Wednesday, November 18, 2015

Aleena

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog saya.. Didoakan semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan..

Semenjak dua ni suka sangat mempraktikkan tutorial tudung. Lately berkenan pula pakai shawl sebab ringan beralun selain mudah dibentuk.. Lilit tudung, pin bawah, atas, kiri kanan, siap! Sekarang takde masalah lambat bersiap sebab tudung okay.. Nampak lebih feminin and fashionable gitu, hihihi

Maka, gigihku menambah koleksi tudung baharu. Tak perlu susah-susah, sekarang shopping tudung online jer, hanya di hujung jari. Tak disangka tetiba 'tersangkut' dengan Aleena.

Aleena? Siapakah Aleena? Lawyer? Magistrate? Tak yah berdrama sangat,
Aleena tu jenama tudung daa..
Ini dia Aleena..


Saya nak cerita sikit. 
Jenama tudung Aleena mungkin masih belum begitu dikenali umum seperti jenama-jenama tudung popular yang lain seperti ARIANI, Sugarscarf, Cloverush dan lain-lain. Koleksi Tudung Aleena Online ini lebih dikenali oleh para pembeli setia ZALORA. Lebih memfokuskan kepada penjualan shawl seperti koleksi instant shawl, wide shawl dan chiffon shawl, kesemua koleksi tudung Aleena ini dijual dengan harga yang amat berpatutan dengan harga serendah RM15!

Murah dan cantik tau!


Oleh itu, untuk anda yang gemar memakai koleksi wide shawl yang murah, ini adalah peluang anda untuk membuat pembelian bersama Aleena online hari ini juga. Koleksi wide shawl ini amat mudah dipakai dan sesuai untuk semua jenis lilitan yang unik. Ia juga memberikan keselesaan kepada si pemakai dan boleh ditemui dalam pelbagai pilihan corak.


Selain wide shawl, boleh juga didapati koleksi chiffon shawl yang tentu sekali diperbuat daripada fabrik chiffon yang lembut. Koleksi chiffon shawl ini juga direka dalam pelbagai pilihan corak yang menarik.


Bukan itu sahaja, kawan-kawan juga berpeluang menemui aneka pilihan instant shawl yang diperbuat daripada fabrik satin seperti digayakan model di atas.. Fabrik satin ni selain mudah dipakai, ia juga menjadikan si pemakai tampak lebih elegan dan menawan. Koleksi instant shawl ini juga boleh didapati dalam tawaran harga yang cukup berpatutan. 

Panjang lebar saya kenalkan Aleena.. Jom tambah koleksi tudung. Tunggu apa lagi? Buat pembelian koleksi tudung Aleena online hari ini juga di ZALORA Malaysia.

Itu sahaja yang ingin dikongsi bersama..
Thanks for reading..
Bye.. Wsalam.. ^_~



14 comments:

  1. ehhh murah dan cantik-cantik juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang membuatkan saya 'jatuh cinta' pandang pertama Farah, hihihi
      Moh dapatkan barang sehelai dua dan lebih.. ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. Betul kak Ros Nordin.. Cantik, harga pun berpatutan.. :-)

      Delete
  3. menarik ni..nak pergi terjah kejap lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila terjah PC dialu-alukan.. hihihi ;-)

      Delete
  4. Cantik2 nya..kak yan tak pernah beli kat zalora...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kann kak Yan..
      Cubalah sesekali beli kalau berkenan.. ;-)

      Delete
  5. Saya tak reti lagi nak pakai shawl. Padahal dah banyak yg instant. Hehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu akak pun sama Ana.. Skrg ni sibuk tengok tutorial pakai shawl akhirnya berjaya juga.. :-)

      Delete
  6. Tak pernah beli online. Tak nak mulakan, takut ketagih pulakmak nanti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mulakan kak.. Nnti addicted susah, hari2 lak membeli.. huhuhu

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...