Friday, November 13, 2015

Kisah meatballs IKEA..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Didoakan semoga semua sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Cerita kali ini tentang #throwback minggu lepas. Cerita dekat seminggu baru published. Tak kisah..

Al-kisah malam Ahad minggu lepas.. Awal-awal lagi dah plan :

"Esok aku nak bangun pagi-pagi pergi breakfast meatballs kat Ikea." 

Wow.. Lihat ni menyelerakan..



Apalagi semangat pun berkobar-kobar gigih berkelana nak makan punya pasal. Mana tak semangat, setiap kali teringin makan meatballs kat Ikea memanjang penuh. So kali ni cuba nasib.

Seawal 10.00 pagi dah sampai parking lot Ikea. Parking masih lengang.. Dalam hati confident, mesti hari ni dapat breakfast meatballs. Sampai café Ikea sangat mengecewakan. Penuh! Pusing dalam tu langsung takde seat. Dalam hati berdetik : Ntah pukul berapa agaknya diaorang sampai. Nampaknya rezeki tidak menyebelahi lagi... kecewa.

Hampa.. Layanlah lawak hambar IKEA ni dulu..

Sumber : Instagram

Sambung lagi cerita sadis...

Dalam keadaan perut kosong, kaki ku gagahi ke The Curve cari tempat makan. Lepak sat kat taman Zhen ni sambil fikir kat mana nak makan.



Layan tengok ikan berenang. Bila kita hulur tangan, sekumpulan ikan datang..



Lastly, we had our breakfast at Teh Tarik Place. Saya order roti sardin, mee goreng mamak for my husband dan anak teringin sangat makan telur separuh masak. Tunggu food review menyusul dalam entry akan datang. Tak kira walau order simple tapi nak buat food review jugak.. 


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Suka hati sangat sebab dah lupa kisah meatballs IKEA tadi.. huhuhu

Maka perjalanan diteruskan meninjau flea market di situ. 




Ketika ini tahap kebosanan melanda.. Takde apa yang menarik so layan kanak-kanak main game.



Tetiba husband proposed tengok movie. Dalam waktu terdekat akan ditayangkan movie Spectre - James Bond.
So layannnn..


Hurrmmm berapa bintang nak bagi? Dari 5 bintang saya bagi 2 je kot. 2 bintang di mata wanita yang tak pandai menonton filem aksi. Banyak melucah dan menipu jer cerita ni, opss! My sincere comment.

Lepas tengok movie terasa lapar. Maka makanlah di Pak John Steamboat. Steamboat is my favorite. Tapi tak tahulah best ke tidak steamboat ni.



Ni first time saya pekena steamboat di sini. Food review akan menyusul dalam entry akan datang.

Lepas makan kami pun balik.. 
Itu sahaja cerita hujung minggu lalu.
Cerita hampa tak dapat makan meatballs kat IKEA. Syukurlah masih ada rezeki makan di tempat lain.

Sekian, terima kasih kerana sudi baca entry ini. Akhir kata, have a great day everyone. Enjoy your weekend.
Tata..



28 comments:

  1. Sedapnya meatball..tapi belom pernah rasa yang ikea punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita iryanty.. Masih belum ada rezeki padahal kerap jugak saya pi IKEA.. May be next time.. ;-)

      Delete
  2. Ena teringin nk makan meatball ikea tapi mesti penuh setiap kali pergi.. Stress. Uhuks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina, nasib kita serupa. Agaknya kita kena duk depan pintu IKEA sebelum store bukak kot.. Huhuhu haruuu.. ;-)

      Delete
  3. kuciwa xdpt mkn meatball ikea ya...tiada rezki di situ tapi kat tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keciwa ku kak.. Alhamdulillah ada rezeki tempat lain.. :-)

      Delete
  4. Biasanya bila kita nak sangat tak dapat ralat je hati kan kak..tak apa..in sya Allah mungkin lain kali kak..Allahu kesian akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer PC.. Tepat sekali.. Perasaan ralat tu yg terbawa-bawa. Tapi sbnrnya apalah sangat. Makanan lain ada.. Mengada akak ni, hihihi ;-)

      Delete
  5. Replies
    1. IKEA tetap camtu jugak bbl..
      Sentiasa crowded..

      Delete
  6. Kesiannya ...pergi awal pun susah nak dapat seat...takpe lain kali boleh try lagi.
    Yalah cantek sangat ikan2 tu berenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer kak saniah.. Boleh cuba lagi..
      Next time lebih awal dari masa sblm ni..
      Betul kak, ikan kat situ cantik sangat. Seronok tengok.. :-)

      Delete
  7. mak kempunan bebola ikan tembakul , batu belah batu bertangkup makanlah akuu., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Wak.. Betul la kempunan tu istilah dia.. Nak pi Batu Belah kat Kapar, Klang nun jauh di sana.. Baik balik Soromban jer laa.. huhuhu

      Delete
  8. Baru tau kewujudan meatball tu. hihi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada meatballs kat IKEA dia.. Org kata sedap yg amat, wallahualam.. :-)

      Delete
  9. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Norain Omar,

      Thank you for your comment.. ;-)

      Delete
  10. Besarnya udang tu.
    Mrs. A tag LZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang tu sebagai daya penarik jer Mrs. A.. Kat dalam cuma medium size prawns.. :-)

      Delete
  11. tak payah la meatball tu lagi sedap steamboat... nyum2

    ReplyDelete
  12. nyum2 sedapnya steamboat my peberate

    ReplyDelete
  13. Mmg ramai dtg awal,tunggu pintu buka lagi,LZ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh really, nmpk gayanya next visit harus ku tunggu pintu buka MumMe.. ;-)

      Delete
  14. hahahhaha...saya pon nak tengok betina jap...hehehehehe

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..

Loading...