Friday, October 30, 2015

Akhirnya...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Semalam, tanggal 29.10.2015. Debaran kian memuncak! Kini masanya telah tiba! Opss! Jangan salah sangka, ini bukan Anugerah Skrin.. tapi Seminar Memperkasakan Industri Bekalan Air & Pembentungan di mana saya memegang role sebagai moderator.

 Sebelum ni saya pernah cerita "Hati mulai gusar", betapa berdebar hati saya, tak senang hati sepanjang menunggu saat ini..
Semuanya bermula di sini.. Tunjuk sikit lampu hotel yang mengerlip supaya hilang gemuruh (tipu jer jangan percaya).. Seram sejuk tetap ada..


Majlis bermula pukul 9.00 pagi setelah semua peserta mengambil tempat.


Sementara menunggu tetamu VIP tiba, peserta seminar dihiburkan dengan musik life cak lempong dari kumpulan Caniago yang memukau.. Persembahan diaorang memang best, terbaik! 


Sementara menunggu tetamu memenuhi dewan, para pengunjung seminar juga tidak melepaskan peluang mengunjungi booth pameran yang turut dimuatkan di dalam dewan.


Maka acara perasmian bermula. Perasmian majlis dilakukan oleh CEO Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Gimik perasmian dengan memukul salah satu cak lempong sebanyak 3 kali pukulan..


Segalanya bermula di sini.. Saya mengambil tempat untuk memulakan sesi di bawah tajuk Pematuhan Kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). 


Alhamdulillah, berkat doa rakan2 blogger saya berjaya melaksanakan tugas sebagai moderator.. Betul kata Kak zakie dalam post saya sebelum ni, kak zakie kata semakin dekat tarikh yang ditunggu-tunggu semakin kurang nervous.. Masa ni tiba tahap tawakal. Yeayyy akhirnya saya berjaya mengawal rasa gemuruh berdepan dengan crowd di majlis ini.

Berikut barisan ahli-ahli panel yang bukan calang-calang orang dalam industri air.


Selepas sesi ceramah, Sesi Dialog dan Soalan Jawab diadakan.


Bila selesai tugas, barulah terasa lapar.. Masa ni hotel dah tak provide makanan.. Waktu breakfast sudah over.. Maka ku mengheret Ika, menyelinap keluar dari majlis ke Palm Mall memburu makanan.


Makan tak hengatt kata orang.. Nah ambik, baru pukul 11.00 pagi tapi order macam makan tengah hari. Balas dendam! ;-)


Tapi coffee pulak spoiled. Pahit yang amat! Macam kopi arang Nujum Pak Belalang. 


Lepas makan, saya ambil peluang ziarah colleague bernama Yus di Seremban Specialist Hospital. Yus sakit kepala hingga makan pain killer pun langsung tak elok. So terpaksa warded untuk pemantauan dan MRI.
Get well soon Yus.


Nampak tak lebar senyuman di situ? Senyuman lega, alhamdulillah perasaan gugup telah berakhir. Akhirnya back to normal... Yeayyyyy!!

18 comments:

  1. Wah tahniah... hish apa pulak akak yang cakap macam tu. Akak cuma doakan semuga Allah mempermudahkan segalanya. Kak zakie lah yang kata bila dah cakap tu terus ilang nervous. Apa pun Alhamdulillah selesai segalanya. Hahahaha memang kan selagi tak lepas acara tak rasa lapor ke apa ke semua lupa selagi acara tak berjalan. Bila dah selesai baru teringat lapar lah haus lah. Tapi yang pasti perasaan lega tu tak tau nak cakap macamana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha (gelak besar) aduhai salah orang.. Bukan akak ek, tu laa x check betul2.. Penat sangat dgn event smlm teringat kak notie among kakak2 yg rajin komen dalam blog saya.. Thanks Kak atas doa.. :-)

      Delete
  2. Syukur..tahniah kak..pengalaman ni berguna untuk masa2 mendatang..berkat kipidap ni kak..hehe..thumbs up...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC, inshaaAllah.. Kejayaan ini berkat doa PC dan rakan2 blogger juga.. :-)

      Delete
  3. tahniahhhh pengalaman yg sangat2 berguna tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe thank you so much Khai♥Rin : anies :-)

      Delete
  4. Alhamdulillah.. tahniah kak.. semoga lebih suksesss lepas nii. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik Melissa, berkat doa dan sokongan adik juga..
      ;-)

      Delete
  5. Syabas LZ!
    Kakak tahu LZ lebih dari mampu. Mereka yg memilih bukan tak tahu nak pilih sebarang org utk majlis rasmi begini. Tahniah dari kakak:)

    Macam majlis mak-pak pengantin masa majlis tak lapar bila selesai majlis nasi beryani dah habis. Makanlah apa yg ada. LZ beruntung jenguk sebelah ada yg sedap boleh dingap hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Kak Zakie,
      Saya baca komen Kak Zakie dalam post sebelum ni 'Hati Mulai Gusar'.. Memang betul sekali apa akak tulis.. Komen rakan blogger memang pencetus semangat.. ;-)

      Delete
  6. Dah! berakhir kerisauan LZ
    Kipidap! ready for next event katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya.. Fuhhh legaaaaa..
      Tapi not sure for next event.. :'(

      Delete
  7. Tahniah..dah lega kan bila dah selesai
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Yan, lega tak terkata.. ;-)

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah adik Ana Fatihah, akak berjaya hadapi kegusaran itu.. ;-)

      Delete
  9. sedih dengan keadaan sekarang bekalan air kena catu kat jb ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak, frankly speaking catchment areas semakin kurang ditambah pula cuaca panas, air dam x cukup.. itu mslh water operators skrg.. Tu sbb kena catu.. Sabar yer Wak..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...