anak-anak.
Abah dan adik-beradiknya agak rapat zaman kami kecil tapi bila kami meningkat dewasa masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri ditambah lagi bila masing-masing sudah bercucu. Abah pula semakin hari dimakan usia tapi alhamdulillah abah masih sihat.
Inilah masanya untuk kami mengeratkan lagi tali silaturrahim.. Jadi kami adik-beradik sepakat untuk membawa abah menziarahi adik perempuannya yang kini uzur akibat sakit buah pinggang dan diabetes.. Bila semua sudah ready kami pun sekadar mempelawa abah.. Tak sangka kali ni hati abah terbuka untuk ikut sama..
Destinasi pertama kami menuju ke Kahang iaitu satu daerah di antara Kluang dan Mersing. Perjalanan dari Muar memakan masa lebih 2 jam melalui kawasan bukit-bukau, selekoh tajam, laluan lori balak dan sesekali melalui hutan..

Akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju..
Kehadiran kami disambut dengan pelukan dan airmata sedih dan gembira, tak dapat diungkap dengan kata-kata.. Perjumpaan kali ini berbeza dari sebelum ini kerana adik perempuan abah sudah kurang penglihatan akibat diabetes dan hanya mampu mendengar suara abah, sudah tidak mampu melihat wajahnya.. - Maaf tiada gambar atas permintaan orang tua..
Ini kami, sempat mengabadikan kenangan bersama sepupu yang bertahun tak jumpa. Banyak cerita yang ingin dikongsi namun masa tidak mengizinkan untuk kami bertandang lebih lama..
Lebih kurang pukul 4.30 petang kami menuju destinasi seterusnya iaitu rumah abang sulung abah di Kulai..
Perjalanan diteruskan melalui kawasan berbukit-bukau di kelilingi tanaman kelapa sawit. Keluar masuk kampung orang, pendek kata sehingga sengal punggung duduk lama dalam kereta.. akhirnya kami tiba di pekan Kulai..
Pekan Kulai agak jem ketika waktu ini.. Semasa kami tiba tuan rumah masih belum bersedia.. Kami menunggu hampir setengah jam. Abah akhirnya berjumpa dengan abang sulung yang hampir 20 tahun tak jumpa. Di rumah biru ini mereka dipertemukan..
Rumah yang mempunyai seribu-satu cerita yang membawa pertelingkahan keluarga.
Apa pun kami doakan mereka bahagia.
Banyak cerita yang boleh dijadikan ikhtibar.. Kalau dulu kita kaya raya, belum tentu tua nanti kita enjoy dengan harta. Itu semua mungkin ujian Allah sama ada kita bersyukur atas nikmatNya atau kita kufur dan leka..
Bila abah dipertemukan dengan adik-beradiknya, timbul perasaan "kalau abah dan adik-beradik begini, macam manalah keadaan aku dengan adik-beradik bila tua nanti?"
Itu sahaja perkongsian tentang abah. I love my parents. We are so busy growing up, we often forget that they are also getting old.
Selagi orang tua kita masih bernyawa, selagi itu kita ingin berbakti kepada mereka.. Jangan sampai :
Itu sahaja..
Thanks for reading..
Bye.. bye..
Alhamdulillah akhirnya silaturahim bertaut kembali. Sementara hayat masih ada buang yang keruh ambil yang jernih. Semuga tautan kasih yang terjalin semakin erat dan kuat. Aamin
ReplyDeleteAmin...
DeleteAlhamdulillah notie, moga dimakbulkan..
jejak kasih mengeratkan silaturahim...kasih sayang keliarga dipertautkan semula...rahmat Allah tu.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah Kak Paridah, dapat menunaikan hasrat org tua, itu yang membahagiakan hati seorg anak.. ^_^
DeleteAlhamdulillah. Dapat juga jumpa sebelum terlambat.
ReplyDeleteMemang tepat sekali Maria Firdz..
DeleteSilatulrahim adik beradik,carik-carik bulu ayam lama 2 bertajuk juga in sya allah
ReplyDeleteYer betul tu Nieda, in shaa Allah..
DeleteAmin..
seronok kan bila balik kg..tgk suasana.. cntiknya kawasan rumah..
ReplyDeletesemoga silaturahim antara kluarga bertambah2 erat.. insyaallah :)
Suasana kampung sedap mata memandang zaza zehra, alhamdulillah masih menghijau..
DeleteIn shaa Allah berkat doa semua, moga termakhbul.. Amin.
alhamdulillahhhh
ReplyDeleteakhirnya silatulrahim bertaut kembali
pasti banyak airmata yg mengiringi pertemuan itu kan
Alhamdulillah Kak Nooriah, pertemuan yg sangat bermakna..
DeleteAirmata sedih & gembira Kak.. Sangat bersyukur kerana diberi peluang utk mengeratkan silaturrahim sesama mereka..