Wednesday, August 19, 2015

Tanam sayuran kitar semula..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all readers..

Baca tajuk macam pelik kannn.. Ingat sampah saja yang boleh dikitar semula tapi sayur pun boleh jugak? Hurrrrmmm..

Sebenarnya tak tau nak letak apa nama tajuk yang sesuai.. hehehe. Al-kisah lama saya tinggalkan dunia bercucuk tanam sebab give up. Tanaman tak menjadi disebabkan cuaca panas terik dan tersilap baja. Ntah macam mana lepas bubuh baja pokok mati. Rupanya kalau kita letak baja jangan tabur dekat dengan akar. Pastu lepas bubuh baja kena rajin siram pokok tu.. Lorrrr manalah saya tahu..huhuhu

So sekarang mood bercucuk tanam datang semula.. Rindu dengan kehijauan macam ni sejuk mata memandang kannn..


Kali ni saya nak cuba projek hydrophonic. Saya akan mulakan dengan tanam sayur secara kitar semula..
Macam niiii...


Atas pokok sawi


Pokok saderi or celery kata omputih.

Atau tanaman mudah seperti ini:


Ni cara tanam bawang putih


Boleh juga ditanam dalam bekas or pasu


Macam ni la rupa pokok bawang putih bila mengeluarkan hasil.


Paling mudah tanam pokok bawang, mesti tumbuh sebab saya pernah cuba dan ternyata menjadi.  Bila kita nak guna daun bawang just potong dan daun tu akan tumbuh semula.

Nampak macam senang.. So saya menanam azam untuk mula bercucuk tanam semula. 
Tanam pokok yang senang hidup dan mudah penjagaannya, antara pokok yang sesuai:

Sumber : Pinterest 

 Pilihan saya lebih kepada indoor plants berasaskan sayuran. Letak di tepi tingkap dapur bagi memudahkan pemantauan.. 

Itu sahaja yang ingin dikongsi bersama.
Thanks for reading.
Wasalam..

 

14 comments:

  1. lepas ni tanam sendiri la.hehehe

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini projek hujung minggu nanti Maisarah..hehehe

      Thanks for singgah :-)

      Delete
  2. rajin bertanam sayur bagus tu...jimat belanja dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tu matlamat saya Kak paridah sebab rasa tercabar bila beli daun limau purut 5 helai RM0.80..huhuhu

      Delete
  3. wuhuu.. baru tauuu.. rumah takde tanah pon boleh tanam laa kan kalau macam ni..jimat ruang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba yoorin, jimat.. setakat daun bawang x yah beli lepas ni.. :-)

      Delete
  4. Biasanya orang yang gemar buat macam ni penyabar orang nya...bagus juga idea hidroponik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar dan mesti ada minat nila anggraini.. Kalau tak minat tak dapek den nak nolong memang x jadi langsung.. hehehehe

      Delete
  5. hye...singgah sini nak ucap terima kasih sebab rajin baca entry and tinggalkan komen di blog Syira Lokman :) semoga murah rezeki ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Syira Lokman,

      Terima kasih sudi kunjungbalas.. In shaa Allah kita sama2 dimurahkan rezeki :-)

      Delete
  6. wah.. macamtu rupanya nak tanam saderi.

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...