Tuesday, August 18, 2015

Drama queen..

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera to all readers..

Sesampainya saya di rumah hari ini dari pejabat, tiba-tiba handphone berdering.. Saya menyambut panggilan dari officemate. Tak pernah dia call saya waktu begini tambahan pula baru tadi kami bertemu di pejabat, detik saya dalam hati.

Suara di hujung talian bernada sedih..


Rupa-rupanya dia ingin meluahkan perasaan kecewa tentang our colleague. Basically tentang perangai kawan yang suka tikam dari belakang ditambah bakat sebagai drama queen yang penuh muslihat semata-mata untuk memenangi hati boss - menurut kata dia..


 I reserve my comment on this issue! Saya dengar dari sebelah pihak so unfair kalau saya terus buat andaian or menyebelahi mana-mana pihak.


Bila dengar semua keluhan hatinya timbul rasa kesian.. Saya faham betapa kecewa perasaan dia. Padanya, dia tak menyakiti hati sesiapa tapi dalam diam ada orang cuba menikamnya.. Saya hanya mampu mendengar dan memberi pendapat sewajarnya.

Cara saya, jika kita hadapi masalah, cari punca masalah dan cuba selesaikan. Jika masalah itu datangnya dari seseorang, berdepan dengan dia bukan untuk menyerang tetapi tanya dan bincang cara baik. Moga dengan cara ini kita dapat cari punca masalah sekaligus menyelesaikannya.

Saya betul - betul tak faham, kenapa ada spesis yang suka menggugat keharmonian? Sanggup dia lihat orang bertelagah daripada merasai keharmonian bekerja dalam satu pejabat..
Entahlah.. I don't have the answer..

Friendship bagi saya sangat berharga, hanya orang yang menghargainya saja dapat merasainya..

So

Okay itu sahaja, adios amigo..
Wasalam..

6 comments:

  1. macam-macam kan manusia, rambut sama hitam hati lain-lain ... tapi jangan terlalu dengar sebelah pihak aje kan, takut yang bercerita pun drama queen juga ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Puteri Wanita, kena dengar dua2 belah pihak.. Baru adil untuk buat pertimbangan.. ^_^

      Delete
  2. emmm zaman sekarang yang pandai menjawab dan bercakap lah yang nampak serba -serbinya bagus. Yang senyap dan diam dan tak kata apa-apa ni yang nampak macam tak betul je semuanya padahal orang tu malas nak berbalah. Masalahnya sekrang orang jadi drama queen untuk lepas diri sendiri. Emm donia oh donia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak notie, spesis drama queen ni mmg pandai berkata2.. Motif spt yg Kak notie kata utk lepas diri sendiri biar org nmpk dia bagus.. Kering hati betul buat kawan camtu kann..

      Delete
  3. memang ade je manusia macam tu.. tak boleh tengok org lain lebih + kaki kipas.. semoga kawan tu tabah ye hadap orang2 yg macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg saya x faham yoorin.. Kejam sungguh spesis drama queen ni kannn.. Thanks for the positive feedback yoorin.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...