Pages - Menu

Wednesday, September 09, 2015

Jenayah terkini, be alert!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..

Entry kali ini berunsur pesanan khidmat masyarakat mengenai jenayah yang berlaku di sekitar kawasan saya, Seremban 2 recently.. Walaupun berlaku di sini, ini tidak bermakna jenayah ini tidak akan berlaku di tempat lain. Doaku minta dijauhkan.. Touch wood kata omputih..


Kes 1 : Berita dari Fb Puan Rase - Cubaan Samun Kereta di Mydin Mall Seremban 2



Kes 2 : Berita dari FB Isu Semasa Negeri Sembilan - Kejadian pecah rumah di Garden City Home, Seremban 2



Kes 3 : Mengenai penjenayah yang menyamar sebagai Jurujual alat kesihatan

Kes ini telah berlaku kepada makcik dan pakcik saya di Batu Pahat. Kejadian berlaku tengah hari waktu Zuhur. Pakcik dan makcik saya tinggal berdua, anak-anak keluar bekerja. 

Mereka didatangi 3 orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai 'jurujual' alat kesihatan yang berfungsi sebagai mesin urut. Tujuan mereka datang untuk mempromosi alat tersebut dan insist untuk membuat demonstrasi alat tersebut. 

Makcik saya disuruh menanggalkan barang kemas, manakala 2 orang 'jurujual' tadi melayan pakcik saya bercerita. Ntah macam mana mereka seolah-olah terpukau apabila 'jurujual' tersebut menyuruh mereka menyerahkan barang kemas lain dan wang tunai yang disimpan. Apa yang pelik jurujual-jurujual tersebut turut menyelongkar almari & laci-laci. Ketika itu makcik dan pakcik saya akur dengan arahan mereka. Mereka hanya menyedari telah dipukau setelah disapa oleh anak mereka apabila pulang dari kerja. Itu pun masih terpinga-pinga..

Sindiket pukau ini sedang berleluasa.. Anak-anak yang mempunyai mak ayah di kampung silalah pesan kepada mereka. Jangan sesekali menyapa sesiapa yang tidak dikenali.

Ketiga-tiga kejadian di atas perlu diambil perhatian dan dijadikan ikhtibar supaya kita lebih alert kepada persekitaran. Kadang-kadang saya sendiri pun leka. Ingatlah jenayah ada di mana-mana.. 

Be alert everyone.
Sekian sahaja..
Take care..


4 comments:

  1. jenayah berlaku di mana saja...perlu sgt berhati-hati...tq perkongsian yg sgt bermenafaat ni.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak viral kan je kejadian kat mydin S2 tu. Berlaku dalam kawasan dia, boleh pula management buat tak tau je. Kang viral suruh boikot jangan pergi Mydin S2 kang hah baru dia tau sebab kejadian jenayah kerap sangat berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kisah yang berlaku Kak notie.. Kadang2 pihak pengurusan ambil ringan, jangan sampai ada kes meragut nyawa baru ambil tau..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..