Pages - Menu

Tuesday, September 08, 2015

Jalan-jalan di Karnival Usahawan Desa (KUD) 2015

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..

Hari ni hari pertama peperiksaan UPSR 2015.. Berdebar-debar rasa.. Parents calon peperiksaan apatah lagi.. Semoga mereka dapat menjawab kertas soalan dengan baik..

Okaylah, cerita tentang #throwback hari Sabtu lepas, tanpa dirancang akhirnya saya mengisi hari itu dengan mengunjungi pameran KUD 2015 di Putrajaya. So ke Putrajaya ke kita lah yer, kata Wak Doyok & Myo. 



Lokasi di belakang Istana Kehakiman Putrajaya


Pameran ini anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). Seronok juga walaupun cuaca panas tapi khemah-khemah yang didirikan melindungi kami dari bahang matahari.









Seramai 700 usahawan mengadakan pameran dan macam-macam aktiviti disediakan.. Pelbagai hasil industri desa dari seluruh negeri dipamerkan, memang rambang mata dibuatnya. Macam-macam ada..

Selain itu ada juga booth selebriti. Booth yang menjual baju kanak-kanak dan shawl di bawah ni booth Didie Alias. Tinggi dan putih melepak orangnya.. Selain itu bersua muka jugalah saya dengan Fizz Fairus. Fizz jual sengkuang. Booth Irma Hasmi pun ada, jual tudung tapi tuan booth nan hado.. 


Siaran radio Sinar FM dan station TV Al-Hijrah juga ada membuat siaran secara live di tapak karnival. Nampaklah Abang Jem a.k.a Salleh Yaakob dan Khairil Rashid sedang bersiaran manakala Kak Bet a.k.a Kak Abby Fana balik dari shopping sedang menjinjing beg plastik.. Comel Kak Bet.



Booth stesen TV Al-Hijrah


Atas ni booth Astro, tu dia mereka sedang bersiaran..

Datuk Ustaz Kazim Elias pun ado rupanya..


Ni pula pameran di booth Rural Business Center or rbc






Ni pula rumah lebah kelulut.. Kita akan nampak lebah-lebah berkeliaran di sekitar rumah ini keluar masuk sarang.


Dalam perjalanan ke tempat letak kereta terpandang pokok serai yang dijadikan landscape bangunan.. Menarik..


Balik dari karnival pukul 5 lebih dan sempat saya melarikan diri dari hujan lebat.. Mari saya tunjuk hasil tangkapan di tapak karnival.. ;-)


Kiah pekasam.. Susah cari ni.. 3 paket RM12.00.. Saya beli pekasam loma dan talapia.. Ni pula goodie bag KUD 2015 sebagai kenangan..


Itu saja cerita di pameran KUD 2015..
Lepas tu saya pergi makan-makan di satu tempat baharu. Akan menyusul di entry akan datang..

Sudi-sudilah singgah di blog ini..
Thank you for reading..
Have a great day everyone.. ^_~


6 comments:

  1. wah... org putrajaya pun tak sempat nak singgah. Seronok pergi booth macam ni sebab kadang kenyang makan yang tester punya. Beli kalau sedap dan hasilnya mesti tangan tak cukup 2. hehehehe Bagusnya karnival macam ni sebab kadang produk yang terdapat susah nak dapat. Jadi kalau dah rasa sedap belilah sedaya boleh hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak notie, org Putrajaya dah biasa dgn karnival camtu.. hehehe
      Betul sgt 2 apa yg akak tulis tu.. Pantang lalu mesti ramai peniaga dok huluq tester. Siapa minat merasa mesti kenyang.. Saya beli produk yg xde dan susah dapat di N9 or Johor.. Mmg best! :-)

      Delete
  2. kalau barang keperluan banyk terdapat di pameran KUD xrugi memborongnya...tolong beli hasil produksi warga luar bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah motif dia Kak Paridah, tolong industri desa.. :-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..