Wednesday, September 16, 2015

Pengalaman makan di Row-Six

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera to all readers.. Selamat Hari Malaysia diucapkan.. Hari ni cuti, boleh rehat duduk rumah bersantai-santai.. Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang dikurniakanNya.. Tambahan pula semalam during lunch hour dapat makan sedap..

Kami gang lunch pergi makan di Restaurant Row-Six for the first time..
Actually, kami selalu lalu di depan restaurant ni tapi cuak sebab ragu-ragu dengan status halal. Sehinggalah ada orang beritahu dia kenal owner restaurant dan dia jamin restaurant ni halal. Selain itu, dapur dan penyediaan makanan semua tak perlu ragu-ragu, memang proper, bersih berkilat.



Row-Six merupakan gabungan citarasa 5 negara iaitu Vietnamese, Indonesia, Thailand, Singapore dan Malaysia serta resepi Row-Six sendiri. Hurrrmm menarik kannn.. Maklumat lanjut boleh check di website Row-Six.

Apa kami makan? Mula-mula belek menu.. Macam-macam ada.. Rambang mata sebab order time lapar.. Ikutkan hati semua makanan nak dicuba..



Lastly kami order ini:


Sambil menunggu order sempat ambil gambar hiasan dinding mengenai kisah asal usul Row-Six I guess (jauh tak berapa nampak tulisan tu cerita apa) :



Okay, tak lama minuman pun dihidangkan. Lychee Branch untuk Pn. Yus dan chocolate untuk adik Naddy. Kita tunjuk gambar secara dekat lychee branch sebab nampak meriah air dia.. Air ni category healthy drink, ala-ala minuman detox.


Ini minuman saya, fruit punch. Refreshing, sejuk sampai ke otak I tell you.. 


Minuman seterusnya dinamakan Mangoo and Sagoo with cream untuk Pn. Nora.


Sekarang kita tengok pula apa makanan yang dipesan.. Ini nama dia Indonesia Nasi Goreng (Chicken) untuk adik Naddy..


Ini pula untuk Pn. Yus yang sedang diet iaitu Kerabu Squid.


Kita tengok Kerabu Squid secara dekat. Nampak menarik, colorful gitu..


Nasi ni dinamakan Tomyam Seafood Fried Rice dalam bahasa omputih tapi bahasa melayu kita kata Nasi Goreng Tomyam menu pilihan hati Pn. Nora.. hihihi


Portion yang besar tak hengat ni untuk saya.. Nampak benau lapar.. Saya order Masssaman Curry Seafood with Rice and satay.. Fuhh berjela nama sama dengan panjang pinggan. Ini kategori Thailand cuisine. Rasa? Hurrrmm okay sedap! Gang saya pun setuju.


Inilah my colleagues merangkap gang lunch yang sudi melayan saya ketika kebuluq.. Bila saya stress mesti teringin makan sedap. Maka diaoranglah yang sudi melayan mana saya nak pi makan. Masa ni Mrs. A tak dapat join. Mrs. A tak sihat..
By the way thanks peeps.. ^_~


Okay, that's all for today..
Thank you for reading..
Wasalam.. 




22 comments:

  1. oh i miss the mango & sagoo cream... next time nak cuba nasi goreng tomyam pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasmarina, according to my friend, mango & sagoo with cream is the best drink, recommended and Nasi Goreng Tomyam as well.. Superb! :-)

      Delete
  2. Sedap sangat... bleh kita gi lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Yus, semua makanan best! Next time nak cuba dessert.. Yummy! ;-)

      Delete
  3. Replies
    1. Zizie Zack, range harga makanan RM15.00 -RM35.00. Desserts spt bubur cha2, pulut hitam etc bwh RM10.00. GST + service tax.. Bolehlah sesekali cuba.. :-)

      Delete
  4. Wah kecur je tenguk air... panas-panas ni memang sedap dan nyaman je kan kalau air macam tu mengalir di tekak. hahahahaha overnya akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak over lah.. Akak 'menghayati' rasa air tu jer... hihihi ;-)

      Delete
  5. Wah enaknya tengok gambar2 tu. saya Tom Yam mania... rate 1-10... berapa nak kasi sedap to yam dia...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Goreng Tom Yam sedap range 7/10 saya boleh bagi.. Terasa rempah tom yam dalam nasi tu.. ;-)

      Delete
  6. Replies
    1. InshaaAllah ada rezeki nanti Kairin : Anies boleh cuba.. ;-)

      Delete
  7. wahhh semuanya sedap sedap ... terliur tengok :)

    ReplyDelete
  8. Menarik mata ini untuk melihat lebih lama...

    Namun, perut menolak dengan rakus.. katanya, nanti tekak teringin.. haha...

    Kat mana kedai ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh indah bahasa tuan hamba, Siti Nurzafirah.. ;-)

      Ini outlet Row-Six di AEON Seremban 2, tak silap ada di AEON Melaka juga.. Jika teringin boleh pergi ke outlet berdekatan.. ;-)

      Delete
  9. amboi nampak nyummmy sangat tau sedap haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cik nur, rezeki hari itu dapat makan sedap.. hehehe ;-)

      Delete
  10. Semua pun nampak sedap. Aihhhh saya ni. Kalau memang tekak Asian, semua makanan Asian nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed Farah, Asian foods memang terbaek.. ;-)

      Delete
  11. Ayu pun pernah try kat sini....sedap gak. harga mahal skt but berbaloi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mummy Ayu, agak pricey sikit tapi berbaloi dengan portion & quality makanan kann ;-)

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...